nuredlin_'s Reading List
87 stories
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 4,560
  • WpVote
    Votes 358
  • WpPart
    Parts 4
[3rd romance] Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 415,857
  • WpVote
    Votes 16,756
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 263,731
  • WpVote
    Votes 20,593
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & Spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Demi Bahagia Mu by roseanglee
roseanglee
  • WpView
    Reads 1,155,416
  • WpVote
    Votes 34,722
  • WpPart
    Parts 75
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau ingat kau dah sah jadi isteri aku,kau boleh suka-suka sentuh harta benda aku ke!!!" _Alya Qaisara "Maaf awak saya tak sengaja terlelap atas katil awak" _Zyan Rafael "Kau dengar sini perempuan.Kau tu hanya isteri atas kertas aku jee!jadi kau tak payah berangan nak belot harta aku.Satu sen pun aku takkan bagi!dan lagi satu,stop panggil aku awak!Kau tu tetap orang luar bagi aku.Panggil aku TUAN! FAHAM!!!" _Alya Qaisara "Faham Tuan" _Zyan Rafael "Huh!Dasar Miskin! Hodoh! Bodoh! Lembab pula tu! aku jijiklah tengok muka kau lama-lama! aku muak tahu tak! dah berambus sana!!!" _Alya Qaisara "Baik Tuan" "Ya Allah,jika ini takdir yang engkau tetapkan untuk ku,aku rela menerimanya._Alya Qaisara Sampai bilakah Alya Qaisara akan bertahan hidup dengan orang yang membencinya malah menghina serta mencacinya setiap hari.Suami sendiri menanam perasaan benci terhadapnya.Hidup sebatang kara bukanlah hal yang mudah untuk terus bertahan di dunia yang penuh dengan kejutan ini.Berharap sang suami akan melindunginya,tetapi semua itu hanya mimpi. Dan sampai bilakah Zyan Rafael membenci isterinya yang sangat sempurna itu.Adakah dia akan membuka ruang hatinya buat sang isteri,atau sebaliknya? Mahu tahu lebih lanjut sila tunggu hingga cerita ini melabuhkan tirainya. WARNING❗ _Plagiat di larang sama sekali _Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati _100%datang dari otak saya sendiri,jika ada persamaan dengan cerita lain itu hanyalah kebetulan _Typo maybe ada di setiap bab
TENGKU EHSAN | C by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 47,557
  • WpVote
    Votes 2,005
  • WpPart
    Parts 70
Perkahwinan yang diatur? Calon isteri pilihan bonda?! Itu perkara terakhir yang Tengku Ehsan jangka dalam hidupnya. Lebih mengejutkan apabila gadis berjubah dan bertudung labuh itu- yang baru pertama kali ditemuinya- mula menghantui fikirannya. Tenang, sopan... dan langsung tidak seperti perempuan-perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya. Tidak mahu berkahwin dengan orang asing, Ehsan merangka satu perjanjian. Satu rancangan bersama gadis itu untuk menolak aturan keluarga mereka. Namun segalanya berubah apabila gadis itu memilih jalan yang berbeza. Keputusan yang mencabar ego Ehsan. Dan memaksa mereka disatukan. - "It takes two to tango, Miss Rosie-posie." - "I'm not what you think I am, Tengku Ehsan." In: 17/01/2026 Out: 28/01/2026
Tengku Adam [C]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 54,612
  • WpVote
    Votes 2,521
  • WpPart
    Parts 35
Spin off : Leo's Addiction. Tengku Adam Asyraaf. Sebaris nama yang gah, memiliki daya tarikan yang tersendiri. Lelaki itu mempunyai segalanya. Rupa, kemewahan, kuasa. Code name : Ash. Dia dahulunya seorang yang periang dan ceria. Tetapi angkara satu kejadian hitam yang berlaku pada masa lalunya membuatkan dia menjadi dingin dan kejam. Faiqah Az Zahra. Gadis manis yang mencuri perhatian Tengku Adam untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Faiqah merupakan seorang pemilik butik yang terkenal di kota Kuala Lumpur, sekaligus menjadikan dia sebagai seorang ikon dunia pemodelan. Tengku Adam Asyraaf, cinta pertamanya. Gadis polos seperti Faiqah ibarat makanan harian bagi Tengku Adam. "Kau kena bayar semuanya!" -Tengku Adam Asyraaf "Terima kasih untuk segalanya, Asyraaf. Awak ajar saya bahawa cinta pertama itu tidak selalunya indah." -Faiqah Az Zahra Saat Faiqah mula menjauh, Tengku Adam menjadi tidak tentu arah. Selangkah Faiqah menjauh, seribu langkah Tengku Adam cuba mendekat. "I hate you too, love." -Tengku Adam Asyraaf
