E-BOOKS (for order, can dm Hezy)
5 stories
NILUFER [EBOOK] by thezyrose
NILUFER [EBOOK]
thezyrose
  • Reads 511
  • Votes 40
  • Parts 11
'Bahagia yang ku rasakan saat kamu dalam hidupku.' Rumah tangga Nilufar dan Nuqman runtuh gara-gara orang ketiga. Saat dikhabarkan Nuqman bahawa dia sudah berkahwin lain, hati Nilufar hancur ibarat kaca yang terhempas di lantai marmar. Berkecai dan tidak dapat dicantumkan kembali. Madu dalam perkahwinan tidak semanis madu lebah. Nilufar mengundur diri dan mengangkat kaki dari terus setia bersama suami yang memilih menduakan dia. Lantas Nilufar memilih untuk berpisah tetapi Nuqman tidak mahu. Kerana desakan Nilufar, Nuqman lepaskan isteri yang dia cintai. Pintu hati Nilufar sudah tutup rapat daripada dicerobohi oleh lelaki lain. Tetapi siapa sangka, hadirnya Hazrel kembali dalam hidup Nilufar meranapkan benteng itu. Nilufar menafikan rasa itu sehingga hadir Nuqman kembali menagih kasih Nilufar. Sekali dia benci, selamanya benci! Nuqman hanya masa lalu Nilufar. Dan Hazrel juga masa lalu Nilufar. Lantas siapa harus Nilufar pilih? Atau lebih baik Nilufar hidup sendirian tanpa lelaki di sisi? Adakah itu lebih baik?
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK] by thezyrose
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
thezyrose
  • Reads 39,706
  • Votes 1,698
  • Parts 26
[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun Aralyn menghilangkan diri, akhirnya dia pulang ke tanah air bersama kanak-kanak lelaki. Aralyn tidak pernah mengharapkan pertemuan lagi dengan Aidan setelah dirinya diusir pergi lima tahun yang lalu. Kehadiran Aidan menganggu ketenteraman Aralyn. Malah menggugat dirinya saat Aidan mengetahui rahsia yang Aralyn simpan. "Five years you dissapear. Where you have been, Lyn?" - Aidan Syauqi. Bukan itu saja, permintaan bekas ibu mentuanya untuk menerima Aidan kembali membuat Aralyn berada dalam dilema. Antara rasa cinta yang sudah hilang dan rasa sayang terhadap ibu mentuanya, Aralyn tidak punya jawapan. "Mami ada satu permintaan." - Puan Sri Maria. Aralyn semakin buntu apabila Aidan seakan mendesak dirinya. Malah perubahan Aidan seakan menggugat rasa hati Aralyn yang sudah lama hilang itu untuk tumbuh kembali. Aralyn nekad dengan keputusannya. Tetapi mampukah Aralyn dan Aidan bahagia jika masih ada rahsia yang tersimpan rapi? Mampukah mereka mengecapi bahagia yang hancur dipertengahan jalan lima tahun yang lalu? Dan benarkah cinta Aralyn sudah hilang untuk Aidan? I terima you kembali bukan kerana I cintakan you. - Aralyn Naqiba. By HezyRose. STRICTLY NO PLAGIARISM!!! Allright reserved by HezRose. ©Copyright 2018
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️ by thezyrose
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️
thezyrose
  • Reads 1,538
  • Votes 64
  • Parts 10
Qafeel dan Raudha disatukan dalam paksa rela. Qafeel terpaksa. Raudha rela demi seorang ayah yang banyak berjasa. Perkahwinan tanpa cinta sangat sukar untuk Qafeel terima kerana cintanya untuk wanita lain. Hati Raudha sakit saat Qafeel mengaku cinta pada wanita lain. Siapa sangka, pada mulanya tiada rasa cinta, akhirnya Raudha jatuh cinta pada suami sendiri. Raudha berusaha memikat hati Qafeel. Pelbagai usaha dia lakukan demi seorang suami. "Kenapa you cintakan dia Qaf? Kenapa bukan I yang menjadi pilihan you?"- Raudha Sakina. Dan ternyata usaha Raudha sia-sia. Qafeel tidak pernah menghargai setiap usahanya. Malah lelaki itu terlalu ego untuk mengaku apa yang dia rasa. Juga Qafeel tidak suka lelaki lain mendekati Raudha walaupun adiknya sendiri. Kerana satu peristiwa, Raudha memilih untuk membawa diri jauh dari Qafeel. Bukan melarikan diri tetapi merawat hati yang terluka di samping membawa satu rahsia besar yang Raudha simpan daripada pengetahuan Qafeel. Saat Qafeel sedar yang hatinya mencintai Raudha, semuanya sudah terlambat. Raudha pergi membawa hati yang terluka. "Sanggup Qaf lukakan hati Adda. Apa salah Adda pada Qaf?"- Puan Sri Suria. "Saya menyesal Raudha. Sangat menyesal." - Qafeel Tan Sri Taha. Lalu masih adakah peluang untuk Qafeel membaiki silapnya. Dan mampukah Qafeel mendapatkan cinta Raudha kembali? Atau perpisahan jalan yang terbaik? All rights reserved © HezyRose NO PLAGIARISM!!! 🚫
TAKDIR TEMUKAN KITA [EBOOK]✔️ by thezyrose
TAKDIR TEMUKAN KITA [EBOOK]✔️
thezyrose
  • Reads 977
  • Votes 24
  • Parts 12
Kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai seorang doktor, Nuha Sakeena hidup membujang. Bagi Nuha, dia tidak kisah sama ada kahwin cepat atau lambat kerana dia yakin jodoh di tangan Allah. Namun khabar dari Puan Maisarah mengatakan Farizwan akan meminangnya benar-benar menggugatnya. Baginya, buaya darat seperti Farizwan perlu dielak. Nuha tidak bersetuju dengan rancangan Puan Maisarah yang memujuknya untuk menerima Farizwan. Dan syarat yang diletakkan oleh Puan Maisarah benar-benar merunsingkan Nuha. Meletakkan Nuha dalam keadaan buntu. Mampukah Nuha memenuhi syarat yang diletakkan oleh Puan Maisarah untuk dirinya menolak pinangan Farizwan? Atau Nuha terpaksa menikahi Farizwan dengan hati yang terpaksa? Atau mungkin akan muncul hero idaman Nuha Sakeena yang akan menyelamatkannya?
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️ by thezyrose
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️
thezyrose
  • Reads 19,998
  • Votes 650
  • Parts 13
Tengku Fawwaz dan Aryana disatukan kerana keluarga. Tengku Fawwaz tidak rela tetapi Aryana redha. Tidak sampai satu jam menjadi isteri kepada Tengku Fawwaz, Aryana ditinggalkan tanpa kata dan pesan. Sungguh perit untuk Aryana lalui. Tiga tahun menghilang, Tengku Fawwaz kembali. Saat Aryana cuba melupakan cintanya itu, Tengku Fawwaz datang menghulur cinta pada sang isteri yang dia tinggalkan dulu. Tetapi tidak semudah itu Aryana menerima Tengku Fawwaz kerana hati dan kepercayaan pada lelaki yang bergelar suami sudah tiada. Hadirnya ujian, menjarakkan hubungan mereka. Mampukah Aryana mempertahankan rumah tangga yang dibina? Atau Tengku Fawwaz akan meranapkan rumah tangga mereka itu? Alright Reserved. NO PLAGIATRISM!!! By Hezy Rose, 23. December 2019 ©copyright 2019