𝖈𝖔𝖒𝖎𝖓𝖌 𝖘𝖔𝖔𝖓
6 histórias
Arabella Zayder  de aersyifa
aersyifa
  • WpView
    Leituras 525,150
  • WpVote
    Votos 54,084
  • WpPart
    Capítulos 57
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek itu menerobos masuk ke dalam gegendang telinganya, terus Arabella melorekkan senyuman lebar. Mata tunak memerhati tubuh tegap lelaki itu yang sedang membelakanginya. "Kenapa kau ikut aku?" Soalan itu dilontarkan kepada Arabella oleh lelaki bernama Erzan itu. Arabella yang dari tadi mengekori langkahnya hanya diam sebelum cepat-cepat gadis itu berdiri di sebelah tubuh tegap itu. "Saja. Saya nak kawan dengan awak boleh?" Diam. Persoalan Arabella hanya dibalas keheningan oleh lelaki itu. Malah, selamba sahaja lelaki itu mengatur langkah sedikit dengan kadar yang laju. Seperti ingin meninggalkan Arabella. Namun, itu tidak membuatkan Arabella putus asa dalam mengejar lelaki itu. "Saya sebenarnya kan, selalu nampak awak termenung sorang-sorang. Awak ada masalah? Boleh cerita dengan saya." "Rose, kau rasa hina ke jadi busker?" Pada ketika itu, sedikit banyak kehidupan tentang Erzan diketahui oleh Arabella. Rasa simpati menampar di hatinya saat mendengar bahawa ibu kandung Erzan sendiri menyimpan rasa benci terhadap lelaki itu. Oleh sebab itu, Arabella bertindak melontarkan satu soalan. "Boleh saya tahu kenapa ibu awak benci kat awak?" "Sebab aku teruk. Aku manusia tak guna." '𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮' [ Romance + Action ] START : 25 Sept 2022 END : Warning! { Contains harsh words } ⚠️ { Plagiarism is not allowed } ⚠️
SOLOMON : MR DEVILISH de Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Leituras 875,355
  • WpVote
    Votos 67,491
  • WpPart
    Capítulos 57
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan dan penuh cabaran. Selalu dibenci dan selalu di duga. Kehilangan bapa membawa satu titik hitam dalam hidupnya. Tak cukup dengan itu, hidupnya diuji lagi apabila dua sahabat sejati pergi meninggalkannya sendiri. Jujur. Dia cuba jadi kuat. Tapi tewas juga di akhirnya "Oh. Ini ke orangnya? Yang buka tudung tu." Qarya disanjung oleh pelajar-pelajar lain. Malangnya dia dipandang sinis oleh pelajar-pelajar dari tanah airnya. Qarya akui banyak dosanya. Dek kerana hidup berpaksikan dunia, Qarya hilang identiti sebenar dirinya. Menjadi seorang mata-mata mempertemukannya dengan seorang lelaki dingin yang unik. Aura maskulinnya unik. Matanya unik. Rambutnya unik. Segalanya tentang lelaki itu sangat berbeza daripada manusia normal. "Stay at least three meters away from him. Just don't get involve with him in any way." Amaran itu benar belaka. Pak cik Salmon mata cantik itu punya bau yang pelik. Sangat. Tapi pertemuan kedua mereka... agak jauh berbeza. "Hey there my little witch. I've look for you everywhere." Solomon Rupanya lelaki itu tak adalah seburuk yang diperkatakan. Dia agak baik. Cuma terlalu menyakitkan hati dan merimaskan. "You looks so dominant. Like an alpha. You know... I have things for alpha girls." -Solomon "Save your thoughts for yourself Master Solomon." -Qarya "Yes ma'am!" -Solomon Qarya abaikan sahaja gangguan yang diterima. Qarya tak berminat untuk bercinta. Sehinggalah satu hari... "Destroy Deville family." -X Qarya tahu. Jalan misinya mula menjadi semakin sukar apabila Solomon memilih dia untuk menjadi High Mistress dalam keluarga itu. "I'll destroy you first, my little witch." -Solomon Qarya hanya tenang menghadapi misi Solomon untuk menghancurkan tembok tenangnya. Tapi malang. Lelaki itu terus berjaya tundukkan Qarya di bawah penguasaannya. "Obey me." -Solomon
[OG] Khayla's Ethereal Savior  de theFallera
theFallera
  • WpView
    Leituras 10,595
  • WpVote
    Votos 911
  • WpPart
    Capítulos 21
