Kelian60's Reading List
91 stories
Let It Rain - Terbit PBAKL 2026 by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 645,554
  • WpVote
    Votes 2,964
  • WpPart
    Parts 6
Love Seasons: Book 2 ~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."
Thank you husband. by Ayanaswan
Ayanaswan
  • WpView
    Reads 2,698
  • WpVote
    Votes 141
  • WpPart
    Parts 33
Perkahwinan antara China and Malaysia end up ?...
DOSA SEORANG ISTERI. by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 21,726
  • WpVote
    Votes 515
  • WpPart
    Parts 79
Kata orang suami yang baik milik isteri yang baik..tapi tak semuanya begitu. Betapa setia,sabar dan redhanya seorang wanita bernama Roziah terhadap suaminya,Kamarul. Namun semua perasaan dan ikatan perkahwinan mereka dikhianati dengan kehadiran orang ke tiga. Rahsia yang disimpan bertahun akhirnya terbongkar suatu hari. Hati mana yang tak sakit? Hati mana yang tak terluka? Dan akhirnya membawa kepada rasa benci dan dendam. Sedikit demi sedikit jarum syaitan menyucuk melalui Cik Ida yang dengki pada hubungan mesra pasangan itu. Peluang untuk merosakkan hubungan Roziah dan Kamarul terbentang dihadapan mata. Cik Ida ketawa gembira. Namun dalam rasa yang berperang itu muncul sahabat lama cuba menabur bunga nasihat dan menyiram api yang sedang marak. "Aku tahu kau kuat,Roz.." - Ummi Kalthum. "Andai kata bahgia itu bukan milik kita berdua,biarlah Roz mengundur diri,abang. " - Roziah. "Aku dah kata yang aku tak suka tengok orang bahgia,macam kau!" - Cik Ida. "Abang minta maaf,Roz..ampunkan abang..."- Kamarul. "Saya tak berniat nak tipu Kak Roz,saya ikhlas sayangkan Bang Marul." - Yana.
Hospital dan Cinta (Fast Update On Going)  by xKarlis
xKarlis
  • WpView
    Reads 29,564
  • WpVote
    Votes 3,911
  • WpPart
    Parts 133
Mengisahkan perjuangan seorang lelaki untuk merawat kelukaan hati seorang wanita yang disayanginya. Biarpun status sosial berbeza, biar kehidupan berbeza, biarpun tahap pendidikan berbeza, tetapi lelaki ini tidak memandang itu semua. Hatinya memang kukuh seperti mana kukuhnya pendiriannya. Nik Aathif, gadis kampung dengan pendidikan hanya diploma. Merantau ke bandar demi perjuangan sebagai seorang perawat. Rasa cintanya kepada seorang lelaki membuatkan dia masuk ke dalam pengalaman hidup yang tidak pernah dia terfikirkan. Marilah selami apa yang dihadapi oleh Nik Aathif. Siapa lelaki idamannya dan ke mana akhirnya di labuhkan diri.
Bahtera Yang Tersadai (Tamat)  by xKarlis
xKarlis
  • WpView
    Reads 9,285
  • WpVote
    Votes 841
  • WpPart
    Parts 64
Sebuah harapan yang ingin menuju bahagia dalam memenuhi kehendak diri dan orang lain.... Mereka berusaha untuk bahagia.....
[C] I'm yours?  by NahilahBadriyah
NahilahBadriyah
  • WpView
    Reads 153,943
  • WpVote
    Votes 3,555
  • WpPart
    Parts 54
Satu kejadian yang tak pernah disangka berlaku. Mengapa atau siapa puncanya tidak diketahui. Kejadian yang mengubah segalanya. Dari si periang kepada si penggemar setia air mata. Datang sinar membangkitkan semangat tanpa dia sedari. Namun kongkongannya itu agak merimaskan. "Tak baik ingkar..." "Dengar cakap saya..." "Jangan!" "Kan saya dah cakap." "Tak boleh." "You are mine! So listen!" Rahsia besar yang tersimpan. Tanpa diduga kejadian berulang namun ini memang takdir. Benarlah segala yang berlaku ada hikmah... Kebahagiaan mula dikecapi. Namun kekalkah ia tanpa kejujuran sepenuhnya? Kisah suka... "Cantik tak yang ni?" satu gelang perak berbunga sakura ungu diangkat. Ringkas tapi elegan. "Cantik. Untuk siapa?" Iqbal hanya tersengih. "Kekasih Halal saya." Kisah duka... "Tapi janganlah hukum Bella macam ni. I just want both of you back. That's all, please... " makin lebat pula air mata yang turun. Mungkin sedikit tawa? "Uish kak chik. Kita main ikan esok eh? Lagipun adik tak ada ringtone bunyi ikan. Cengkerik, katak ada tapi takut ikan makan telefon adik." Hazim menjawab sambil bermain ciku cak dengan ikan. Tak sangka ikan tu layan dia. Eh, dia sorok belakang batu tapi sorok kepala je. Ingat badan dia slim kot? Start : Err one day from 365 days in 2019? End : September 20, 2020 Nota tapak kaki : Cerita ni cringe skala 10, pelik, idk how to describe. Cerita ni sangat terpaling tak diterima kalau masuk twitter kena kecam. Tapi ini cerita pertama saya jadi saya biarkan di sini sebagai kenangan☺️
