Umar2016's Reading List
7 stories
LITTLE LILY by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 5,764
  • WpVote
    Votes 1,046
  • WpPart
    Parts 3
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY by CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    Reads 31,898
  • WpVote
    Votes 1,348
  • WpPart
    Parts 53
Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Iskandar pasrah apabila mereka dewasa pun abangnya tetap merampas apa yang dimilikinya waima kekasihnya. Namun demi kasih kepada keluarga yang disayangi membuatkan dia sentiasa beralah dengan kehendak si abang. Malah dia sanggup bekerja sebagai despatch di syarikat papanya sendiri walaupun dia mempunyai kelulusan luar negara untuk memberi peluang kepada si abang untuk menjawat jawatan tertinggi di syarikat. Bukan Noah Iskandar tidak boleh melawan tetapi ugutan Noah Dzulkarnain akan membuatkan nyawa kedua ibubapanya terancam menyebabkan dia patuh dengan segala arahan abangnya. Selagi dia dapat bertahan, dia akan terus bertahan kerana dia tahu ada tangan ghaib yang cuba merosakkan keluarganya menggunakan abangnya. Kemunculan seorang gadis yang menjadi setiausaha Noah Dzulkarnain menyemarakkan lagi perseturuan dua beradik ini. Gisela Ameena seorang gadis yang happy go lucky dan sentiasa tersenyum ini tersepit di antara kehendak hati dan kemahuan ketuanya. Klisekan. Dia tidak mahu jadi yang dikejar tak dapat yang digendong keciciran. Entah apa kesudahan dua beradik ini. Mampukah Noah Iskandar bertahan dengan segala karenah Noah Dzulkarnain? Apakah punca Noah Dzulkarnain begitu membenci Noah Iskandar? Gisela Ameena pula yang terperangkap dalam persengketaan ini pening memikir. Pilihan? Nanti dia main gunting batu kertas rasanya. Noah Iskandar: Antara abang dan kekasih... siapakah pilihannya? Gisela Ameena: Antara abang dan adik... lebih rela pilih kebaikan dari kejahatan. Noah Dzulkarnain: Akulah abang dari neraka!
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 1,390,983
  • WpVote
    Votes 49,719
  • WpPart
    Parts 125
⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from caring to his wife turns into responsibility towards his wife and lastly turns into obsessed and loving his wife until the death tear them apart. Their loves start with "I Wanna Be Yours, My lady." and the never ending reply of "I'm already yours." From arranged married turn into lovely dovey marriage.
RINDU YANG DICARI [ C ]  by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 395,791
  • WpVote
    Votes 19,215
  • WpPart
    Parts 54
-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia masih berjuang dengan diri sendiri dalam mempertahankan rumah tangganya. "Awak memang nak berpisah ke?" - Isa Khaleed - Seorang wanita yang bekerjaya dalam dunia seni. Namanya dikenali satu Malaysia. Sikap karisma dan tegas membuatkan ramai menghormatinya dalam dunia seni. Namun dia memilih untuk berhenti dalam memperjuangkan rumah tangganya yang dibina selama 2 tahun. "Kita berdua dah hilang rasa. Lebih baik berpisah," - Kaysa Jameela - Dua hati yang dulunya indah bila bersama. Ketawa dan menangis sentiasa ada antara satu sama lain. Tetapi perasaan yang dulunya indah mula menjadi kelam dan menghilang. "Awak dah janji kan? Kenapa tak buat?" - Kaysa Jameela. "Awak ada hal awak. Saya pun sama. Jadi kenapa perlu pertikaikan?" - Isa Khaleed. - Adakah mereka akan bersatu? Selama beberapa bulan sebelum perpisahan dilaksanakan? Start : 21 Julai 2024 End : 28 September 2024 [ Story ke-16 ]
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 402,387
  • WpVote
    Votes 15,002
  • WpPart
    Parts 73
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
AIM-Akademi Irsul Muta'afif by saif_almasyriq
saif_almasyriq
  • WpView
    Reads 35,405
  • WpVote
    Votes 4,827
  • WpPart
    Parts 74
Dia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pertama. Yang sentiasa disisi, yang sentiasa memahami. Seorang yang nakal yang sentiasa menceriakan hidup Saif hari-hari. Tetapi di belakang Saif, dia juga punya rahsia yang disimpan kemas dari pengetahuan sahabatnya itu. Dia pula seorang Fathul. Disebalik sikapnya yang ceria dan gila-gila bahasa, hakikatnya dia adalah seorang putera. Setia pada persahabatan. Hobinya adalah menyakat Furqan. Tiga remaja, satu ikatan persahabatan. Kerana Saif, mereka bertiga sentiasa berdepan dengan bahaya. Mampukah mereka bertahan? Atau ada yang berundur di tengah jalan? Atau ada yang membelot dan menikam dari belakang? Segalanya di sini...AIM.