Paling best!
28 stories
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,643,345
  • WpVote
    Votes 480,154
  • WpPart
    Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡ by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,797,213
  • WpVote
    Votes 54,956
  • WpPart
    Parts 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah berubah tapi aku tak menyangka.. Perkahwinan ini rupanya bukan atas dasar cinta tetapi hanya dipegang kerana bisnes.. Bila hati aku sudah sayang, dia lukakan hati aku.. Kerana, dari awal aku bukan pilihannya "Dia bukan pilihan aku. Perkahwinan ini atas dasar business. Dia senang ditipu maka dia mangsa aku. She's not my taste."-Karl. "Dari awal abang memang nak beritahu Aira, Karl memang ada niat tersembunyi nak kahwin dengan Aira."-Fakhrul. "Mulai saat ini,aku takkan percayakan sesiapa."-Aira.
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 655,522
  • WpVote
    Votes 44,167
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
TSK: Nuansa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 36,951
  • WpVote
    Votes 3,203
  • WpPart
    Parts 11
Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur? Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam? Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa. "Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin "Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang-orang yang berusaha.
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula) by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,807,858
  • WpVote
    Votes 131,165
  • WpPart
    Parts 112
1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya? takkan di sebabkan kasut kulit encik yang kotor tu saya kena akibat macam ni sekali?"-Haura "yes.dan cara kau ganti balik, dengan jadi isteri aku."-Adam mikail "apa encik gila ke? saya buta! dan saya hanya penjual tisu? encik nak beristerikan orang buta macam saya?" ____ Kawin hanya kerana mengelakkan diri daripada berkahwin dengan pilihan ibu sendiri? tanpa cinta, tanpa perkenal, tapi itulah keputusan muktamad bagi Adam. dia kahwin bukan kerana cintakan wanita itu, tapi kerana tidak rela mengahwini gadis bernama mel itu. Biarpun ibunya tidak merestui, cukuplah hanya bapanya Anuar sahaja yang merestui perkahwinan mereka. "sejujurnya, aku masih sayangkan zulaikha. But, kalau kau boleh bertahan hidup dengan aku, atau kau boleh bahagiakan aku. Aku akan teruskan hubungan kita." "tak perlu kot sampai macam tu. Itu bermakna awak hanya paksa diri awak untuk cintakan saya. Its okay, kalau dah puas berlakon. Awak boleh lepaskan saya bila2 masa yang awak nak. I will wait for it." biarpun tiada cinta yang hadir pada permulaan mereka. Namun, perkahwinan mereka terpaksa diteruskan. pelbagai masalah yang ditimpa oleh Haura. Sudahlah mak mertua tidak menyukainya, dicaci tanpa pengetahuan Adam.namun dipendam di dalam hatinya hanya kerana tidak mahu melukakan hati sesiapa. "Aku tau, dia bukan isteri betul mikail. Dia cuma pura2. Dasar isteri plastik! "- mel "Adam hanya cintakan aku. Dia takkan lupakan kenangan indah aku dan dia dulu."-Zulaikha "ceraikan saya bila awak dah puas berlakon."-Haura "aku tak pernah berlakon cintakan kau, aku cuma rahsiakan kerana aku malu"-Adam mikail Adakah hubungan mereka bakal berterusan? Siapakah yang bakal merebut hati adam? [MENCINTAIMU MR. ARROGANT] [MENCINTAI HAURA] 2 0 1 9︶
[COMPLETED] Bukan Suami Tipikal by sweetiftisour
sweetiftisour
  • WpView
    Reads 48,664
  • WpVote
    Votes 2,001
  • WpPart
    Parts 17
"Confirm single?" "H-hah?" Riak muka Ira ketara nampak terkejut dengan soalan yang sangat tiba-tiba itu. Dan kali ini mata Aryan bukan lagi pada android di tangan tapi sedang memanah ke arah mata Ira. Dua mata tertentangan buat seketika. Soalan Aryan beberapa saat lepas dicerna dan dihadam sebelum dia membalas, "Ya, single." "Confirm kau dah ready untuk berkahwin?" Rasa terkejut Ira naik lagi satu tahap. Sudah punya kerja yang agak stabil sebagai seorang engineer ditambah pula dengan umur yang menganjak ke angka dua puluh tujuh pada 31 Ogos lepas, ibu dan ayah rasa dia dah sesuai untuk berkahwin. Dan dia tak menolak pun saranan orang tuanya itu. Rasanya dia dah bersedia err... kot...? Bila Ira dilihat seperti mengelamun tanpa menjawab soalan tadi, Aryan bertanya lagi buat kali kedua. "Confirm... kau... dah ready... untuk... berkahwin?" Mungkin dia fikir Ira tak dapat mendengar dengan baik soalan pertama tadi jadi soalan kali ini disusun sepatah-sepatah. Muka manusia yang langsung tak ada senyum itu direnung dalam-dalam. Sambil dalam otak mula merangka apa jawapan yang mahu diberikan. Fikir punya fikir akhirnya dia menjawab, "Ya." Aryan tarik nafas panjang sebelum dihela bebas. "Okey..." Smartphone berjenama Samsung diletak atas meja depan dia. Kedudukan kaki dibetulkan. Dari bersandar tenang, tubuhnya diubah ke posisi menegak. Mata Ira dia tatap. "Okey, babak blind date dah settled. Kau dah tengok aku. Aku dah tengok kau. Kau single, aku single. Kau tak nampak macam nak membantah dan aku pun tak terfikir untuk membantah jadi... bulan depan ikut plan our family 26 November kita nikah." Kata Aryan seraya berdiri dari kerusi. Smartphone diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berpaling ke belakang. Sebelum menapak ke arah pintu rumah dia menokok, "Thanks and dismiss." "Uh-oh!!? Macam tu je? Like seriously!?" ***
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,533,491
  • WpVote
    Votes 140,302
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,072,683
  • WpVote
    Votes 154,064
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 161,918
  • WpVote
    Votes 10,857
  • WpPart
    Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.