M1SS_IZQUEEN's Reading List
173 histoires
CASANOVA LOVE (C°) par tihatti
tihatti
  • WpView
    Lectures 151,570
  • WpVote
    Votes 12,934
  • WpPart
    Chapitres 52
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: 6/9/2026
Luka Tanpa Wajah [C] par CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Lectures 65,450
  • WpVote
    Votes 3,921
  • WpPart
    Chapitres 66
Sejak kecil, Arash Mikhael sudah terbiasa melihat ayahnya menyarung uniform hijau tentera, yang menyalakan semangat dalam dirinya. Melihat ayahnya berjuang demi negara membuatkan Arash ingin menjejak langkah yang sama, membuktikan bahawa darah seorang wira juga mengalir didalam dirinya. Namun perjalanan itu tidak semudah yang disangka. Disiplin yang keras, latihan yang memeritkan, dan tekanan untuk menjadi setanding ayahnya menjadikan hidup Arash penuh luka yang tidak terlihat. Tapi di sebalik semua itu, ada satu jiwa yang sentiasa menenangkan hatinya. Izzara Safia, gadis yang dikenali sejak kecil dan menjadi satu-satunya tempat Arash melepaskan lelah dunia. Segalanya tampak sempurna, seolah-olah masa depan sudah tertulis buat mereka berdua. Namun takdir tidak pernah berjanji untuk berlaku adil. Satu operasi rahsia telah merenggut segalanya, cinta, dan separuh daripada jiwa yang dia tinggalkan di dunia ini. Arash Mikhael disahkan terkorban, tanpa amaran dan tanpa penjelasan. Kematian itu meruntuhkan hati ibu bapanya, dan menghancurkan dunia Izzara Safia yang kehilangan cinta pertamanya. Waktu terhenti, hanya rindu yang terus hidup. "Arash takkan ada selalu untuk Zara. Jaga diri Izzara kita." - Arash Mikhael. "Zara jaga diri baik-baik dah ni Arash, tapi kenapa Arash kita tinggalkan Zara?" - Izzara Safia. Publish : 25 Oct 2025 Complete : 25 Dec 2025
Rindu Bernoktah Cinta [C] par CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Lectures 60,665
  • WpVote
    Votes 2,939
  • WpPart
    Chapitres 41
Cinta? Perkataan itu tidak pernah singgah langsung dibenak fikiran Muhd Arif Fakri setelah dirinya menerima takdir bahawa hidup berpasangan bukanlah keutamaanya. Namun hanya satu permata yang mampu menggoncangkan jiwanya. Dia, yang hadir dengan senyuman dan mata yang jujur, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang telah bertahun dibina. Dia benci rasa itu. Benci bagaimana jiwanya mula goyah. Kerana jika dia jatuh, dia tahu takkan ada ruang untuk dia bangkit semula. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia takut. "Awak orang baru dekat syarikat ni ke? Bahagian apa?" - Yahaira Khadijah "Haah, orang baru. Bahagian cleaner." Muhd Arif Fakri. Start Writing : March 2025 Publish : 1 May 2025 Complete : 10 Jun 2025
Sehampar Langit Kasih [C] par CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Lectures 39,694
  • WpVote
    Votes 1,897
  • WpPart
    Chapitres 39
Muhd Shahreza yang dahulunya gagah, teguh berdiri sebagai lelaki penuh keyakinan, kini hanya tinggal bayang yang rapuh. Tragedi hitam itu merentap seluruh kehidupannya dan yang tinggal hanyalah luka dan penyesalan yang tidak pernah sembuh. Dunia yang pernah menjadi medan keberaniannya kini hanya terasa sunyi, dingin, dan penuh kehampaan. Disaat Reza mula menyerah pada takdir yang tertulis untuknya, dia hadir dalam hidupnya bukan dengan janji atau kata-kata, tetapi hadir dengan kesabaran dan keberanian untuk menyembuhkannya . Dalam diam, wanita itu menjadi pelindung dan penguatnya ketika dia rebah. Perlahan-lahan dia menggenggam takdir yang pernah dia percaya sudah hilang. "Teruskan jadi 'ubat' penenang untuk aku, Zarith Hanani. 'Ubat' yang boleh buat aku rasa tenang tanpa perlu rasa semua 'sakit' tu sendiri." - Muhd Shahreza "Aku akan jadi pelindung kau, walau apa pun yang terjadi." - Zarith Hanani Spin Off - Penakluk Sang Cahaya Rindu Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : July 2025 Publish : 31 August 2025 Complete : 24 September 2025
Penakluk Sang Cahaya Rindu [C] par CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Lectures 115,815
  • WpVote
    Votes 5,628
  • WpPart
    Chapitres 54
Dia tidaklah jahat tetapi di dalam dunia dia, dia 'penjahat' sebenar. Tiada yang bisa menandingi ritma kehidupan dia dan tiada siapa tahu susuk tubuh itu wujud memerhati dalam samar. Tiada siapa yang mampu melihat senyumannya namun hanya 'dia' seorang sahaja yang mampu membuatnya senyum seperti manusia hilang akal. "Naa, kahwin dengan aku jom." - Syafiq Hakimi "Tak nak, kau baran gila pulak tu." - Naira Hanina Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : December 2024 Start Publish : 2 March 2025 End Publish : 17 April 2025
Yang Tertulis Dilangit [C] par CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Lectures 96,438
  • WpVote
    Votes 3,525
  • WpPart
    Chapitres 49
Hanya ceritera seorang lelaki yang kehilangan isteri tercinta tatkala dirinya sedang berjuang demi negara untuk terus hidup dan pulang kepangkuan isterinya namun tidak kesampaian. Disebabkan tragedi berdarah itu, hidup ini bagi lelaki itu sangat suram dan menyedihkan. " Aku tak kisah kalau mati dekat sini sekalipun, boleh la aku jumpa isteri aku dkt 'sana' nanti. Baik korang tinggalkan je aku dekat sini. Selamat kan diri kau." - Mejar Raziq Haidar " Kau jangan bercakap macam orang tak ada agama ya. Jangan sampai aku yang bunuh kau dekat sini. Aku dah janji dengan anak kau nak bawak kau balik dengan selamat bukan dalam keranda." - Mejar Arif Fakri " Korang yakin kita boleh hidup ke? aku rasa nak putus nyawa dah ni." - Mejar Ian Iskandar
UNKNOWN [COMPLETE] par CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Lectures 1,395,344
  • WpVote
    Votes 102,328
  • WpPart
    Chapitres 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
CARDIO: ASH (COMPLETE) par nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Lectures 371,028
  • WpVote
    Votes 14,182
  • WpPart
    Chapitres 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Racing King par bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Lectures 451,111
  • WpVote
    Votes 30,300
  • WpPart
    Chapitres 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25