Penghulu Bidadariku S2 : Aisyah Humaira by AliahSyuhada
AliahSyuhada
  • WpView
    Reads 6,159
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 29
~ Fully Completed S2 ~ Rayyan Harith menyangka jalan takdirnya dan Aisyah Humaira tidak akan lagi menyatu. Namun, apabila dia sedang belajar untuk reda dengan liku suratan hidup, satu berita sekali lagi hadir dan membuatkan dia hilang arah. Jiwa terasa kembali parah. Sungguh, bukan ini pintanya walaupun dia tahu hanya ini satu-satunya jalan yang dia punya untuk memiliki kembali kebahagiannya dahulu. "Demi Allah, hati saya masih sama. Perasaan ini masih utuh dan takkan pernah berganti. Awak, ibu kepada anak-anak saya...dan saya masih berharap awak menjadi isteri dunia akhirat saya." - Rayyan Harith - "Cinta saya dah berkubur dengan segala kenangan di antara saya dan arwah suami saya. Awak mungkin bapa kepada anak saya, tetapi awak takkan mampu kembali menjadi pendamping hidup saya." - Aisyah Humaira - Dia pergi, bukan kerana mengalah. Namun, demi memberi ruang dan masa. Dia pergi, bukan bermakna hati sudah pudar rasa. Namun, demi memberi peluang wanita itu menenangkan jiwa. Biar waktu terus berputar. Biar masa berlalu pantas. Biar kenangan berganjak pergi. Andai jodoh sudah tertulis di luh mahfuz, kau dan aku... pasti dipertemukan kembali.
Cinta itu dia [EBOOK] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 73,573
  • WpVote
    Votes 676
  • WpPart
    Parts 6
Kerana Cinta Itu Dia. Sofea Irdina x Ash Arzhel x Ungku Raif Ilfan KEHIDUPAN yang tidak di duga telah mengubah hidup seorang gadis yang berumur 19 tahun apabila takdir mempertemukan dirinya dengan seorang lelaki yang tidak di kenali. Di kira hanya kebetulan biasa namun siapa sangka kebetulan itu yang membawa dirinya ke lembah derita yang tidak berpenghujung. "K-Kahwin. T-tolong kahwin dengan saya. Jangan tinggalkan saya. S-saya takut" -Sofea Irdina "Apa yang aku dapat kalau aku berkahwin dengan kau? Aku masih muda. Dan kau pun masih muda, kan?" -Ash Arzhel "S-saya rela beri seluruh jiwa dan raga saya pada awak asalkan awak ikat saya dalam satu ikatan yang sah. S-saya tak nak tanggung dosa" -Sofea Irdina Perkahwinan mereka akhirnya terbina. Sebuah perkahwinan bukan dari jaminan bahagia hanya berlandaskan nafsu semata. Hingga akhirnya perkahwinan itu musnah. Di tinggalkan Sofea tanpa belas kasihan. "Aku akan bertunang. Dan aku tak sanggup menduakan dia" "T-tapi saya.." "Sofea Irdina aku ceraikan kau." Runtuh dunianya saat aksara itu terbit di bibir lelaki yang paling dicintai selama ini. Ternyata cintanya tidak mampu meruntuhkan ego lelaki itu. "Bukan setakat pergi kalau kau mati sekalipun aku tak kesah." -Ash Arzhel 3 tahun berlalu... ASH ARZHEL- Hidupnya seperti sedang menanggung sebuah bebanan dosa. Walaupun sudah memiliki segalanya namun semuanya terasa kosong. Pudar. Menjadi tunangan buat Nazeera dahulu adalah pilihannya namun kini terasa tidak berharga lagi. "Kenapa you tangguhkan perkahwinan kita? Dah tiga tahun Ash kita bertunang tanpa ada jaminan I still waiting for you. Apa yang you cari, Ash?" -Nazeera Ilyana Takdir seolah mengerti sehingga mereka di pertemukan semula dalam kebetulan yang tidak di sangka. Akankah takdir berpihak pada mereka? Mampukah Ash mengembalikan keluarga kecilnya? Siapa pilihan hatinya? Nazeera? Sofea?
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 173,086
  • WpVote
    Votes 15,655
  • WpPart
    Parts 47
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂 ❝ One last bet he couldn't surrender ❞ Nur Kaymelia Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino. Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk. Namun, Isaac gagal. Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu! . . Isaac Abraham Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. Tetapi tidak Nur Kaymelia. Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar! . . Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya. Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB. Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu? Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga. Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah? Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri? ❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞ WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL