7VLKVR9's Reading List
3 stories
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,770
  • WpVote
    Votes 1,745
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
CATATAN SANG EDITOR (PRE ORDER KE-3 DIBUKA SEMULA) by metalheadmitch
metalheadmitch
  • WpView
    Reads 25,430
  • WpVote
    Votes 673
  • WpPart
    Parts 29
Bukan karya novel. Sebuah catatan untuk panduan jika didapati bermanfaat. Untuk penulis yang serius dalam berkarya. Juga sebuah catatan bagaimana cara penulis untuk berurusan dengan editor penerbitan, khususnya penerbitan novel; dengan betul. Akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Juga merupakan catatan editor merangkap penulis. Karya yang pernah terbit : Novel : 1) Lagukan Senandung Itu (2007) - DBP 2) Dewangga Sakti (2007) - PTS 3) Mantera Hitam (2009) - Alaf21 4) Raungan Mantera (sambungan Mantera Hitam, 2011) - Alaf21 5) Rockers (2017) - Tebuone Press 6) Rockers Cinta Sdn Bhd (2018) - Tebuone Press Novel bakal terbit : 7) Ostad Power Metal (2018) 8) Memoir Kampung Boy (2018) - Tebook Press Kumpulan Puisi 9) Kumpulan Puisi 'Khauf Seorang Hamba' - (2018) ITBM Kumpulan Cerpen : 1) Mencari Gayung (2009) - DBP 2) Antara Katana dan Sundang (2014) - ITBM Pengalaman Editorial : 1) 2006 - 2010 : Freelance Editor (untuk DBP, Pekan Ilmu Publications) 2) 2010 - 2011 : Editor di Pekan Ilmu Publications 3) 2017 - hingga kini : Editor di Tebuone Press Hadiah Sastera Yang Dimenangi : Hadiah Sastera Cerpen Berunsur Islam DBP 2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 Hadiah Sastera Darul Ta'azim (HSDT) 2007, 2009 & 2011 Hadiah Cerpen Putrajaya (Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Putrajaya) 2011 Anugerah : Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2011 (HSDT) Hadiah Kumpulan Cerpen Terbaik (HSDT) 2011 Nama Pena : Serunai Faqir, Peniup Serunai, Mitch
Vampire of Grahi II by humairaseri
humairaseri
  • WpView
    Reads 8,709
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 20
Siti, seorang gadis cantik dari keluarga ternama, harus berjuang sendirian untuk melawan gangguan dan kekejaman yang diakibatkan dari keinginan Seri, pontianak dari zaman silam. Ringkasan: Vampire of Grahi II adalah sebuah kisah yang merentasi kira-kira 700 tahun melibatkan Siti, seorang gadis cantik yang tidak mengetahui bahawa dia didampingi saka kepada moyangnya yang hidup di istana Grahi pada abad ke-14 Masehi. Sakanya itu yang mengaku sebagai Puteri Srimala Maulimarwadewi Amaradani, puteri kepada pemerintah negeri Grahi abad ke-14 di Segenting Kra telah menceritakan segala-galanya - tragedi, cinta dan airmata yang telah mengubah nasib satu keturunan. Semua cerita itu dianggap sebagai satu RAHSIA yang diamanahkan kepada Siti untuk menjaganya. Dalam episod yang lepas, Siti yang dirasuk kembali pulih setelah bertarung berjam-jam lamanya dengan Seri, yang juga mengaku sebagai saka kepada Siti. Namun Seri bukanlah saka kepada Siti dan terbongkar bahawa dia adalah musuh kepada Puteri Srimala. Siapakah sebenarnya Seri? Mengapa dia menyembunyikan Sufian, sepupu dan kawan sepermainan Siti sejak dari kecil? Sebaik sahaja Siti sedar dari pengsan, dia mendapati Sufian masih tidak ditemui. Keluarga Sufian sudah mencuba pelbagai usaha termasuk meminta bantuan kedutaan Malaysia di Bangkok bagi mencari Sufian yang hilang sejak pergi ke rumah kawannya di Patani. Namun kemudian Siti sedar akan sesuatu... "...seseorang itu tidakkan pernah merasai kelazatan cinta, sehinggalah dia dikhianati cinta." -Seri ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam episod pertama, anda boleh memiliki Vampire of Grahi I di sini: http://vognovel.blogspot.com/