Havoc✨
3 stories
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 896,178
  • WpVote
    Votes 63,479
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
Psiko by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 189,384
  • WpVote
    Votes 13,082
  • WpPart
    Parts 40
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.
Dia bagaikan 'Hurricane' by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 612,161
  • WpVote
    Votes 14,023
  • WpPart
    Parts 28
Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku tenang tanpa gangguan macam air yang tak pernah berkocak.Lepastu,dia datang seperti puting beliung musnahkan semua benda dekat hadapan dia.Yang malangnya 'benda' tu adalah aku!Dia rampas benda yang terpenting dalam hidup aku.Dia buatkan aku terlibat dengan benda yang aku sendiri tak terlibat!Suruh aku buat ni suruh aku buat tu! Hissh! "Lagipun,kau ni macam magnet kepada masalah." "Hei,mana ada!" "Mana ada? Kes pak cik tu,dekat lorong malam tu,masalah budak-" "Jangan ungkit sekarang boleh tak."Marahku.Benci betullah. Tengku Daniel hanya tersenyum kemenangan. ******** Tengku Daniel dan Hanani,dua orang manusia yang dipertemukan pada waktu yang tak pernah dijangka.The worst timing ever! Pada Tengku Daniel,bertemu dengan Hanani hampir mengorbankan nyawanya.Namun pada Hanani,jikalau dia tidak menjumpai jejaka itu mungkin sudah lama harga dirinya diragut dalam kejadian yang mengerikan.Namun,takdir mencoretkan kisah panjang lagi bagi mereka.Tengku Daniel yang obses untuk menyelesaikan masalah pencuri projek terbesar Group Perdana Jaya Enterprise telah mengheret Hanani masuk ke dalam masalahnya. Bagi Tengku Daniel,hak ayahnya mesti dituntut kembali dan pencuri misteri itu harus didedahkan atas nama keadilan.Hanani seorang gadis yang ter-lebih normal cuma tersekat dalam kejadian yang malang,tidak menjangka bahawa dirinya akan terlibat dengan Tengku Daniel lebih mendalam.Terlalu mendalam sehingga dirinya ditimpa sesuatu. Pelbagai persoalan,halangan dan masalah secara tidak langsung mendekatkan kedua hati ini tanpa mereka sedari.