AmirulAshraff96
- Reads 1,650
- Votes 121
- Parts 14
Chaewon dan Felix merupakan pasangan adik-beradik kembar yang sangat rapat sejak kecil lagi. Mereka sentiasa bersama dan tidak pernah berpisah. Mereka berdua juga berkongsi hobi yang sama iaitu melihat bintang di langit malam. Namun, ketika Felix berusia 13 tahun, dia tidak dapat melihat bintang lagi selepas terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan itu telah menyebabkannya menjadi buta. 5 tahun kemudian, Felix dapat melihat dunia semula selepas kakak kembarnya Chaewon mendermakan matanya kepada Felix. Walaupun penglihatan Felix kembali pulih, dia tidak berasa seronok kerana Chaewon sudah pergi buat selama-lamanya selepas maut dalam kemalangan. Walau bagaimanapun, Felix bertekad untuk teruskan hidup dengan mata milik Chaewon walaupun Chaewon sudah tiada. Genap 99 hari selepas pemergian Chaewon, Felix mula mengalami mimpi yang sangat aneh sehingga dia mampu ingat tempat dan wajah orang muncul dalam mimpinya. Oleh itu, Dia mula mendapatkan bantuan rakan rapat Chaewon yang bernama Riku. Dia yakin Riku pasti tahu sesuatu mengenai kematian kakak kembarnya kerana Riku juga muncul dalam mimpi Felix. Adakah Riku menyimpan segala jawapan yang Felix cari selama ini? Adakah kebenaran akan terungkai selepas Felix bertemu Riku?