SofiaIdrus's Reading List
33 stories
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,484,897
  • WpVote
    Votes 222,111
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
GODAAN SEORANG ISTERI by ShinraGot7
ShinraGot7
  • WpView
    Reads 814,421
  • WpVote
    Votes 10,920
  • WpPart
    Parts 40
Mengisahkan seorang lelaki yang duda yang kehilangan seorang isteri dan anak ketika dulu sehingga membuatnya takut untuk mencari peneman baharu untuknya sehingga lah orang tua nya memberi dia pilihan untuk berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang baik yang bernama Nur Afiya yang berumur 25 tahun tidak mudah untuk Daniel menerimanya kerana tidak mahu peristiwa yang lama berlaku lagi. Adakah Daniel menerima segalanya yang diperintah oleh orang tuanya?
KAU DATANG KEMBALI by nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Reads 195,155
  • WpVote
    Votes 4,489
  • WpPart
    Parts 87
First story✨ Tengku Syed Nazmi. Berjaya. Berpengaruh. Namanya disebut-sebut di mana-mana. Lelaki itu bukan calang-calang-tinggi darjat, tinggi kedudukan. Kehidupannya serba sempurna di mata masyarakat. Nur Farah Auliana. Wanita berprinsip. Kasar, lantang, dan tak mudah tunduk. Bukan tipikal 'perempuan Melayu terakhir' seperti yang sering digambarkan di kaca TV. Tapi ironinya, hidup dia berubah sekelip mata... Sebab satu perkara yang dia sendiri benci: Kahwin paksa. Ya, kahwin paksa. Ingat ini drama pukul tujuh ke? Tapi inilah kenyataan hidup Farah. Tak pernah dia sangka, daripada sebuah perkahwinan tanpa rela... tumbuh benih kasih sayang. Namun, kebahagiaan itu tak bertahan lama. Bila lafaz nikah yang dulunya menyatukan, akhirnya menjadi satu beban yang menyakitkan. " hati aku untuk kau tak pernah mati, hati ni hanya untuk kau sorang jer." " tiga tahun, tiga tahun nazmi keluarga saya hidup dengan perasaan malu atas perbuatan awak dengan perempuan tu." " kenapa kau tak rasa pertemuan kau dengan dia kalini bukanlah satu kebetulan..? Tetapi itulah adalah jalan takdir untuk allah satukan kau dengan dia balik..?" ------------- Dan siapa sangka, dalam rapat ada yang menikam. Dalam kepercayaan, ada pengkhianatan. Orang yang paling dekat... kadangkala ialah musuh paling dalam. " dia dah pilih aku, dia pilih aku untuk jadi isteri dia. Kami dah sah, jadi kau jangan cakap yang aku merampas hak orang lain." " kau memang dah sah jadi isteri dia. Tapi tahu tak apa lagi sah..? Dosa kau kianat kawan baik sendiri. Dosa yang kau tunggung tu tak akan boleh diicuci dengan akad nikah." ------------ " the best decision for both of us.. is part ways. With all humility, I'm begging you please let me go."
Mr. Doktor I love you by thenurulaisyah
thenurulaisyah
  • WpView
    Reads 1,154,759
  • WpVote
    Votes 33,305
  • WpPart
    Parts 69
Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia. Nazran Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memiliki wajah yang tampan sehingga digilai ramai wanita. Dia juga pernah diecewakan oleh perempuan yang bernama Maya. Irdina dan Nazran. Apabila mereka bertemu membuatkan satu hospital kecoh. Mereka bila berjumpa seperti anjing dengan kucing. Ada sahaja yang digaduhkan. Mereka dijodohkan oleh aturan keluarga membuatkan Irdina 100 peratus tidak setuju manakala Nazran bersetuju atas sebab tertentu. Di saat mereka berputik cinta, seseorang datang dan hancurkan mahligai yang dibina oleh Irdina dan Nazran. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Siapakah Maya di dalam hidup Irdina dan Nazran? Masihkah ada sisa-sisa cinta kita?