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 924,854
  • WpVote
    Votes 33,911
  • WpPart
    Parts 65
THIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah dan mula mahu mengawal anaknya dengan mahu menjodohkan Ilya dengan anak tirinya Mikhail. Kerana tidak mahu harta tersebut jatuh ke tangan orang lain. Namun Ilya tidak suka dengan abang tirinya itu. Sikap playboy dan banyak skandal langsung tidak menarik minat dirinya untuk berbaik dengan lelaki itu. Pokoknya Mikail itu bukan calon pilihan hatinya. Disebabkan itu buatkan Ilya memilih untuk mencari calon suami dalam masa terdekat. Calon suami express,Calon suami yang diupah untuk larikan diri dari mamanya dan abang tirinya itu. __________________________ "Ini apa yang I boleh tawarkan pada you. Tapi perkahwinan ini ada syaratnya." Ilya Umara "Awak tengah beli maruah saya dengan duit ke sekarang ni?"- khair Nafiz "Tak,tapi kalau you rasa macam tu then yes."- Ilya Umara MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. Start: 15 may 2024 End : 24 July 2024
Rayyan Arvel's Secret Wife  by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 515
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 9
"She is my secret. My beautiful little secret. The world may never know she's mine... But every heartbeat in my chest belongs to her." - Rayyan Arvel Rayyan Arvel. Seorang artis terkenal yang menjadi kegilaan ramai wanita. Handsome, successful, and untouchable. Bagi Rayyan, cinta bukan sesuatu yang dia cari. Kebanyakan wanita hanya mahukan nama dan popularitinya. Sehinggalah seorang gadis muncul dalam hidupnya. Seorang gadis yang cemerkap, ceria, baik hati... dan terlalu tulus untuk dunia yang kejam. "Little did he know... He's my first love."- Ariella Rayne Ariella Rayne. Anak kepada keluarga kaya yang dibuang keluarganya sendiri kerana satu fitnah yang tidak pernah dia lakukan. Namun, di sebalik semua kesakitan yang dia sembunyikan... Ariella menyimpan satu rahsia kecil. Dia tidak pernah menyangka lelaki yang selama ini hanya dia minati secara diam-diam... Akan menjadi lelaki yang memegang tangannya, melindunginya dari dunia, dan menjadikannya... 'Rayyan Arvel's Secret Wife.' ⸻ Start : 14/3/2026 Ends : ?
Bunga Pujaan Devil [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 321,645
  • WpVote
    Votes 12,664
  • WpPart
    Parts 50
"I bring you out from hell. So, don't wither, azalea."-Rayan Dua dunia menyatukan mereka berdua dalam sebuah perkahwinan yang indah tetapi dipenuhi bahaya. Rayan Edrise, Dirinya penuh dengan darah. Tangan yang sudah banyak mengambil nyawa manusia. Hidupnya terasa seperti devil yang belum puas menyeksa mangsa. "Hidup Lea selalu bermandikan darah." -Azalea Azalea Medina, Si naif yang mahukan kebebasan jiwa daripada dikurung di dalam sangkar penderaan. Hidupnya penuh darah dan luka akibat didera oleh manusia. Terseksa dan diseksa membuatkan dirinya jadi patung yang bernyawa. "Kau sebut nama aku, aku akan sentiasa ada untuk kau, mi diosa."- Rayan
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,394,631
  • WpVote
    Votes 35,099
  • WpPart
    Parts 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo