tyykyl's Reading List
3 stories
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,519,048
  • WpVote
    Votes 28,562
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?
[C] CEO Psycho  by tiredzz
tiredzz
  • WpView
    Reads 196,072
  • WpVote
    Votes 6,838
  • WpPart
    Parts 17
" 𝐍𝐎 𝐎𝐍𝐄 𝐂𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐄 !! " ** " JAWABLAH BODOH ! Kau bisu ke ? " Gegendang telinga Nara rasa nak pecah . Nampaknya tahap kesabaran lelaki itu semakin hilang , kepala Nara dihentaknya ke perabot . Darah mulai keluar . Pandangan Nara semakin kabur dan semuanya gelap . ' Akak.. tolong Nara... ' ** " Tak ape lah aku nak pergi dulu . Aku lepaskan kau kali ni . Lepas kau pulih aku akan kembali untuk ambik hak aku semula . Jaga diri kau baik² . Kau mesti cantik lepas ni . Jangan pakai cermin mata lagi and aku tak nak mata kau empat . Jangan jadi dora lagi pastu rambut tu mesti panjang . Dah lah aku pergi dulu . " ** Setelah 3 hari berada di hospital , hari ini Nara akan dikeluarkan dari hospital . 3 hari berada di hospital 3 hari itu juga Nara mendapat sejambak bunga beserta dengan sepucuk surat . Surat yang ketiga ini agak menyeramkan bagi Nara . Sayang dah semakin sihat sekarang ? Baguslah kalau dah makin sihat . Sayang harus kuatkan diri lepas ni . Jangan nakal² tau . Abang tahu kalau Nara hari ni keluar dari hospital . Jaga diri baik² . Nanti abang datang culik Nara lagi HA HA HA . Get ready sayang ! I miss you and i love you sayang . Future Husband's Nara ❤️ . Sungguh , ayat ini sungguh membuatkan aku takut . Dia kata nak culik lagi ? Apa aku pernah diculik ?
Rintihan Rasa ✔️ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 462,191
  • WpVote
    Votes 13,843
  • WpPart
    Parts 80
START - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandung lelaki itu. Hanya ibu dan abangnya sahaja sentiasa disisi tatkala airmata menemani tidur Nuha. "Mak, abah tak sayang Nuha ke?" - Nuha Madina. "Mana ada. Abah marah sebab abah sayang." - Mak Asmah. "Nuha kan kuat." - Nadim Muqri. Kematian Mak Asmah memberi kesan mendalam terhadap Nuha. Nuha menjadi seorang yang biadap, keras kepala dan panas baran sehingga mengundang kebencian Nadim. Kasih sayang Nadim mula berubah. Abangnya itu turut melebihkan Nurani berbanding dirinya. "Perangai kau tu yang buat aku jadi macam ni. Jangan nak salahkan Nura. Cermin dulu diri kau. Cuba kau bandingkan diri kau dengan Nurani sebelum nak tuduh aku pilih kasih!" - Nadim Muqri. "Abang... Sudahlah... Jangan tengking Kak Nuha lagi." - Nurani Marisa. Sikap baik dan lemah lembut Nurani membuatkan orang sekeliling menyenanginya. Namun, bukan Nuha Madina. Nurani tidak pernah membenci Nuha walaupun Nuha membencinya. Ammar Huzair, lelaki yang mencintai dan menyayangi Nurani sepenuh hati. Berazam untuk menghalalkan Nurani. Tapi, dirinya diperangkap oleh Nuha. Ammar tetap bernikah tapi bukan dengan Nurani. Nuha merampas Ammar seperti mana Nurani merampas apa yang dia ada. "Aku cintakan adik kau, bukan kau!" - Ammar Huzair. "Aku peduli apa? Aku buat semua ni bukan sebab aku suka kau pun! Aku buat sebab aku nak balas dendam aku pada Nurani!" - Nuha Madina. "Kak Nuha, Nura tak pernah benci Kak Nuha walau apa pun Kak Nuha buat. Tapi, apa yang Nura nak Kak Nuha tahu, sebenarnya kasih abah tak pernah berbeza pun pada kita adik-beradik." - Nurani Marisa. Kebenaran sudah terbongkar. Nuha sesal. Rintihan dahulu kembali lagi. Nurani dah pergi menghadap ilahi. Ammar pula tidak berhenti menguji Nuha.