Emelda (Sudah Diterbitkan)
CallMeAmarfi
- Reads 34,597
- Votes 2,546
- Parts 26
Sejak dari umurnya belasan tahun lagi, Akasyah sudah tahu Emelda adalah belahan hatinya. Satu-satunya wanita yang dia mahu sentiasa ada di dalam hidupnya. Tapi dia tidak pernah dapat faham mengapa Emelda sering menolak cinta yang dihulur olehnya.
Dibayangi rasa risau akan kehilangan gadis itu, Akasyah meminta Taufiq untuk melepaskan Emelda ke dalam jagaannya dengan janji, dia akan menjadi suami terbaik untuk Emelda.
"You deserved better, Akasyah." - Emelda
"I don't want better. I just want you." - Akasyah
Tinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri.
Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri yang dia yakin lambat laun akan tetap tunduk padanya kerana cinta itu sebenarnya ada. Cuma Emelda saja yang tidak mahu meluah rasa.
Merentasi masa, hubungan mereka mula berubah.Seperti bunga yang mekar kembang disirami mentari pagi. Tapi awan mendung berarak datang, membuat harapan yang mula berputik tiba-tiba layu.
Si isteri rupanya sudah lama menyimpan satu rahsia yang menunggu masa untuk dilepas keluar. Bila dipaksa untuk berterus terang, baru Emelda memberitahu tentang rancangan asalnya mahu meminta perpisahan.
"Awak kahwin dengan saya dalam keadaan awak tahu satu hari nanti awak akan minta untuk berpisah?"- Akasyah
"Saya pernah cakap awak akan menyesal. Saya pernah beritahu awak bukan priority pertama dalam hidup saya." - Emelda
Selagi manusia berusaha, selagi itu akan tetap ada cara. Tapi bagaimana jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, sedangkan sebelah lagi pihak berkeras tidak mahu membuka jalan? Sejauh manakah Akasyah mampu pergi untuk membahagiakan wanita yang bernama Emelda?