Romance 🌙
3 stories
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,920,348
  • WpVote
    Votes 76,903
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Suamiku Si Duda Bengis by Ezther92
Ezther92
  • WpView
    Reads 301,118
  • WpVote
    Votes 6,078
  • WpPart
    Parts 25
Perkahwinan Amna Safiyyah dan Muhammad Ariq Zayyan tidak pernah diduga. Perkahwinan mereka merupakan wasiat terakhir Dato' Johan yang harus ditunaikan demi menghormati erti sebuah persahabatan. Ketika itu Amna Safiyyah baru sahaja berusia 20 tahun manakala Zayyan berusia 34 tahun. Zayyan menikahi Amna atas kehendak keluarga. Sebelum ini, Zayyan pernah berkahwin namun perkahwinan itu tidak panjang dan bercerai. Saat cinta Amna dan Zayyan mula berputik, kehadiran Tengku Diyana Awliya iaitu bekas isteri Zayyan telah mencetus pelbagai konflik dalam rumahtangga Amna dan Zayyan. Dia berusaha untuk menagih kembali cinta Zayyan dan ingin kembali ke pangkuan Zayyan. Pada masa yang sama, Zayyan pula masih menaruh perasaan cinta pada bekas isterinya. Amna pula berusaha untuk meraih cinta dari Zayyan namun pelbagai konflik berlaku. " Abang... Amna tahu Amna tak sempurna tapi cinta Amna pada abang tak pernah berubah. Kalau abang masih cintakan Kak Diyana, Amna redha. Asalkan abang bahagia."- Amna Safiyyah " Tolong bagi saya ruang. Please ! Tolong biarkan saya bersendirian. Awak tak boleh paksa saya untuk lupakan Diyana. Jangan lupa yang Diyana pernah wujud dalam hidup saya sebelum awak !"-Muhammad Ariq Zayyan " You rasa you mampu ke nak bahagiakan Muhammad Ariq Zayyan tu ?! Jangan lupa yang I adalah orang pertama dalam hidup Zayyan sebelum you kawin dengan dia ! Dia takkan cintakan you seperti mana dia cintakan I ! "-Tengku Diyana Awliya Mampukah Amna mempertahankan cinta yang sedang berputik untuk suaminya ? Atau Amna akan mengundur diri demi kebahagiaan suaminya.
... by iqinqinqin
iqinqinqin
  • WpView
    Reads 262,701
  • WpVote
    Votes 6,342
  • WpPart
    Parts 34