ikadayana's Reading List
146 stories
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,490,368
  • WpVote
    Votes 65,413
  • WpPart
    Parts 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn
Ayra Sophia by syyisnn
syyisnn
  • WpView
    Reads 238,412
  • WpVote
    Votes 4,387
  • WpPart
    Parts 42
AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta yang dibina oleh mereka. Ayra semakin jatuh cinta sehinggakan segala kesalahan Mikha dinafikan walaupun dirinya perit melihat si suami berlaku curang di hadapan matanya. Kejutan demi kejutan yang Ayra terpaksa terima termasuk pernikahan kali kedua buat suaminya bersama perempuan lain yang diberi nama Ellyda Zahra. Diberi pelbagai dugaan namun Ayra masih gagah menyelamatkan rumahtangganya yang sudah berantakkan akibat orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Ayra terpaksa menelan segala kepahitan itu dan melangkah maju demi merebut haknya yang sudah dirampas. Dia yakin, cinta tulusnya membawa hasil yang cukup baik walaupun dirinya dimadukan tanpa kerelaan hati. Krisis apa lagi yang bakal ditanggung gadis itu? Mana kasih sayang Danish Mikhail terhadap isterinya yang tulus mencintai dirinya? Mungkinkah kesudahan kisah cinta Ayra hanya berhenti di sini? Apakah kesudahan kisah Ellyda Zahra dan Danish Mikhail? Baca dan hayati rentaian kisah Ayra Sophia yang sentiasa jiwa dan hatinya diseksa hebat. Ikuti kisah ini sehingga penamatnya. Harap masing sama-sama memberi respons yang positif dan sentiasa menyokong karya 'syyisnn'. Start : 29.11.2017 End : 13.04.2020
Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ] by arenayidin
arenayidin
  • WpView
    Reads 65,813
  • WpVote
    Votes 782
  • WpPart
    Parts 66
"Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH. Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang. Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu. Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa. "Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?" Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan. Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi. "Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!" Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia kembali memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri? Dua-dua dia sayang. Dua-dua cahaya hidupnya. Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.
Saya Tunggu Tau ✔ by cikorked
cikorked
  • WpView
    Reads 3,074,391
  • WpVote
    Votes 95,542
  • WpPart
    Parts 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih mencabar bagi Airis apabila Hayyan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mariana! "Jangan layan saya macam bibik kat rumah awak" "Dah memang kau bibik aku kan" "Gila!" Bermadu dengan Mariana merupakan ujian yang paling besar bagi Airis. It's worse! Siapa sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain! ***Di awal bab, memang mengarut bahasa pun i don't know la. Tapi saya perbaiki penulisan saya di pertengahan.
CHANGED by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,542,960
  • WpVote
    Votes 14,839
  • WpPart
    Parts 12
TENGKU MIKAEL DANIEL X NUREEN QAIRINA Kelahiran gadis itu di dunia ini bukan disambut dengan senyuman atau pelukan kasih. Sebaliknya, sejak membuka mata, dia hanya mengenal erti makian, cercaan, dan deraian sumpah seranah. Tiada belaian manja. Tiada pelukan yang menenangkan. Apa yang dia tahu, setiap hari adalah luka. Setiap malam adalah tangisan sunyi dalam gelap. Dilabel sebagai pembawa sial oleh darah daging sendiri, dia dipukul, dihina, dipersalahkan atas segala musibah yang melanda keluarga. Sehingga pada usia 12 tahun, dia dihalau keluar... bukan sekadar dari rumah, tetapi dari hidup mereka, seolah-olah dia tidak pernah wujud. Namun takdir tidak membiarkannya terus terbuang. Seorang pereka fesyen tersohor menemuinya dalam keadaan tidak berdaya, dan tanpa ragu, membuka pintu dunia baru untuknya. Dunia yang tidak pernah dia impikan. Dunia yang akhirnya mengajarnya erti kasih, harga diri, dan keberanian untuk bangkit. Dia berubah... bukan untuk diterima sesiapa, tetapi untuk membina semula dirinya yang pernah dihancurkan. Dari jalanan yang gelap ke pentas dunia yang terang, dia berdiri kini sebagai figura penuh kejayaan dan inspirasi. Dulu dia dibuang, kini dia disanjung. Dulu dia dibenci, kini dia menjadi dambaan. 'She changed... not to fit in, but to rise. And in that change, she rewrote her worth.' Start: 12 June 2017 End: 31 July 2018 Revamp: 14 July 2025 (UPCOMING EBOOK) ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30 in random 8/7/18:#8 in random TW: This book contains strong language, mature themes, and intense situations that may be distressing to some readers. It includes violence, explicit content, psychological trauma, and morally complex characters. Reader discretion is strongly advised. ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
KAISER : The Hidden King by -theals
-theals
  • WpView
    Reads 1,023,471
  • WpVote
    Votes 51,374
  • WpPart
    Parts 68
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluarga tersebut , pelbagai rahsia kotor disimpan. Kerana satu peristiwa, lelaki itu dibawa ke Malaysia bersama bapanya menyebabkan dia yakin bahawa semua penyeksaan bakal terhenti. " Don't be stupid. You won't be any fun if you're dead. " Raiz Affan, dia hilang segalanya pada waktu muda menjadikan dia seorang anak yatim piatu kemudian dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Satu peristiwa tersebut , cukup membuatkan dia trauma. Malah dia sudah bersumpah untuk membalas dendam kematian ibu bapanya itu. Jika nyawa dia bakal terlibat, dia rela berkorban. " Aku tak sangka selama ini orang yang aku cari itu engkau. " Naayla Zahra, seorang gadis yang tidak sedar dia sudah terperangkap dalam bahaya sepanjang hidupnya. Apakah yang bakal dia lakukan apabila mengetahui siapa Ayden Kaiser dan perasaan sebenar Raiz Affan? Dapatkah dia meluahkan perasaan yang lama terpendam sebelum Raiz pergi membalas dendam? " I thought I could trust you! " The Hidden King. " Be mine and I'll treat you like a real Queen. "
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 111,577
  • WpVote
    Votes 6,666
  • WpPart
    Parts 44
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya terasa kecil. FARHAN RIYAZ - Lelaki yang berasal dari keluarga sederhana, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran. Sama seperti ayah dan kakaknya. Membuat keputusan untuk menganggur sementara menanti permohonan jadi doktor diterima. TENGKU ALEENA - Seorang Puteri Mahkota yang baik hati tapi bersikap dingin dan jarang tersenyum. Mata birunya selalu mencuri perhatian mana-mana sahajan lelaki yang melihat. Baik Putera Mahkota mahupun rakyat marhaen. Aleena dan Farhan berkawan tapi tidak lama disekolah menengah dahulu sebelum mereka berpisah dan terus tidak menghubungi antara satu sama lain. Bertemu semula secara tidak sengaja disatu perlanggaran dikedai runcit namun masing-masing tidak perasan. Tapi, pertemuan kali ketiga mereka penuh dengan tiba-tiba. "Aku nak kau jadi bodyguard aku." "Aku? Rakyat jelata? Jadi bodyguard Tuanku Puteri Mahkota? Huh, jangan buat lawaklah." Farhan dibawa secara paksa ke istana untuk dia menyetujui permintaan Aleena. Siap diugut jikalau dia tidak mematuhi perintah Puteri Mahkota, dia akan diberi hukuman yang setimpal akibat ingkar. Dengan hati yang separuh rela... Farhan terima. "Tapi kenapa aku?" "Mungkin sebab kau je yang boleh aku percaya." Muncul seorang Putera Mahkota Daniel yang cukup tidak sebulu dengan Farhan membuatkan hubungan Aleena dan Farhan makin meregang. Lagi hancur hati Farhan apabila mendapat berita bahawa Aleena bakal disatukan dengan Daniel. "Kau tunggu. Aku akan buat Aleena takkan backup kau lagi. Mungkin lagi teruk dari yang ini." Apa yang bakal terjadi antara Farhan dan Daniel? Nantikan di Cinta Hati Dia! Cover by: @nrinsyi Start : 7 Mei 2020 Status : COMPLETED End : 20 November 2020
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 977,607
  • WpVote
    Votes 43,514
  • WpPart
    Parts 48
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24
Bukan Suami Pilihan by _ccaahh_
_ccaahh_
  • WpView
    Reads 775,615
  • WpVote
    Votes 25,005
  • WpPart
    Parts 64
Dian seorang gadis liar yang hidupnya cuma hanya tahu untuk berseronok sahaja. Lain pula Diana. Dulu dia juga liar seperti Dian tetapi hidupnya berubah seratus peratus apabila bertemu dengan Zahid. Zahid merupakan seorang ustaz dan juga pemilik sekolah agama serta suami kepada Diana. Kerana satu tragedi yang menimpa Diana, Zahid dan Dian terpaksa di satukan. Semuanya demi seorang insan yang bernama Zara. Tetapi dapatkah Dian menerima Zahid dalam hidupnya? cover by @teappleyeol
DARVIENA by _ccaahh_
_ccaahh_
  • WpView
    Reads 155,861
  • WpVote
    Votes 6,660
  • WpPart
    Parts 43
Empat tahun Rizqie memendam rasa cinta buat Darviena tetapi tidak pernah sekali pun dia mencuba untuk berbual dan merapati Darviena. Tetapi kerana satu kemalangan kecil menimpa Rizqie dan Darviena membuatkan mereka berdua mula rapat. Ketika cinta dan sayang mula berputik datang pula dugaan yang tidak diundang menguji cinta mereka.