bukubertimbun's Reading List
8 stories
Surgeon In Love by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 836,956
  • WpVote
    Votes 41,907
  • WpPart
    Parts 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mempunyai empat orang pakar bedah yang digelar F4 oleh staf-staf hospital itu kerana rupa dan personaliti mereka yang mampu menggegarkan dunia setiap gadis. Dr. Hafizulizwan; seorang neurologist a.k.a pakar bedah otak. Perwatakannya yang pendiam sentiasa memperlihatkannya sebagai seorang yang bermisteri namun apabila tiba sahaja Emma, dia berubah 360°. Dr. Haziq Arash; seorang oral & maxillofacial surgeon. Perwatakannya yang playboy itu langsung tidak memberi kesan terhadap gadis-gadis untuk menjauhinya termasuklah Emma. Dr. Rykarl Naufal; seorang pediatrician. Oleh kerana sikap ramahnya dengan kanak-kanak, Emma semakin tertarik untuk mengenalinya. Dan yang terakhir, Dr. Dylan Fazley. Namanya sahaja sudah berbunyi seperti nama mat salleh, tambahan lagi dengan mempunyai kacukan Swedish. Oleh kerana dia juga seorang Thoracic Surgeon, mereka berdua sering terserempak. Personalitinya yang angkuh itu menyakitkan hati Emma. Apabila jawatan ketua Thoracic Surgeon kosong, Emma dan Dylan mula menunjukkan persaingan ketat untuk memenangi jawatan tersebut & membuatkan mereka semakin rapat. "Give me a chance to love you, for real this time." - Dylan Fazley "You changed me." - Hafizulizwan "You're beautiful." - Rykarl Naufal "She's the one I love." - Haziq Arash Siapakah yang akan memiliki Emma pada akhirnya? *WARNING* In this story, saya akan terangkan sedikit mendalam tentang pembedahan yang dilakukan. Jika mudah terganggu dengan content story ini, dinasihatkan agar tidak membaca cerita ini ataupun skip bahagian pembedahan tersebut.
Gadis Purdah Itu Maid Aku? by BulletproofWolf88
BulletproofWolf88
  • WpView
    Reads 123,490
  • WpVote
    Votes 5,729
  • WpPart
    Parts 14
FAQIHA ZAHRA seorang gadis yang bertudung labuh dan berpurdah sentiasa, mengambil keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah Tan sri. Gadis yang berumur 20-an yang baru kehilangan seorang bapa ini merupakan anak orang berada tetapi tidak diketahui oleh sesiapa kerana kehidupannya yang amat bersederhana. TENGKU RYAN SHAH pula ialah anak kepada majikan di mana tempat Faqiha bekerja. Rupa Tengku Ryan Shah sangat menarik dan dpt meleburkan hati sesiapa sahaja tetapi sayang perangainya biadab, terlalu kebudak-budakkan dan selalu menentang. §§§ "Ya Allah, Ibu! Qiha muda lg ibu, Qiha tak nak kahwin lagi. Qiha x pernah terfikir langsung pasal benda ni... Ibu... Maaf sgt2 ibu.." -Faqiha Zahra "WHAT MAMA?! HELLO? Perempuan tu yang mama pilih?! Ma, She's not even my taste! Muka dia pon tak pernah nmpk! ntah2 buruk mcm kodok... tu yang main tutup2 bagai!!" -Tengku Ryan Shah
Love In Turki by kookie_syikie
kookie_syikie
  • WpView
    Reads 117
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 9
Arfa Naufal seorang gadis sopan,penyabar dan seorang hati beku..Tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki..dia juga seorang yang baik hati tetapi dia seorang yang tidak mudah untuk dirapati...Seorang lepasan spm yang berjaya..Melanjutkan pelajarannya ke US..Seorang kaki kembara.Setiap kali cuti sem pasti akan mengelilingi dunia..Sehinggalah pengembaraannya ke Turki dia bertemu seorang lelaki yang menjengkelkan baginya..Marah,marah dan marah..kelamaan marah itu bertukar rasa menjadi cinta..Siapakah gerangan yang bertuah itu..Bagaimanakah cara gerangan itu menambat hati si beku ini..Nantikan dalam kisah Love In Turki.. Slow updated:- Start:-15/10/2017
HERO by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 12,660
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela. Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal. Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi. Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust. Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!
Pemburu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 7,213
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
Jodoh In Disguise by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 76,832
  • WpVote
    Votes 5,243
  • WpPart
    Parts 30
Jodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia sendiri malu hendak akui. Pertemuan pertamanya dengan Adi ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa melahirkan rasa jengkel antara satu sama lain. Adi tidak teragak-agak untuk menunjukkan kejengkelannya tetapi Luna menutupi perasaan itu dengan wajah tanpa sebarang emosi. Berbeza ketika bersama Adi, Luna sentiasa tersenyum lebar dengan Evan di sampingnya. Cemburu? Ya, memang Adi cemburu melihatkan keadaan itu tetapi, hatinya sudah terpaut dengan gadis yang menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng muka ketika janji temu pertama mereka. Seorang pendiam dan serius, seorang lagi cemerkap dan sering tergagap-gagap. Tapi, kedua-duanya berjaya menambat hati Si Jejaka. Takkanlah hatinya ingin memiliki dua orang gadis pada masa yang sama? Yang mana agaknya jodoh Adi akhirnya?
Doktor atau Pilot?! by shahiraroslan
shahiraroslan
  • WpView
    Reads 36,345
  • WpVote
    Votes 1,001
  • WpPart
    Parts 7
Dr Alia Qaisara, seorang gadis yang baru menamatkan pelajarannya di University Of Medicine, Dublin telah pulang ke tanah airnya untuk bekerja sebagai seorang doktor. Berumur 24 tahun. Dr Amzar Farhan, seorang doktor yang telah berkhidmat selama 2 tahun setelah selesai menamatkan pelajarannya di Mesir. Berumur 25 tahun. Khairil Iman, seorang pilot. Merupakan bekas kekasih Alia Qaisara, dan berumur 25 tahun. Ibu bapa kepada kedua-dua doktor ini berkenalan rapat dari dahulu lagi, malahan ingin menyatukan anak2 mereka sejak pertama kali ibu bapa Amzar Farhan melihat Alia Qaisara, begitu juga ibu bapa Alia Qaisara, mereka amat tertarik dengan kelakuan Amzar Farhan. Kehadiran Alia Qaisara di hospital tempat Amzar Farhan bekerja membuka hatinya untuk lebih mengenali Alia Qaisara dan ada sesuatu yang ada pada gadis itu yang membuat dia lebih tertarik untuk mendekatinya. Namun begitu, mampukah dia membuat Alia Qaisara jatuh cinta kepadanya dan membuatkan gadis tersebut melupakan kisah lamanya? Setelah Amzar Farhan berjaya memiliki hati Alia Qaisara, muncul bekas kekasihnya iaitu, Khairil Iman, yang juga ingin memiliki kembali hati Alia Qaisara yang pernah dimiliki nya dahulu. Siapakah yang akan berjaya memiliki hati Alia Qaisara pada akhirnya, Amzar Farhan atau Khairil Iman? I
Mr Serban,Mrs Purdah by MedinaMunawwara
MedinaMunawwara
  • WpView
    Reads 25,471
  • WpVote
    Votes 971
  • WpPart
    Parts 12
Temuilah Fathi Al-Irsyadi,seorang hifzul Qur'an dan Aulia Al-Aesya si gadis purdah,yang sedang mencari erti sebenar cinta haqiqi.