Sungguh, Tulus Menyayangimu by nabihahtaquddin
nabihahtaquddin
  • WpView
    Reads 217,608
  • WpVote
    Votes 3,338
  • WpPart
    Parts 36
Usianya baru 18 tahun, namun dia telah mendapat gelaran puan. Fyna gadis sopan yang pernah kecewa kerana kecurangan teman lelakinya di sekolah, berkahwin dengan Ilman, pemuda tampan dan pekerja ayahnya yang paling muda. Ilman merupakan seorang 'playboy' semasa zaman remajanya. Namun berubah sikap setelah kematian ibu yang disayangi. Dia mencintai Fyna ketika saat pertama melihat Fyna lalu bernekad untuk menjadikan Fyna isterinya untuk yang pertama dan akhirnya. Adakah perkahwinan yang bahagia akan dikecapi oleh Fyna dan Ilman? **** Mereka berteduh sebentar di bawah pondok kecil yang ada. Baju Nura Afyna kebasahan sehingga menampakkan tubuhnya. Hal itu membuat Ahmad Ilman menelan air liur. Nasib baik Fyna dan aku je yang ada dekat sini, desis hatinya. Dia membuka baju T lengan pendek yang dipakainya. Nura Afyna terkejut dengan tindakan suaminya. Gila apa suami aku ni?, gumam hatinya. Dia buat tidak tahu dan hanya menjeling suaminya yang berada di sisinya. "Sayang, pakai baju ni" "Kenapa pula, nampak badan ke?" "Pakai ajelah, nanti orang nampak" "Bukan jarang pun baju ni, tak naklah baju abang besarlah" "Banyak cakap pula sayang ni, dah..dah angkat tangan" Nura Afyna menurut kata suaminya dengan mengangkat tangan. Suaminya menyarungkan bajunya ke badan isterinya. "Abang macam mana, tak sejuk?" ***** "Tadi tu sape? Main mesra abang dengan dia?" marah Nura Afyna sambil mencampak beg tangannya ke sofa berdekatan katil. Ahmad Ilman segera menutup pintu bilik hotel sebelum ada orang terdengar perbalahan mereka. "Dia bukan siapa-siapa sayang" jawab Ahmad Ilman dengan nada yang sederhana sambil tangannya memegang lengan isterinya. "Tipulah abang tak ada hubungan dengan dia" Nura Afyna menepis tangan suaminya. Ahmad Ilman terdiam. #144 in Romance (3/1/17) Untuk baca full version, boleh skip ke post last sekali yang bertajuk "Nak baca full version?" untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Terima Kasih Suamiku {Completed} by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 325,208
  • WpVote
    Votes 9,769
  • WpPart
    Parts 33
Sebuah mini novel yang sangat santai dan sesuai untuk menjadi bahan bacaan kepada semua pembaca yang dikasihi.. Naurah.. seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang sangat tegas. Seseoarang yang sangat sukar untuk jatuh cinta. "Hai Naurah.." "Saya tak kenal awak.. mana tau nama saya?" "Saya dah lama kenal awak Naurah.." "Tapi saya tak kenal awak.." aku berkata dengan tegas. Jangan-jangan lelaki ini cuba untuk menipu dia. Yalah kan.. tengok daripada rupa lelaki itu sahaja dia boleh tahu lelaki itu sebenarnya playboy. Muka handsome macam Lee Min Ho! Pertemuan yang tidak dijangka. Siapa sangka Naurah yang dulunya sukar untuk jatuh cinta akhirnya kalah pada seorang lelaki yang menolongnya ketika satu kemalangan kecil yang menimpa Naurah. Bila hati sudah mula berputik.. malangnya lelaki itu pula menghilang. Beberapa tahun berlalu.. wajah itu tidak pernah padam daripada ingatan Naurah. Dan.. hati perempuannya mula terusik apabila dia bertemu semula dengan lelaki itu dan lagi haru bila lelaki itu menjadi rakan partnernya dalam menguruskan sebuah projek besar. Adakah cinta itu akan hadir semula? Bagaimana pula keadaan Naurah bila tiba-tiba Tuk Ayah menjodohkan dia dengan saudara terdekat yang merupakan seorang lelaki playboy kelas satu? Siapa yang dia harapkan? Apa yang terjadi seterusnya? "Hujung minggu ni, umi dan abah datang merisik awak." Hah? Aku terkedu, terkejut, terkaku dan terkesima. Rasa nak terjun dari bangunan untuk membuktikan sama ada aku tengah bermimpi ke atau pun semua ini sememangnya satu realiti. Terima Kasih Suamiku..
Ternyata Salah Mencintaimu by nurxdylxh
nurxdylxh
  • WpView
    Reads 886,001
  • WpVote
    Votes 27,251
  • WpPart
    Parts 58
Kisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yang sama membuatkan perasaan sukanya terhadap Ammar Rizal kembali hadir. "Kau lagi. Kau sengaja ikut aku kan? Kau sengaja ikut aku kerja sini sebab kau nak goda aku kan! Kau jangan mimpilah nak dapatkan aku." AMMAR RIZAL. Satu peristiwa memaksa mereka berdua berkahwin disebabkan oleh satu rancangan yang diatur Dayana tidak berjalan dengan baik. Ainul Mardhiah adalah mangsa keadaan. "Bukan Ain yang rancang semua ni! Ain berani bersumpah dengan nama Allah! Kenapa Am benci sangat pada Ain? Kenapa Am?" AINUL MARDHIAH. Mampukah Ainul Mardhiah mempertahankan rumah tangganya bersama lelaki yang dicintainya namun tidak mencintainya? Salahkah Ainul Mardhiah mencintai lelaki itu?
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,527
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?
Aku Cintakan Suamiku Mr duda by izaniejeje
izaniejeje
  • WpView
    Reads 1,410,130
  • WpVote
    Votes 30,749
  • WpPart
    Parts 58
hai nama aku alyah dan aku anak yatim piatu. sedihkan ?. tapi aku tak kisah sebab mereka tinggalkab aku time aku masih kecik lagi. ok straight to the point. aku jumpa jumpa suami aku ni dkat pejabat dia (oh ya dia bos aku. company tu company bapa dia dan dia mengambil alih company tu. cliche kan. haha) dan dia minta aku nikah dngan dia! gila weii!! ??. nak tahu sebab apa?? "nikah dengan aku" kata izzudin "beritahu aku sebab apa aku perlu bernikah dengan encik?" aku tenung tajam ke arah anak matanya " sebab anak aku sayangkan awak" jawabnya tadaaa.. itu sebabnya. dia ada dua orang anak Seorang perempuan yang berumur 3 tahun dan seorang lagi masih baby lagi. kehadiran alyah telah mengubah kehidupan tengku izzudin. namun, kebahaigaan mereka hanya sementara Apabila bekas isteri izzudin kembali untuk meraih cinta dan harta bekas suaminya itu. mampukah alyah bertahan dengan dugaan ini. huhu Bismillah 27/02/18- Rating #1
Untuk Sekali lagi ©️ by ashafarmin
ashafarmin
  • WpView
    Reads 1,572,044
  • WpVote
    Votes 58,540
  • WpPart
    Parts 51
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu terlampau beku. Seribu kali dia cuba meraih..seribu kali cara lelaki itu menolaknya. " It was a lied when you told me that you love me." - Sufi Irdina Puas dia menolak. Tapi wanita itu masih terus cuba untuk meraih cintanya. Akhirnya dia akur. Dalam hatinya sudah terselit nama itu sejak dahulu lagi cuma dia ego! Terusan berdalih sehingga melukakan hati orang yang dia cintai. " Jangan pernah berhenti berharap. Please, comeback! I want you back!" - Thakif Zulkarnain