bongjibonggu's Reading List
12 stories
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | 𝐂 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 475,575
  • WpVote
    Votes 26,757
  • WpPart
    Parts 34
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 336,173
  • WpVote
    Votes 18,695
  • WpPart
    Parts 79
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Nota Cinta Dari Tingkat Tiga | OG by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 14,490
  • WpVote
    Votes 2,077
  • WpPart
    Parts 26
Adam Nadzril x Nuha Irdina swimmer x housekeeper start: 19.8.2025 end:
ELENA ERYSHA by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 404,135
  • WpVote
    Votes 3,842
  • WpPart
    Parts 11
[unpublished for editing purposes] TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Elena Erysha. 24 tahun hidup tidak pernah membantah mahupun melawan kehendak kedua orang tuanya. Walau dia sering dilayan tidak ubah seperti orang luar, dia kekal bersabar. "Kau tak nak kahwin dengan aku pun tak apa, Elena. Aku tak kisah. Aku boleh batalkan semuanya dengan syarat kau bagi apa yang aku minta. Boleh?" - Emir Farhan Kehidupan yang sememangnya penuh derita, bertambah lagi apabila si ibu memaksanya bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. "Saya cuma tak nak jadi selfish bila saya selalu utamakan diri saya dulu." - Elena Erysha "Put yourself first isn't selfish, Erysha. It's a self-care. Awak tak boleh selalu utamakan orang lain sampaikan diri awak yang jadi terakhir." - Iffat Amsyar Setelah semuanya, dia dihalau tanpa belas kasihan. "Kalau kau dah tak reti nak hormatkan semua orang, aku nak kau keluar daripada rumah ni! Aku tak ada anak yang tak kenang budi dan kurang ajar macam kau!" Memang itu yang Elena mahukan sejak dahulu, tetapi bukan dalam situasi begini. Dia hanya mahu merasakan dilayan seperti seorang manusia, bukan binatang. Benarlah kata orang; ketika kita diam dan bersabar, tiada seorang pun yang peduli tentang kebaikan kita, tentang apa yang sudah lama disimpan dan dipendam seorang diri. Tetapi apabila sekali sahaja kita menyuarakan suara yang selama ini lebih memilih untuk diam, kita pula yang akan nampak terpaling jahat di dalam kisah mereka. "Kahwin dengan saya dan saya akan bantu awak untuk keluar dari semua ni." - Iffat Amsyar Elena cuba untuk menerima kehadiran Iffat di dalam hidupnya. Tetapi seperti biasa, hidupnya tidak pernah tenang tanpa ujian. "Maybe one day we'll meet again and explain to each other what really happened." Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
𝐇𝐀│Crush Or Husband? [C] by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 50,254
  • WpVote
    Votes 2,446
  • WpPart
    Parts 51
𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟑𒆜𓊉 (Vol 1 & 2 finished!!!) "𝐎𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐉𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐲" ━━━━━━ Dari jauh, Arissa Humaira hanya mampu memandang. Dia, si gadis biasa, jatuh hati pada Mikha Aryash, senior yang tak pernah peduli akan wujudnya. Popular, pendiam, dan terlalu dingin untuk disentuh. Tapi satu insiden membuka langkah pertama. Dan bila Mikha mula menjauh, Arissa mula menghampiri. "Mikha! Saya suka awak, awak suka saya tak?" katanya-dengan senyuman paling berani yang pernah dia lemparkan. Semakin Mikha berdiam, semakin Arissa menyerang dengan kasih sayangnya. Setiap penolakan, setiap pandangan kosong, tidak pernah mematahkan semangat gadis itu. Hatinya sudah memilih. Dan Mikha... harus jadi miliknya. Namun saat hati Mikha mula terbuka, takdir merampas segalanya. Mikha terbang ke luar negara, meninggalkan cinta yang baru hendak bermula. Bertahun-tahun kemudian... Mereka bertemu semula. Dewasa. Berbeza. Tapi hati masih mengenal rasa yang lama. Dan saat mereka akhirnya halal, bahagia yang diimpikan datang dengan luka yang belum sembuh. Trauma silam Arissa kembali menghantui, menggoyahkan apa yang telah mereka bina bersama. "Saya tak sanggup lagi Mikha, tolong saya. Tolong saya, Mikha." "Saya akan lindungi awak buat selamanya. Saya akan buat apa-apa sahaja untuk awak." Sebuah kisah tentang cinta yang dikejar tanpa lelah, perpisahan yang mendewasakan, dan perjuangan dua hati yang enggan menyerah, kerana mereka tahu, cinta yang benar... tetap akan pulang. [2025] ~sequel Cousin Or Husband? ~dont plagiat ~feel free to read and vote. cringe alert🚨
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,127,590
  • WpVote
    Votes 43,194
  • WpPart
    Parts 79
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 304,952
  • WpVote
    Votes 18,061
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Ameliazone [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 373,090
  • WpVote
    Votes 13,485
  • WpPart
    Parts 55
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan. Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya. Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba. Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat. Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan. "Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel "Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan. Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit. - Start: 26 Disember 2024 End: 14 Mac 2025
Bukan Aku Tak Cinta (Bakal Terbit) by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 756,258
  • WpVote
    Votes 22,818
  • WpPart
    Parts 63
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,575,460
  • WpVote
    Votes 53,868
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.