Drama
2 stories
Demi Rindumu by KarismePesan99
KarismePesan99
  • WpView
    Reads 4,822
  • WpVote
    Votes 84
  • WpPart
    Parts 10
Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya? "Ada apa-apa ke kat muka saya ni?" - Nurhana "Takde apa-apa." - Haznik "Habis tu, kenapa tenung muka saya?" - Nurhana "Kat dalam mata awak, ada saya." - Haznik "Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah." - Nurhana "Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik." Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari. Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut. "Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?" - Nurhana Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik. "Na jangan mengarut!" - Nasrul Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu? Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik? Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?
Lelakimu Yang Dulu [TERBIT]  by farahdarianna
farahdarianna
  • WpView
    Reads 205,253
  • WpVote
    Votes 2,120
  • WpPart
    Parts 18
Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah. "Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara. Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya. "I nak jumpa anak I!" - Hazrul "Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan. "I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul "Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya "Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?