NorSyafiqah711's Reading List
162 stories
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓  by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 4,021,891
  • WpVote
    Votes 23,736
  • WpPart
    Parts 13
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 - The cruel husband Sudah terbit di bawah syarikat penerbitan Kaseh Aries. DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan licik. Adik lelaki kepada Dylan Mikael. Kacak namun sikapnya langsung tidak kena dengan wajahnya. Sinis, licik dan sangat kasar. Cinta matinya pada Tengku Aqila Dayana. AISYA ARIANA - Gadis yang mempunyai perwatakan persis Danish Uqael, dalam lembutnya ada juga terselit kasar. Dalam senyumannya ada terselit bibir yang mampu melontarkan kata-kata sinis. Cinta pertamanya pada Danish Uqael namun kehadirannya seakan tidak disambut oleh lelaki itu. "Kau perangkap aku kan?" - Danish Uqael. "Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau!" - Aisya Ariana. Silap langkah, masuk ke dalam mulut si harimau yang mampu menyakitinya setiap masa. KEWUJUDAN CERITA : 2021
Setiaku Korbankan. by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 106,004
  • WpVote
    Votes 5,135
  • WpPart
    Parts 74
Hanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.
Alamak! Tersuka Pulak.. by manurious123
manurious123
  • WpView
    Reads 541,085
  • WpVote
    Votes 16,397
  • WpPart
    Parts 51
Disebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah tangga kerana baginya belum tiba masa yang sesuai. Namun sangkaan orang tuanya yang menyangka dirinya "gay" menyebabkan dia terpaksa mencari calon secepat mungkin. SYAFA KIRANA berumur 20 tahun dan seorang yang banyak mulut. Kalau dah bercakap tak ingat dunia. Seorang yang agak berani tapi kadang-kadang penakut jugak. Hehehe... Disebabkan masalah kewangan dia terpaksa mengambil keputusan yang besar kerana melibatkan nyawa rakannya. Bagaimanakah kesudahan cerita mereka berdua? Bagaimana mereka bertemu? Apakah perjanjian mereka? Adakah ikatan mereka akan kekal? ALAMAK! TERSUKA PULAK.. Ada jawapannya..
 Milik Dia  by Cik_Qirra
Cik_Qirra
  • WpView
    Reads 161,876
  • WpVote
    Votes 4,780
  • WpPart
    Parts 27
Warda Husna dan Zafran Hasyraff berteman baik dari zaman sekolah. meningkat dewasa mereka masih berteman rapat yang bezanya Zafran Hasyraff sudah bertunang dengan rakan baik Warda sendiri, Ain Najiha. sehinggalah hari akad nikah,dimana pengantin perempuan menghilang dan Zafran dengan mudahnya menyuruh Warda menggantikan tempat Ain Najiha. "Zaff, kalau Ain kembali macam mana?" " Abang tetap pilih sayang. sayang jodoh yang Allah tetapkan untuk abang. datang la sejuta Ain pun, hanya sayang yang abang pilih " 📍Start : 28/4/2020 📍End: 11/7/2020 📍Completed
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED] by annursyakirah97
annursyakirah97
  • WpView
    Reads 606,863
  • WpVote
    Votes 21,644
  • WpPart
    Parts 30
Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah baca. Cliche? Aku tahu. Cuma aku cuba perindahkan jalan cerita dan susunan ayat. Jalan ceritanya in shaa Allah lebih menarik sebab berkaitan dengan agama. Well, bukan sebab aku alim. Cuma, sedang cuba membuang lagha. Tak sudi vote dan comment? Tak apa. Baca pun aku hargai sangat-sangat. Aku harap walau tak banyak, sikit pun korang dapatlah ilmu daripada novel ni. Enjoy!
