<3
3 stories
MUTED (In Editing) by secretdaisys
secretdaisys
  • WpView
    Reads 271,046
  • WpVote
    Votes 6,401
  • WpPart
    Parts 37
Watak; Adam Izuan Adara Putri __ "Awak nak anak berapa?" Soal Adara memecah sunyi. Adam tidak dapat menjawab soalan Adara kerana sedang menggendong Adara, kalau dia jawab jatuh menghempap bumi gajah yang dia gendong ni. "1?" Adam menggelengkan kepalanya. "Hmm, 2?" Adam menggelengkan kepala lagi. "Jadi tiga?" Adam masih menggelengkan kepalanya. "4? 5?" Adam tetap menggelengkan kepalanya, Adara terkejut. Nak banyak anak ke laki aku ni? matilah aku. "Jadi nak berapa Adam?" Soal Adara lalu melihat muka Adam dari sisi kiri tempat dia meletakkan kepalanya, dengan itu dia dapat melihat seberapa tampannya suaminya dari sisi. Cupp ... Adara mencium pipi Adam, kaki Adam terus berhenti melangkah. "Awak jangan fikir saya goda awak atau apa, saya cuma nak rasa macam mana perasaan cium lelaki. Saya tak pernah cium lelaki sebelum ni selain papa dan anak buah saya." Ujar Adara menerangkan sebab dia mencium Adam. Adam sambung berjalan, dia terus tersenyum tanpa henti. 'Gatal! Apahal gatal-gatal pun nak comel. Boleh cium lagi ni Dara.' Adara mencium Adam lagi, kali ini Adam senyum mengeluarkan giginya yang tersusun rapi. 'Ish! Tak adil lah Adam ni...' Adara cair sendiri melihat senyuman manis Adam dari tepi, dia menyandarkan kepalanya di pipi Adam Lanjut ..
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,804,081
  • WpVote
    Votes 282,770
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Aku Suami Kau Isteri ✅ by anissyaaa
anissyaaa
  • WpView
    Reads 3,954,779
  • WpVote
    Votes 12,141
  • WpPart
    Parts 17
"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau nak aku senyum macam orang gila kat tepi jalan baru ada perasaan?" ujar Danish. "Tak payah! Sebab awak tu memang dah tak betul!" Qira membalas geram disertai jelingan tajam. Hari demi hari Qira dan Danish bertikam lidah. Danish dengan sikapnya yang dingin dan sukar mengalah sentiasa menjengkelkan Qira. Namun begitu, ada sesuatu mengenai diri Danish yang membuatkan gadis bernama Qira ini menjadi istimewa dalam hidupnya. Danish tak pernah mengenal erti cinta sebenar jadi sebagai isteri ianya menjadi tanggungjawab Qira untuk menjagar suaminya erti cinta. "Wei mak nenek, kau kena ingat aku ni suami kau tu isteri," "Tahulah!" Semakin hari, Qira semakin mengenali Danish. Walaupun Danish sentiasa dingin namun lelaki itu sentiasa berada di samping Qira di saat gadis itu memerlukan seseorang. Sikap Danish berbeza apabila dia bersama Qira. Tanpa Danish sedari hatinya sudah mula menyayangi sang isteri. "Aku takkan lepaskan Qira walau apapun yang berlaku. Dia isteri aku, aku akan jaga dia sehingga nafas terakhir aku," " Danish?" "I said call me abang," pinta Danish tegas. Qira sekadar tersengih. ***** P/s : This is the ideas that has been written only for draft . So, there will be many grammatical error, and typo. Give my story a chance and don't forget to vote my story and leave comment. Enjoy reading...