Love💕
5 stories
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 356,202
  • WpVote
    Votes 21,945
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 1,423,399
  • WpVote
    Votes 53,009
  • WpPart
    Parts 101
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)  by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 652,832
  • WpVote
    Votes 20,211
  • WpPart
    Parts 79
Mengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begitu juga dengan Dayana yang menemukan jodohnya namun separuh dari dirinya rapuh. Rapuh saat kedua orang tuanya memulaukannya dan dia tidak menyangka...Milhan ada di saat dia susah. Lelaki itu...sentiasa ada di saat dia memerlukan. Mereka saling mengenali lalu membibit rasa cinta dan sayang di hati mereka. Bak kata orang, laut mana yang tidak ditimpa badai...begitu juga dengan rumahtangga mereka. Kesetiaan dan cinta mereka diuji dengan kemunculan orang ketiga.
The Chosen One by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,205,964
  • WpVote
    Votes 62,422
  • WpPart
    Parts 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.
SESUCI SALJU RINDU by CikFiz
CikFiz
  • WpView
    Reads 225,995
  • WpVote
    Votes 7,203
  • WpPart
    Parts 70
#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah anggap itu telah merentap jiwanya, tanpa pengetahuannya, ibu mertuanya mengupah seorang doktor untuk membuang rahimnya, dikatakan mengalami komplikasi, mahkota yang menjadi keagungan seorang perempuan kini tiada lagi baginya. Bagaimana dengan kandungannya? Adakah anaknya hidup atau meninggal? 'Isteri abang hanya satu, hanya sayang,'- Ghazni Dayyan Daryoz. Zafran, pemandu peribadi keluarga Gazni Dayyan Daryoz menyimpan satu rahsia yang amat besar. Apakah rahsia itu? Jom baca kisah ini sehingga habis, hope sudi vote dan comment. #Bila DENDAM merajai HATI Tqvm... 😍😍🌸 Check out "Pemenang Anugerah Wattys 2017" on Wattpad. Open wattpad and search Profiles 👉 @wattysMy, for looking reading list of Wattys 2017 Award. Start : 5 February 2017 End : 30 June 2017