somecollection17's Reading List
127 stories
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,123,245
  • WpVote
    Votes 298,992
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,017,864
  • WpVote
    Votes 44,345
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING] by itsmenurfa
itsmenurfa
  • WpView
    Reads 423,909
  • WpVote
    Votes 11,221
  • WpPart
    Parts 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu saudaranya iaitu adik kepada arwah ibunya. Tetapi kecantikan dan sifat lemah lembut Mya Arlisa dicemburui oleh sepupunya sehingga sepupunya sanggup membuli dirinya semasa ibubapa mereka sudah keluar bekerja. Dia tekad mahu keluar dari rumah itu dan mahu tinggal bersama sahabatnya baik dahulu di Kuala Lumpur. "Mya minta maaf Mya kena keluar dari rumah ini..."-MYA ARLISA ZARIQ AMSYAR-seorang lelaki yang mempunyai rupawan yang sungguh menawan sehingga mampu mencairkan hati para gadis tetapi dengan sifatnya yang dingin beku itu membuatkan ramai takut untuk bertegur sapa dengannya. Hanya dengan sekali pandang hatinya sudah berpaut dengan seorang gadis yang berpakaian agak kekampungan dan tidak pandai bergaya itu telah membuatkan hatinya ingin mengenal rapat dengan gadis itu walaupun gadis itu adalah musuhnya sendiri. "selamat datang ke nereka ciptaan aku"-ZARIQ AMSYAR "sekali kau masuk dalam hidup aku jangan harap kau akan jumpa jalan keluar"-ZARIQ AMSYAR "apa salah saya dekat awak? Itu semua cerita dahulu dan saya tidak tahu pasal itu"-MYA ARLISA "semua barang dalam rumah ni aku punya jadi bermaksud kau pun aku yang punya faham?"-ZARIQ AMSYAR [Old Version] - [New Version]
[B3] TAQI by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 457,303
  • WpVote
    Votes 60,144
  • WpPart
    Parts 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 140,675
  • WpVote
    Votes 773
  • WpPart
    Parts 1
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MAHFUZ. Ringkasnya seorang anak ustaz. Pelajar Usuluddin yang baru pulang dari Mesir. Sempurna, hanya dia terlalu naif untuk mendapatkan hati seorang perempuan. Biarkan jasad tertukar. Biar mereka belajar erti bersyukur walau di mana pun asal kejadian. "Buta? Abang bukan anak ustaz. Orang lain yang ustaz, lahir-lahir dah dengar ayat Al-Quran. Lahir-lahir dah diajar macam-macam. Abang? Terbiar macam ni, macam sampah dari kecil. Abang takkan pernah percaya yang hidup ni adil." - Luth "Dia tak sama taraf dengan Mahfuz. Saya anak ustaz, arif dalam usuluddin dan terdidik. Dia pula cuma seorang gadis yang kerja di stesen pam minyak dan baru nak berjinak-jinak dengan ilmu fardhu ain ni." - Mahfuz "Kenapa abang nak sibuk sangat dengan urusan Mawar? Abang bukan siapa-siapa tau pada Mawar. Kita cuma kenalan di rumah anak yatim. Tu je!" - Mawar "Ya. Saya nak kahwin dengan awak." -Balqis Luth adalah Mahfuz. dan Mahfuz adalah Luth. Pinjamkan seketika kehidupan yang berbeza. Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz. *** support my new story i ll try to reply each comments from you! start : 17 sept 2020 end : 13 oct 2020
Rintihan Rasa ✔️ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 465,801
  • WpVote
    Votes 13,930
  • WpPart
    Parts 80
START - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandung lelaki itu. Hanya ibu dan abangnya sahaja sentiasa disisi tatkala airmata menemani tidur Nuha. "Mak, abah tak sayang Nuha ke?" - Nuha Madina. "Mana ada. Abah marah sebab abah sayang." - Mak Asmah. "Nuha kan kuat." - Nadim Muqri. Kematian Mak Asmah memberi kesan mendalam terhadap Nuha. Nuha menjadi seorang yang biadap, keras kepala dan panas baran sehingga mengundang kebencian Nadim. Kasih sayang Nadim mula berubah. Abangnya itu turut melebihkan Nurani berbanding dirinya. "Perangai kau tu yang buat aku jadi macam ni. Jangan nak salahkan Nura. Cermin dulu diri kau. Cuba kau bandingkan diri kau dengan Nurani sebelum nak tuduh aku pilih kasih!" - Nadim Muqri. "Abang... Sudahlah... Jangan tengking Kak Nuha lagi." - Nurani Marisa. Sikap baik dan lemah lembut Nurani membuatkan orang sekeliling menyenanginya. Namun, bukan Nuha Madina. Nurani tidak pernah membenci Nuha walaupun Nuha membencinya. Ammar Huzair, lelaki yang mencintai dan menyayangi Nurani sepenuh hati. Berazam untuk menghalalkan Nurani. Tapi, dirinya diperangkap oleh Nuha. Ammar tetap bernikah tapi bukan dengan Nurani. Nuha merampas Ammar seperti mana Nurani merampas apa yang dia ada. "Aku cintakan adik kau, bukan kau!" - Ammar Huzair. "Aku peduli apa? Aku buat semua ni bukan sebab aku suka kau pun! Aku buat sebab aku nak balas dendam aku pada Nurani!" - Nuha Madina. "Kak Nuha, Nura tak pernah benci Kak Nuha walau apa pun Kak Nuha buat. Tapi, apa yang Nura nak Kak Nuha tahu, sebenarnya kasih abah tak pernah berbeza pun pada kita adik-beradik." - Nurani Marisa. Kebenaran sudah terbongkar. Nuha sesal. Rintihan dahulu kembali lagi. Nurani dah pergi menghadap ilahi. Ammar pula tidak berhenti menguji Nuha.
