rohayatihaminuddin's Reading List
2 stories
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan] by nbllanr
nbllanr
  • WpView
    Reads 396,938
  • WpVote
    Votes 5,103
  • WpPart
    Parts 10
WN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman downy. "Abang kacak! Nampak mama kita tak?" Kaki kanannya terasa berat. Segera dia tundukkan wajah melihat seorang gadis sedang memeluk kakinya. "Kau dah kenapa perempuan?" Dia cuba melepaskan kakinya. Orang sekeliling mula memandang mereka pelik. "Abang Kacak! Puteri nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu mula merengek. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah. Dia menggaru kepala pening. Suara nyaring gadis itu memenuhi segenap ruang dewan tertutup yang besar ini. Sudahlah penuh dengan beratus manusia ternama. "Weh perempuan. Bangunlah!" Bisiknya keras. Dia cuba tayang sengih lebar kepada mata-mata yang memerhati. Tangisan gadis itu pecah. Kuat dan nyaring. Makin tak keruan Jejaka itu apabila gadis itu mula tergolek-golek di atas lantai. Sudahnya dia terpaksa bercangkung memujuk gadis itu. "Kau ni kenapa? aduhai!" Dia berbisik keras. Dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam budak umur setahun je ni kenapa. "Nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai. Wajah sudah sememeh dengan hingus dan airmata. "Okay, okay! Kita cari mama kau. Berhenti nangis." Pujuk Jejaka itu. Mendengarkan kata-kata Jejaka itu, segera Puteri tarik hingusnya. Dia memeluk lengan Jejaka tersebut supaya tidak melarikan diri. "Puteri nak mama, abang kacak!" Wajah di kesat pada lengan tuxedo mahal milik si Jejaka. Siap pakej bunyi menarik hingus yang kuat. Jejaka tersebut menahan rasa. Tekaknya loya semacam melihat cecair hijau yang melekat di tuxedo. Semakin lama mengenali Puteri dia semakin sayang. Tetapi, keadaan diri Puteri menjadi tanda tanya dia. Adakah keikhlasan dia mencintai gadis itu terbalas? atau dia bertepuk sebelah tangan saja?
Suamiku Tinggi 189cm?!!  by MejiMoon
MejiMoon
  • WpView
    Reads 2,075,162
  • WpVote
    Votes 89,242
  • WpPart
    Parts 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello