NurHanim2's Reading List
33 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 296,155
  • WpVote
    Votes 27,414
  • WpPart
    Parts 59
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 320,705
  • WpVote
    Votes 12,292
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
MR. MAFIA by Nuru1_1man
Nuru1_1man
  • WpView
    Reads 1,020,782
  • WpVote
    Votes 34,395
  • WpPart
    Parts 62
RAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunyai rupa yang kacak itu mampu mengoyahkan semua wanita yang memandangnya. Namun tiada siapa yang dapat memiliki hati si begu itu. Dalam dia seperti seorang yang berjaya, dia juga adalah seorang mafia yang terkenal d france. Kedatanganya di Malaysia cuma mahu memnuhi syarat terakhir si Ayah yang menyuruhnya untuk menjadi CEO di syarikat yang di tubuhkan di malaysia. UQASAH qasandra-gadis periang dan ceria yang hanya tinggal sebatang kara namum hidupnya tidak pernah leka dari senyuman manis. Gadis kampung yang polos, naif dan segalanya ada pada dia. Tinggal sebatang kara adalah sesuatu yang mudah baginya biarpun dia selalu di keji, di hina dan fitnah atau apa pun dia tidak pernah mengalah untuk teruskan hidup. Segala fitnah dan hinaan itu bukanlah masalah besar baginya. Di biarkan segalanya berlalu di tiup angin. bagaiman penemuan si diingin dan si polos ni bertemu? Hanya dengan satu perjumpaan yang tidak di rancang sudah membuatkan kedua-duanya saling jatuh cinta. Si diingin itu jatuh cinta hanya dengan sekali berjumpa saja. Benarkah? Si polos pula mula tertarik dengan jejak diingin itu tanpa Sengaja. Mustahilkah? Memang benar si jejaki diingin itu mula jatuh cinta dek seorang perempuan pertama yang mampu membuatkan dia berlembut. Hanya gadis itu boleh menundukkannya. Tidak mustahil jika kalau si polos itu mula tertarik dengan jejaka si diingin. pertemuan pertama pun sudah membuatkannya berdegup jantung dengan laju. Nafas terasa tersekat dengan hanya satu penemuan saja. Bagaimanakah kisah si polos yang bernama UQASAH QASANDRA ini dengan lelaki si diingin RAYYAN ROBERT??
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 2,780,832
  • WpVote
    Votes 97,851
  • WpPart
    Parts 53
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan Mikael. Cekap dan sangat peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan dirinya menjadi aset penting buat Dylan Mikael dan Danish Uqael. DANIA MARISA - Gadis muda yang mempunyai sifat gila-gila yang sangat keterlaluan. Sikap selambanya sangat menyakitkan kepala sesiapa sahaja yang menjaganya. Adik kepada Dylan Mikael dan juga Danish Uqael. "Saya ditugaskan oleh Tuan Dylan untuk jemput Cik Dania." - Zariel Zaquan. "You pijak baby I sampai patah! Dasar bapak gajah!" - Dania Marisa. Pertemuan tidak dirancang namun jiwa dan hati sudah diancam dengan rasa cinta tanpa sedar. Agaknya, mampukah Zariel melayan kerenah Dania? Dan adakah mereka hanya bergelar majikan dan pekerja sahaja? Nantikan, Mrs. Zariel Zaquan.
MR.ENDRIS HAYYAN 🄲 by nura_tqh
nura_tqh
  • WpView
    Reads 554,962
  • WpVote
    Votes 11,791
  • WpPart
    Parts 77
𐂄𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐄𝐍𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 Seorang jejaka berpengaruh besar memegang jawatan CEO, namun menyimpan seribu rahsia disebaliknya. Memunyai ciri-ciri lelaki idaman membuatkan dia menjadi kegilaan para gadis walaupun wajahnya tiada segaris senyuman 𐂂𝐀𝐔𝐑𝐎𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐘𝐀 Seorang gadis datang dari kampung berhijrah ke kuala lumpur demi menyara keluarga dengan bekerja sebagai jururawat disebuah hospital. Wajah cantik seiring dengan sifatnya bak bidadari ---------------------------------------------------------------------- Dekat luar sana belambak perempuan cantik,kaya dan setaraf dengan tuan kenapa saya jugak tuan nak? -AURORA DANISYA Sebab kau lain dari yang lain -ENDRIS HAYYAN angkara satu masalah telah menyebabkan aurora terpaksa melakukan satu kontrak perjanjian dengan endris dan hidup sebumbung mampukah aurora bertahan dengan sikap endris yang selalu buat dia naik darah? atau sikap endris telah membuatkan satu perasaan muncul dihati aurora? Mampukah ikatan antara dua darjat bertahan? Atau sebaliknya? :) " ti voglio tesoro, sei solo mio" ❌BELUM DI EDIT ⚠️typo! ⚠️X COPY ⚠️tidak mengambil / meniru karya orang lain ⚠️ada kata-kata kasar & carutan ⚠️ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan dunia reality ⚠️jangan ikuti & terpengaruh perbuatan yang tidak baik dalam cerita ni START:23/7/2023 END:12/2/2024
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA by Arina_Elara
Arina_Elara
  • WpView
    Reads 121,998
  • WpVote
    Votes 3,619
  • WpPart
    Parts 60
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 534,565
  • WpVote
    Votes 11,150
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
NOAH ASHER (COMPLETE) by QUENAIRASY
QUENAIRASY
  • WpView
    Reads 580,185
  • WpVote
    Votes 24,598
  • WpPart
    Parts 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Dia cukup sempurna dimata keluarganya tetapi disebabkan memiliki tubuh yang besar dia selalu dibuli. Setiap hari mesti terdapat sekurang-kurangnya satu lebam di tubuhnya . Kehidupannya berubah 90% apabila terjumpa dengan seorang jejaka dingin. Hanya disebabkan satu kejadian dia diikat oleh jejaka itu. "Hi sunshine." NOAH ASHER jejaka dingin dan membuatkan semua orang gerun dengan auranya kecuali seorang gadis yang berani. Disebabkan keberanian gadis itu dia bertindak untuk menguji tahap kesabaran si gadis dan akhirnya berjaya membuatkan gadis itu tewas di tangannya. Tidak di sangka gadis itu ialah orang yang dicarinya selama ini . "Ulyana Sophia binti Ummar Harraz." "Our first met memang menyakitkan tapi saya nak pulihkan semula." Noah Asher x Ulyana Sophia Start-13 November 2022 Done- 8 April 2023 ⚠️18+