[EBOOK]Dia Askar Aku Cikgu by miss_ayden
miss_ayden
  • WpView
    Reads 734,969
  • WpVote
    Votes 26,751
  • WpPart
    Parts 50
{COMPLETE} Saya seorang yang sangat mudah berurusan kalau awak serius dengan apa yang kita kena lakukan- Syifa'Mawardah Maafkan saya.Saya yang salah saya minta maaf sangat-sangat Wardah - Irfan Amsyar ***** Ya memang pelajar perempuan yang jumpa dulu itu saya.Dah tepilah!Saya nak keluar.Macam mana saya nak keluar kalau awak masih peluk saya?- Syifa' Mawardah Kau mandi tak lagi Mar? Busuk lah kau!Tepi jangan berani dekat dengan aku kalau kau tak nak makan peluru- Irfan Amsyar Sudah dijadikan ebook... Start : 5/7/2020 End : 5/12/20 #4thbook
hello husband by zuleezan
zuleezan
  • WpView
    Reads 1,305,198
  • WpVote
    Votes 42,597
  • WpPart
    Parts 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk tanya macam macam katanya. Tapi hari hari ada je orang mengorat suaminya, doktor pelatih la, MO la, HO la, jururawat lah. "Ni tak boleh jadi!!!" kata sofea
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  by EmbunMawar
EmbunMawar
  • WpView
    Reads 1,318,455
  • WpVote
    Votes 20,511
  • WpPart
    Parts 31
TERBIT NOVEL FIZIKAL SEPT 2022 Iris Athiyyah Ahmad Fateh Aryan "Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu. Sakitnya kau dua kali gandanya sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku, maka akan berganda-gandalah sakit kau!" Persahabatan yang terikat sedari mereka kecil telah menghadirkan satu rasa yang luar biasa di antara mereka berdua. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Akibat satu salah faham, segalanya berubah. Iris yang terlalu merendah diri, Fateh yang sudah tersalah sangka telah merubah takdir mereka berdua selamanya. Takdir tidak menyebelahinya apabila jejaka pujaannya itu menyimpan perasaan terhadap adik kandungnya sejak sekian lama dan menyulam cinta berdua tanpa pengetahuan Iris selama ini. "Tahniah Fateh. Penantian kau kembali ke Malaysia tak sia-sia bro. Please take a good care of my sister. Jangan pernah sakitkan hati dia, kalau tak nahas kau." -Iris Athiyyah Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Kebahagiaannya diragut pergi hanya kerana amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan selayaknya. Fateh kecewa. Kekecewaannya semakin hari semakin memakan diri. Dirinya hilang arah dengan hilangnya si cinta hati. Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir mengheretnya ke lembah derita. "Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!" -Fateh Aryan Bagaimana mampu untuk Iris menggantikan tempat mulia itu jika hati Fateh terlalu mencintai Afiyyah? Bagaimana Iris mampu untuk mengubati luka itu jika dia... Kekecewaan lelaki itu?
Jika Memang Dia by HoNey512
HoNey512
  • WpView
    Reads 180,321
  • WpVote
    Votes 10,657
  • WpPart
    Parts 66
Book 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". Dia...watak utama dalam mimpi aku sedangkan aku hanya watak sampingan yang cuba untuk terjaga dalam mimpi yang sangat menyeksakan. "You won't go anywhere. You'll stay with me". Dan aku..mula berharap dalam mimpi yang takkan pernah jadi kenyataan. Untuk kali pertamanya, aku tak nak terjaga dalam mimpi ni walaupun ianya menyakitkan. Aku tak nak lepaskan tangan dia. Aku takut dia akan menjauh dan menghilang dari aku. Tapi...semua ni tak lebih dari satu mimpi yang akan membuatkan aku kembali terjaga. Kalaulah aku boleh bersama dengan dia.. Aku takkan lepaskan tangan dia. Aku akan bagitahu dia yang dia penting untuk aku. Aku takkan menipu dan cakap yang aku bencikan dia. Namun, mimpi ini terpaksa berakhir. Aku tak mampu nak bersama dengan dia..cukuplah dengan semua ni. Walaupun, aku hanya dapat bersama dengan dia dalam masa yang singkap, itu dah buat aku bahagia. "I want to stay. I want to dream more. I want to keep dreaming about you. I really want to do that but even so..it's time to leave. Thank you...for everything. Be happy". FINISH : 4/3/2019 _________________ Bts Jungkook