luvlymoonlight's Reading List
200 historias
ATHIFA : BIDADARI DUA PENJAGA por asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    LECTURAS 2,895
  • WpVote
    Votos 372
  • WpPart
    Partes 22
[UPDATE] [ROMANCE, FAMILY] Keluar takut. Jumpa orang pun takut. Itulah Athifa. Sangat pemalu orangnya. Takut dengan orang tak dikenali, tetapi manja dengan Nek Roziah walaupun Nek Roziah bukan nenek kandungnya. Ezhan, lelaki yang baru dikenali selama dua hari mengubah jalan hidupnya. Siapa sangka hanya disebabkan lelaki itu tersalah masuk dalam bilik air ketika Athifa sedang mandi, mereka dikahwinkan. "Ezhan tersalah masuk bilik air masa dia tengah mandi aje pun. Bukannya Ezhan cabul Athifa. Ezhan keluar cepat-cepatkan tadi. Perlu ke sampai macam ni?" Bingung Ezhan. "Athifa tak kenal Ezhan. Athifa tak suka Ezhan." Itulah yang terluah dari mulut Athifa sebagai jawapan. Dia betul-betul tak nak kahwin dengan Ezhan. Dia tak nak rapat dengan orang yang tak dikenalnya. "Kau tak jaga Athifa baik-baik, mati kau aku kerjakan!" Fahad memberi amaran. Hilangnya dia seketika, mendapat kejutan tak disangka. Berat hati mahu melepaskan. Pada masa yang sama risau Athifa bakal bersedih lagi. "Abang dah lama tak balik! Athifa merajuk! Athifa marah! Abang cakap abang nak jaga Athifa tapi abang hilang!" Amuk Athifa. Orang yang dia paling rapat, paling dia sayang tak ditemukan lebih dari sebulan. Telefon pun tiada jawapan. Ke mana hilangnya Fahad selama itu? IDEA : 2024 TARIKH : 1 MEI 2025
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️] por shafiqhafizi4_
shafiqhafizi4_
  • WpView
    LECTURAS 274,612
  • WpVote
    Votos 11,917
  • WpPart
    Partes 51
[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama dengan lelaki itu membuatkan Nur Fatimah Maisarah terpaksa menanggung derita berbanding bahagia. Pernikahan tanpa cinta itu benar benar menjerat dirinya. Haykarl Ashraff juga sudah mengakui bahawa Nur Fatimah Maisarah bukanlah gadis yang mendapat tempat di dalam hatinya. Malah ada perempuan lain yang sudahpun bertakhta didalam hati. "Ya Allah, Jika benarlah dia yang kau ciptakan untukku, maka aku akan terus tabah mengharungi getir kehidupan ini. Aku akan terus menanti rasa cinta daripada dia untukku. Berilah aku kesabaran yang tinggi kerna aku adalah selemah lemah insan, Ya Allah" - Nur Fatimah Maisarah. Disebabkan satu kejadian yang telah menimpa mereka berdua, Nur Fatimah Maisarah pergi membawa diri. Hatinya terus membeku. Kata sayang dan cinta dari lelaki itu sudah tiada makna baginya. "Sayang, Abang mintak maaf. Abang mintak maaf sangat sangat atas segala kesalahan yang abang pernah buat pada sayang. Percayalah sayang, abang sayang dan cintakan sayang sangat sangat. Saat pertama kali kita berjumpa, saat itu lah sayang sudahpun ada dalam hati abang. Tapi abang ego. Abang nafikan apa yang abang rasa terhadap sayang. Tapi, sekarang baru abang sedar yang sebenarnya abang dah lama cintakan sayang" - Haykarl Ashraff. Hati Nur Fatimah Maisarah terus membeku. Rasa cinta dalam hatinya buat lelaki itu sudahpun mati. Kau Hidupkanlah Rasa Ini! "Kalau ada anugerah pelakon terbaik, saya rasa awak layak untuk dapat anugerah tu. Mungkin dulu saya terpedaya dengan lakonan awak. Tapi sekarang, tidak lagi!" - Nur Fatimah Maisarah. Apakah kesudahan kisah mereka? Masihkah ada harapan untuk bahagia? Ataupun derita yang kekal menjadi teman setia? Beautiful Cover by @imhazel_al Start : 20 JUN 2021 End : 19 SEPTEMBER 2021
The Unexpected Life por raz577_
raz577_
  • WpView
    LECTURAS 4,571,545
  • WpVote
    Votos 161,920
  • WpPart
    Partes 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor... bertukar 360° apabila keluarganya diistihar bankrup kerana ayahnya dituduh melakukan kesalahan dalam syarikat. Dan... si dalang yang menyebabkan musibah ini adalah kawan baik ayah Arluna sendiri a.k.a ayah teman lelakinya. Hidup Arluna hilang arah. Malangnya, dugaan ini belum berakhir. Kejadian yang berlaku di sebuah hotel menjahanamkan lagi situasi buruk Arluna. Berpunca daripada kawan baiknya sendiri! 'Gunting dalam lipatan' yang sebenarnya ada hubungan dengan kekasih Arluna! Satu malam yang berlalu sepantas kilat. Tanpa Arluna sedar... Diri dia sudah bukan seperti dulu. Lelaki yang tidak dikenali itu muncul membawa tawaran yang tidak mampu Arluna tolak. Huluran tangan itu berserta dengan satu jaminan. Jaminan yang dapat ubah hidup dia semula. "Jadi isteri aku dan aku akan pastikan hidup manusia yang musnahkan hidup kau hancur," "Apa yang awak akan dapat? I'm not stupid... semua perkara yang orang buat dalam dunia ni bersebab. Dan... Siapa awak? Tiba-tiba muncul untuk bantu saya?," tanya Arluna was-was. Pertama kali melihat jejaka kacak ini, dia dapat rasakan yang hidupnya akan berubah. Aura disekelilingi lelaki itu sangat kuat. Aura megah, aura dingin, aura yang mampu buat orang tunduk pada dia. Apa akan jadi pada hidup seorang Arluna Aisyah? *A peek of typical manhwa/manhua storyline in the begining of the story. Of course, yes it is cliche. *a messypiece, not a masterpiece. *Danger: typos everywhere ! Cover book by: @thelesyeuxdelily #1 in romance(16/8/2020) #1 in romance(08/6/2021)