IMAN ZULAIKHA by Druellaaa
Druellaaa
  • WpView
    Reads 35,663
  • WpVote
    Votes 2,278
  • WpPart
    Parts 46
بسم الله الرحمن الرحيم IMAN ZULAIKHA || TENGKU ZARITH AYDEN ... "True love doesn't exist.." IMAN ZULAIKHA - Dari seorang gadis periang, Iman menjadi seorang yang banyak memendam perasaan,pendiam dan benci dengan lelaki.Kecuali abangnya.Keluarga Iman berpecah belah kerana hadirnya orang ketiga.Disebabkan orang ketiga itulah dia hilang kasih sayang seorang lelaki yang bergelar AYAH.Setelah ibu dan ayahnya berpisah ibunya nekad untuk membawa Iman dan Abangnya berpindah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu.Di situ Iman berkenalan dengan seorang lelaki.Hampir setahun mereka berkawan.Sangat akrab sehinggakan ada yang menaruh harapan.Namun lelaki itu menghilang tanpa dikesan.Dan sekali lagi Iman telah hilang kepercayaan terhadap lelaki. "I'm in love with you" TENGKU ZARITH AYDEN - Seorang lelaki berdarah Itali yang mempunyai sepasang mata biru hijau keabu-abuan.Seawal umur 20-an dia sudah memegang title DUDA anak satu.Ayah kepada seorang anak lelaki bernama Tengku Zarith Ayyash.Hati nya sudah tertutup rapat untuk mana mana wanita.Hanya kerana wanita yang dicintainya mengkhianati cintanya.Ditinggalkan istri sewaktu anak mereka masih kecil bukan lah satu kehidupan yang mudah untuk ditempuhi tambahan pula syarikat keluarganya disahkan muflis setelah kematian ayahnya.Di gagahkan juga hatinya untuk bangkit dan buktikan bahawa dia mampu.Anak nya merupakan semangat bagi dirinya untuk bangkit. Tak pandai buat sinopsis :-( 90%Malay 10%English START : 21 August 2021 END :
KERANA DIA by cikfanaz
cikfanaz
  • WpView
    Reads 36,631
  • WpVote
    Votes 758
  • WpPart
    Parts 25
Tya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah. "Kalau I suruh you buat pilihan sekarang ni, of course you akan pilih Ain kan?" soal Tya hanya untuk menduga suaminya namun melihat kebisuan Nadzhan, Tya rasa dadanya bagai ditusuk belati yang tajam." "I nak jadikan dia madu you." Tya bungkam... Nadzhan tidak pernah hargai kasihnya selama ini. Apa makna kata cinta suami itu jika otaknya hanya ada Ain, Ain dan Ain. Kemunculan Tauqif, kekasih pertama Tya menyebabkan rumah tangga mereka yang goyah semakin buruk. Nadzhan tidak faham kenapa Tya perlu rahsiakan Siapa Tauqif dari pengetahuan dia. "Bila I pilih untuk tinggalkan you that mean we are nothing. Bukan ke I dah suruh you lupakan I. Anggap macam I tak pernah wujud dalam kamus hidup you macam mana I buat pada you." Tauqif menggeleng. "Tak semudah tu Tya. You orang pertama yang I cinta. I tak sekuat you. I tak mampu untuk lupakan you. Kenangan kita terlalu indah untuk dilupakan." Mampukan Tya terus bersama Nadzhan jika Ain sentiasa menjadi penghadang kebahagiaan mereka. Perlukan dia kembali pada Tauqif dan menyambung kembali ikatan yang putus akibat campur tangan keluarga. Bagaimana dengan Nadzhan. Relakah dia melepaskan Tya. Stay tune and read this wonderful love story babes. Pengakhiran yang tidak diduga dan banyak plot twist yang tidak di sangka akan berlaku. 😘
PESANAN TERAKHIR (SHORT STORY )✔️ [C] by -cikBerry-
-cikBerry-
  • WpView
    Reads 81,762
  • WpVote
    Votes 1,300
  • WpPart
    Parts 11
Masuk tahun 2019 ni sudah 3 tahun perkahwinan Ayda dan Redza . Tapi,belum juga dikurniakan zuirat .Sejak kebelakangan ini ,sikap Redza banyak berubah .tidak seperti tahun tahun sebelumnya .Ayda banyak menghabiskan masa sendirian menghitung hari harinya .Apakah yang berlaku pada Ayda ? Akankah mereka menimang zuriat pertama mereka ?
Duda Limited Edition (EBOOK) by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 54,563
  • WpVote
    Votes 1,381
  • WpPart
    Parts 14
Firdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggalah, dia terlepas cakap tentang status dirinya. "Mana ada bini dah Mak Teh. Tiga tahun dah orang menduda." - Firdaus. Semua orang pun terkejut dengan berita itu. Disebabkan itu mulalah ibu dan ibunya saudaranya mahu mengandingkan dia dengan anak gadis Mak Tehnya itu. Batrisya, Si gadis gadis sunti yang muda sepuluh tahun darinya. "Mama! Batrisya tu muda lagi ma.. Banyak benda dia boleh buat. Takkan nak kena kahwin dengan Aus. Aus ni duda anak dua tau ma!" - Firdaus. "Jadi, Isya setuju dengan cadangan Mak Teh dan Pak Teh?" - Firdaus. "Ayah suruh terima." - Batrisya. " Isya sekarang tak ada boyfriendlah abang Aus. Pleaselah. Terima Isya. Izzah harap sangat abang dapat jaga dia." - Izzah. Mengetahui tentang kisah silam Batrisya dari adik-adiknya membuat Firdaus rasa bertanggungjawab mahu melindungi gadis itu. Maka, dia bersetuju dengan perjodohan mereka. Tetapi ada hati yang tidak senang dengan hubungan mereka. Qistina, si bekas isteri yang mula menyesal dengan kesilapannya dan juga Haikal, bekas kekasih yang psiko. Mampukah Firdaus melindungi Batrisya? Dan mampukah Batrisya melupakan kisah silamnya yang pedih? Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis. Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin. Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku. Sebarang peniruan, jiplak atau pengambilan isi secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran penulis. Sekiranya berlaku ia adalah sebuah kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Hakcipta 1987. ® All right reserved
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷 by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 779,234
  • WpVote
    Votes 21,867
  • WpPart
    Parts 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda. Start : 7/8/2021 End : 24/9/2021