WpSL-2019
HANNAH HELLEY. Gadis yang rupawan. Berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang tidak pernah dia dan adiknya ketahui. Hidudnya mudah. Masih belajar di Akademi. Hidupnya begitu cerah dan ceria diisi bersama dengan adik kesayangannya walaupun ibu bapanya sudah meninggal dunia.
Namun, suatu hari...
Dia menjumpai jasad tidak bernyawa adiknya ditikam dalam keadaan terikat di tiang sekolahnya. Jasadnya rentung oleh kerana bangunan sekolahnya terbakar. Khabar berita mengatakan adiknya diserang serangan seksual sebelum dia mati ditikam berserta rentung.
Dia tidak menerima hakikat bahawa adiknya sudah tiada. Dia nekad ingin membalas dendam dan mencari siapa dalang kes pembunuhan adiknya ini.
ERIC ALEXANDER. Dialah yang membunuh adik Hannah. Hannah sedaya upaya ingin membalas dendam. Dia mempelajari teknik berlawan dan segala ilmu mempertahankan diri. Dia menyertai satu organisasi yang dipanggil BODYGUARD di Akademi PPS. Di sana, dia bertemu ramai lagi orang yang lebih hebat. Musuhnya makin bertambah apabila dia semakin kuat.
Sehingga... dia bersemuka dengan ERIC ALEXANDER dengan niat ingin membalas dendam. Namun, perasaan cinta telah menyelubungi dirinya dan Eric.
Adakah Hannah berjaya membalas dendam terhadap kematian adiknya kepada Alex? Adakah Alex adalah benar-benar membunuh adik Hannah?