MRS. ADRIAN | COMPLETED✓ por CIKRISYA
CIKRISYA
  • WpView
    LECTURAS 28,702
  • WpVote
    Votos 1,406
  • WpPart
    Partes 44
Adrian Haqiem × Dania Humaira Dania Humaira tidak pernah meminta untuk dijodohkan. Namun demi keluarganya, dia rela. Apa yang dia tak sangka, lelaki yang menjadi suaminya adalah Adrian Haqiem lelaki yang sejak dulu hanya dikenali sebagai dingin, keras hati, dan tidak pernah mahu membuka ruang untuk sesiapa. Bagi Adrian, perkahwinan ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Dia tidak pernah menginginkan Dania dalam hidupnya. Segalanya bagai neraka buat Dania , suami yang tidak pernah peduli, layanan yang hambar, dan cinta yang sentiasa bertepuk sebelah tangan. DILARANG PLAGIAT ⚠️ *nak minta tolong pembaca , jika terjumpa cerita yang copy paste dari cerita ini mohon laporkan kepada saya serta report acc orang tu okay . Start : 24 Ogos 2025 End : 5 October 2025
Kerana Cinta Itu Ada por nssignature
nssignature
  • WpView
    LECTURAS 10,653
  • WpVote
    Votos 746
  • WpPart
    Partes 3
Second spin off Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Zain Al-Fareed | Nadya Elara
BUNGA AZALEA (BOOK 2) por kashrinahaider
kashrinahaider
  • WpView
    LECTURAS 89,390
  • WpVote
    Votos 4,083
  • WpPart
    Partes 46
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin dia biarkan semua orang tahu kisahnya, dia tidak mahu belas kasihan dan Afeefa menganggapnya gila. Dia tidak mahu! Buat apa pun dia sanggup asal bersama Afeefa. Untuk kali yang terakhir, biar dia korbankan semuanya asal Afeefa tetap bersamanya. Dia harus menebus semua kesalahannya. Biar dia seorang sahaja yang sakit. Hakikatnya mereka berdua manusia yang tak sempurna. Dipertemukan untuk saling melengkapi untuk menjadi yang sempurna.
BUNGA AZALEA 1 ✅ por kashrinahaider
kashrinahaider
  • WpView
    LECTURAS 464,878
  • WpVote
    Votos 22,461
  • WpPart
    Partes 74
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan. Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan. "Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" "Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? "Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun" ⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR. START : 1 MEI 2018 END: 10 NOVEMBER 2021
YOU ARE MINE (#2): HIS REGRET por NZA1125
NZA1125
  • WpView
    LECTURAS 5,909,609
  • WpVote
    Votos 134,142
  • WpPart
    Partes 41
"Budak paling pandai dalam kolej dah jadi pelayan lelaki kelas atasan or should I call you a prostitute? But when I touched you several years ago,you still a virgin. I must be special to you,am I right?" - Tengku Alex Iskandar "Mind your own bussiness Tengku" - Zahira Aina Zahira Aina. Nama secantik tuan empunya badan. Namun kisah hidupnya penuh dengan penderitaan. Dia terpaksa berhenti belajar akibat kerakusan seorang lelaki. Hanya kerana satu penolakan kesucian dirinya diragut. Selama 7 tahun,Zahira cuba mengemudi semula hidupnya. Namun kembalinya lelaki tersebut menyuburkan kembali kedukaan. Bukan permohonan kemaafan yang diterima tetapi cacian dan hinaan yang berterusan daripada lelaki tersebut. Tengku Alex Iskandar. Anak kepada jutawan dunia. Dia juga bergelar jutawan di usia muda.Menjadi lelaki pujaan wanita daripada zaman universiti lagi.Dia playboy. Dia tidur dengan ramai wanita. Duit yang dimiliki boleh membeli sesiapa sahaja. Namun,hatinya terpaut dengan seorang gadis bernama Zahira Aina. Kerana satu penolakan,dia bertindak di luar kawalan. Kembalinya dia selepas 7 tahun membawa seribu satu muslihat dan dendam. Pelbagai cara digunakan supaya gadis itu tersungkur di kakinya. Namun kerana satu rahsia,dia jatuh tersungkur merayu dan meminta keampunan.
Farhat's  por MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURAS 301,140
  • WpVote
    Votos 15,965
  • WpPart
    Partes 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]