My Reading Book
2 stories
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,159
  • WpVote
    Votes 42,697
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
His Baby Girl : My Gangstar by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 291,088
  • WpVote
    Votes 17,938
  • WpPart
    Parts 52
Mikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden Rian yang sudah 'cuci tangan' . Dia lelaki kejam lebih kejam dari mana-mana mafia yang kau kenal . Kaki bunuh , kaki seksa , itu dia . Mikael Rayyan yang baru . Mikael Rayyan yang lama sudah terkubur . Irene Sarah , gadis berumur belasan tahun yang mempunyai anak mata yang unik . Oleh kerana keunikkan dia berbeza dengan manusia biasa , jadi keistimewaan dia menjadi bahan ejekkan rakan sekolah . Tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup . Setiap petang dia akan menghabiskan masanya di cafe berdekatan sekolah . Bekerja sambilan demi mendapatkan upah untuk terus hidup . Ya , dia sebatang kara dibumi ini . Tiada ibu , tiada ayah , tiada saudara atau yang lain . Oleh sebab itu dia harus mencari duit untuk terus hidup . Perjumpaan tanpa sengaja Irene Sarah dan Mikael Rayyan di Cafe itu memulakan detik segalanya . Dia , Irene Sarah gadis yang tidak kenal apa itu erti putus asa . Cuba untuk memenangi hati jejaka dingin , Mikael Rayyan . Kata orang cinta pandang pertama tak sepatutnya dilepaskan . Dalam pada dia berusaha mencairkan sibeku Mikael Rayyan dia terpaksa berdepan dengan cacian dan herdikan lelaki itu . Makin dia dekati , makin banyak yang diterima . Akhirnya ... His Baby Girl : My Gangstar