[STAND ALONE] 「 ✦ KHAYLA RIVIENNA ✦ ZEFRAN KYLE ALEXANDRE ✦ 」 Khayla, seorang gadis kota yang hidup dalam kemewahan, dipaksa untuk meninggalkan rumah setelah ayahnya, Khalid, yang kejam dan tamakkan harta, mengusirnya bersama ibunya, Kamelia. Dalam perjalanan hidup baru mereka, mereka pindah ke sebuah kampung yang jauh dari keselesaan kota. Khayla yang terbiasa hidup mewah, menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Hubungan dengan ibunya pun tidak seindah yang orang sangka, kerana Kamelia sering kali melupakan Khayla dan lebih fokus pada hubungan rumah tangga mereka yang hampir hancur dan menguruskan perniagaannya. ❝ Can you tell me? Kita dekat mana sekarang? Ni rumah siapa mommy? Are we going to live here...forever? ❞ -Khayla Rivienna. Di kampung, Khayla bertemu Semat, seorang petani yang awalnya dia benci. Namun, kerana terdesak untuk mencari wang, dia mula bekerja dengan Semat, yang akhirnya menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. ❝ Mana ada orang pergi berkebun pakai heels, bengap. ❞-Semat. Rupa-rupanya, kehidupan di kampung tidaklah seteruk yang dia jangkakan. Dia suka kerana hati menjadi lebih tenang dan seronok. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Semuanya berubah sekelip mata saat satu kejadian tragis terjadi. ❝ Mommy teringin nak rasa nasi goreng pattaya khayla, boleh? ❞-Kamelia Vivienna. Khaya terkedu. Ujian itu seakan-akan ada batu besar yang menghempap dirinya. Dunia juga seakan berhenti berputar. Khayla sangkakan dia dapat hidup dengan gembira bersama orang yang tersayang namun takdir berkata lain. Dan lebih menyakitkan, sehari selepas kisah hitam dirinya itu terjadi, dia dapat tahu satu kenyataan yang menambah remuk di dalam hati. ❝ Ikut Daddy balik, now! ❞ -Tuan Khalid Azri. Khayla bagaikan tiada arah tuju. Dia tidak mahu pulang ke kehidupan yang menyakitkan itu tetapi hatinya terlampau hancur oleh rasa kehilangan dan kekecewaan. Jadi akhirnya dia akur. ❝ Welcome
SECRET ARIETIS  de eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Leituras 53,221
  • WpVote
    Votos 4,223
  • WpPart
    Capítulos 69
masquerade series book 1 Que Dyan Zaffrael ft. Dhea Elaura [ a little death | the neighbourhood ] (story yg banyak kekurangan) ❝It's all an act.❞ [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia ingin bangkit semula, tawaran diberikan kepadanya. Dia seolah-olah ratu di dalam permainan catur yang harus melindungi raja, walaupun berpaksikan tipu helah manusia kejam. ❝Selepas semua yang dah jadi, awak masih nak hidup dengan saya?❞ Dhea Elaura [ENEMIES TO LOVER, SLOW BURN, HEAVY STORYLINE] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence ⚠️ heavy storyline, read at your own risk Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in
What If I Never Love Again? de kiranashah
kiranashah
  • WpView
    Leituras 15,591
  • WpVote
    Votos 83
  • WpPart
    Capítulos 1
Kisah cinta antara Adrian Khaer dan Irene Alvena tidak seindah yang disangka. Di sebalik kebahagiaan yang dibina, tersembunyi badai yang perlahan-lahan meruntuhkan segalanya. Mereka menyangka setiap ujian hanyalah takdir yang harus ditempuh bersama. Ego ditundukkan, dan kepercayaan diberikan sepenuhnya. Irene percaya, jika itu pengorbanannya, segalanya akan kembali seperti sediakala. "𝘞𝘪𝘭𝘭 𝘺𝘰𝘶 𝘣𝘦 𝘮𝘺 𝘸𝘪𝘧𝘦, 𝘧𝘰𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳?" - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐞𝐫 Namun dalam bahagia yang tidak terhingga, takdir mula menunjukkan sisi kejamnya apabila lelaki yang berjanji sehidup semati itu akhirnya menjadi luka paling dalam buat Irene. "𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢.. 𝘈𝘸𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘈𝘸𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘢𝘥𝘪?" - 𝐈𝐫𝐞𝐧𝐞 𝐀𝐥𝐯𝐞𝐧𝐚 Naluri dan firasat seorang isteri yang dikhianati tidak pernah hadir tanpa sebab. Bukan bermakna segalanya ialah bohong, namun ia tidak selalunya hadir bersama bukti. Sedikit demi sedikit, kebenaran terungkai. Setiap penipuan yang terbongkar menikam hati Irene tanpa belas kasihan. "𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘯𝘪𝘬𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘋𝘢𝘳𝘦𝘯𝘢 𝘏𝘢𝘯𝘳𝘦𝘲 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘪-" -𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐞𝐫 Dunia Irene hancur sekelip mata. Cinta yang selama ini dianggap abadi rupanya hanyalah sebuah ilusi. Dikhianati oleh suami sendiri, bersama sahabat yang paling dipercayai. Mampukah waktu menyembuhkan luka yang ditinggalkan oleh lelaki bermulut manis namun berhati iblis? Atau... adakah hatinya masih mampu untuk mencintai sekali lagi?