NurMika3's Reading List
5 stories
My Husband Rayyan Adyan  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 383,144
  • WpVote
    Votes 3,056
  • WpPart
    Parts 12
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,963,206
  • WpVote
    Votes 286,291
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
I'm A Fighter! by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,015,645
  • WpVote
    Votes 55,241
  • WpPart
    Parts 79
Siri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia membuatkan harinya semakin menarik tanpa sebarang kekacauan. Namun, segala-galanya bertukar haru-biru semenjak berjumpa dengan seorang lelaki tua gatal nak mampus. "What the...Hoi! Tak guna punya orang tua! Kau nak curi dompet aku ye?!" -Liah "Amboi, sesedap tekak badak kau je nak tuduh aki aku!" Takiya Genji. "Kau tahu aku ni sape? Aku polis! Aku boleh tangkap kau bila-bila masa yang aku nak!" Liah. Berjumpa dengan seorang lelaki daripada Jepun tetapi fasih berbahasa melayu membuatkan hidup Tengku Nurfaiza tiba-tiba menjadi malang. "Mummy, please wake up! Dia tu cuma penjual ikan! Lagipun aki dia tu gatal nak mampus! Dahlah gigi warna hitam! Rongak pulak tu! Faiza tak nak kahwin!" -Tengku Nurfaiza. Apakah sebab si cantik manis itu harus berkahwin dengan Takiya Genji? "Sedarlah sikit. Kau tu tengah tinggal kat rumah aku. Hanya menumpang!" -Takiya Genji. Dipaksa tinggal bersama lelaki yang tak setarafnya, memang menyakitkan hati! Ada sahaja cara mereka untuk bergaduh. "Kau ingat aku ni orang gaji kau? Dahlah rumah macam pondok! Tandas takde flush! Pintu nak roboh! Kau tinggal kat mana ni? Elok tinggal kat gua aje." - Tengku Nurfaiza. "Kau tahu tak apa perbezaan kau dengan sampah? Hmmm..takde! Sama-sama buruk! Busuk pulak tu! "-Takiya Genji. Tanpa disedari oleh pasangan tersebut, mereka tak tahu bahawa masing-masing memendam perasaan cinta. Setelah semuanya diluahkan, Tengku Nurfaiza dapat tahu bahawa Takiya Genji bukanlah seorang penjual ikan melainkan seorang lelaki yang amat dikenalinya daripada Jepun. Apakah sebab Takiya Genji pergi ke Malaysia? Adakah pertemuannya bersama gadis itu hanyalah sebuah kebetulan atau dirancang? "Aku bukan lelaki yang kau sangkakan."-Takiya Genji. Comedy+ Romance+ Action.
Miss Destroyer (In Editing) by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 995,441
  • WpVote
    Votes 55,498
  • WpPart
    Parts 117
Siri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan memulakan hidup tanpa si manja itu. Pada masa yang sama juga, Tengku Fazril dan anak-anaknya telah sah menjadi pembunuh seperti mereka yang lain. Sape sahaja yang melanggar arahan mereka akan dibunuh serta-merta. Kedatangan seorang gadis bertopeng mata pulak adalah musuh ketat mereka! Dan tugas utama si gadis itu ialah untuk memusnahkan keluarga Tengku Fazril. Sape sangka tugasnya menjadi mudah apabila wajah yang dia miliki seiras dengan arwah Putri Risha.Memang sangat sebijik! Hanya dua tugasnya.Membunuh dan menjadi isteri kepada ketua mafia itu. "Baik atok! Aku akan pastikan diorang mati di tangan aku sendiri!" - Gadis bertopeng. Gelagat dia yang serupa bodoh seperti Alex membuatkan hari-hari Tengku Fazril menjadi ceria,begitu juga dengan kembar tak seiras itu. "Kenapa elak? Takkan daddy nak kiss pun tak boleh?" -Tengku Fazril. "Sejak bila you jadi bodoh macam I? Takpe.Tahniah I ucapkan! Sila tingkatkan lagi level kebodohan you "-Alex. "Kitorang sayang sangat kat mama!!"-Roland & Riley. Gelagat manja kembar tak seiras itu dan kenakalan mereka yang lain membuatkan dia leka akan misinya yang sebenar. "Aku nak kau bunuh diorang semua! Kalau kau gagal,aku akan bunuh kau and diorang sekali.Jangan kau berani nak cabar aku!"- The king of evil. "Kau lebih kejam daripada setan kat neraka!" -Gadis bertopeng. "I miss you mummy.."-Tengku Fazril. NO MERCY ! NO LOVE ! JUST KILL THEM ALL! Dia pemusnah keadaan! Pemusnah harapan! Pemusnah hati! Pemusnah perasaan! Dan dia pemusnah bagi segala-galanya! "Don't you dare to fall in love with me."-Gadis bertopeng. AMARAN: INI ADALAH PERLAWANAN TERAKHIR MEREKA! Romance+Comedy+Action+Kejutan+Misteri+Lu fikir sendiri.
The Chosen One by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,217,829
  • WpVote
    Votes 62,543
  • WpPart
    Parts 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.