My best
73 stories
DETEKTIF YAKUZA by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 19,643
  • WpVote
    Votes 1,964
  • WpPart
    Parts 96
Hidupnya bagaikan halimunan di mata dunia kerana dirinya memiliki pelbagai nama. Namun, beberapa manusia yang tidak pernah wujud dalam kehidupannya sebelum ini telah mengetahui identiti sebenarnya. Mampukah dia terus hidup bersembunyi atau dia hanya menjawab persoalan yang ada dalam minda mereka itu? Bagaimanakah perjalanan yang bakal dia tempuhi selepas ini? Apakah rancangannya? "Aku lakukan semua ini demi menjaga keluarga aku dan nyawa aku." - Jauhari Shin. "Saya setia di sisi Abang Zao. Nyawa saya untuk abang saya." - Faiz. "Aku hanya ikut arahan. Tuan Zao tahu apa dia lakukan." - Umar. "Sebelum ni cakap lain. Sekarang awak cakap lain." - Aqila. "Siapa nak ganti ayah jadi ketua Ame Sakura kalau ayah tak ada nanti?" - Shin Kawazaki. "Kau tak akan lepaskan aku selagi aku tak terima tawaran kau, kan?" - Ardin. "Saya memang pakai macam ni sejak dulu." - Jessica.
Aksara by NoHR16
NoHR16
  • WpView
    Reads 2,617
  • WpVote
    Votes 437
  • WpPart
    Parts 39
Kau sangka utopia di dunia realiti itu wujud? Hakikat kesinambungan itu ada apabila dua elemen bertentangan itu wujud bagi menyeimbangkan satu sama lain. Bagi... Melengkapi. "Cuba kau bayang apa-apa yang ada depan kita sekarang ni kita label sebagai utopia. Semuanya sempurna. Tiada runtuhan atau apa-apa yang tak diingini. Cuma kau kena ingat. Ibarat syiling ni , Arif. Kalau kau pusing, kau akan nampak yang istilah dystopia itu bakal menyusul. Berhentilah kejar benda yang kita sendiri tak pasti." - Keth Mereka menjadi bukti dan 'kunci' melengkapi syarat untuk merealisasikan Dunia Utopia. Namun, bagaimana jika 'kunci' itu bukan hanya terletak pada mereka berdua? "Aku sepatutnya tangkap kalian berdua dah kenapa terbalik sekarang ni?" - Amy "Kau sebahagian daripada kami, Amy." - Arif "What?" - Amy Mereka sangka hanya tiga 'kunci' yang ada. Namun, kebenaran terbongkar saat mereka kehilangan salah satu 'kunci' menuju ke arah kebahagiaan yang disangka abadi. Masing-masing tergamam melihat hakikat yang kini terbentang di hadapan mata. "Kita perlu cari lagi tiga orang?" - Arif Bagaimanakah penghujungnya andai mereka terpaksa berpecah mencari penyambung setiap teka-teki yang seolah tidak berpenghujung itu? Mampukah kerangka utopia itu mereka wujudkan sendiri tanpa solusi dan buah akal daripada insan yang memulakan semua permainan itu? "Say... what if Utopia never exist? What will we do then?"
OPEN CASE : 404 - BURUAN by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 1,848
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 19
OPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah ini akan mengambil beberapa watak daripada A.K.U dan HUBUNG untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Selamat membaca :) [CrossOver with @yiyiafiqa]
SELINDUNG✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 208,158
  • WpVote
    Votes 20,808
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
The Unknown by danieldarwisy
danieldarwisy
  • WpView
    Reads 1,262
  • WpVote
    Votes 177
  • WpPart
    Parts 6
Kuntum Amarilis Efan Hamza Joshua Ezekiel Eikner Daffa Akasyah Empat pelajar yang tidak pernah menyangka kehidupan mereka akan berubah selepas mereka terjumpa dengan sebuah buku nota. Buku nota yang menceritakan kegemilangan sebuah organisasi di sekolah tempat mereka belajar. Cumanya, mengapa mesti mereka yang menemukan buku tersebut?
IAN ZAIN by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 5,666
  • WpVote
    Votes 924
  • WpPart
    Parts 61
Hidup sendirian dan hilang ingatan menjadi satu dugaan yang besar kepada seorang insan yang bernama Ian Zain. Tiada sesiapa yang tahu nama sebenarnya. Hidupnya sebagai adik angkat dalam keluarga yang mewah. Namun, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yang bakal menarik dirinya untuk mengenali diri sebenarnya. Siapakah nama dia? Siapakah dirinya? Mengapa dia sedemikian?
TIH 3 : Misery Night by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 33,314
  • WpVote
    Votes 2,646
  • WpPart
    Parts 37
[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada setengah orang kata, dia seorang penjenayah yang sedang polis kumpul bukti untuk meletakkan lelaki itu di dalam penjara seumur hidup. Tetapi ada juga sesetengah yang percaya lelaki misteri itu seorang yang baik kerana selalu membantu orang. Nik Amar Fahimi, lelaki yang menyimpan kenangan pahit sejak kecil. Pendiam tetapi tidak kepada orang tertentu. Seorang pekerja separuh masa di sebuah kedai jam tangan. Walaupun hanya seorang pekerja biasa tetapi dia juga seorang yang menyimpan rahsia. Menghilang hampir setiap malam, tetapi muncul tepat pada waktu setiap pagi. Tapi apa kaitan mereka berdua ni? Suatu tugas diterima oleh Night dan rakan setugasnya menyebabkan dia terpaksa menyamar menjadi seorang bodyguard kepada seorang anak orang kaya, Najwa. Masalahnya, bukan wanita itu yang patut dilindungi tetapi dua orang budak yang dijaga oleh Najwa selama dua minggu! "We meet again, little girl." -Night Masalah kedua muncul apabila Datuk Mukhriz, ayah Najwa mewajibkan mereka untuk menjadi imam dalam solat fardu. Parah! Sudah berapa lama tubuh mereka tidak bersujud kepada Tuhan? Hanya Allah saja yang tahu. "Awak perlu tahu semua benda ni, Amar. You are the only one left." Rahsia lama kembali tersingkap, kehadiran seorang lelaki yang mengakui diri sebagai kenalan abang Amar menimbulkan pelbagai rasa dalam hati. Dia berusaha mencari jawapan kepada kebenaran peristiwa yang menyebabkan dia menjadi siapa dirinya pada hari ini. Dan hanya dia seorang yang dapat membela kematian abang dan adiknya. "Aryan, Amar akan cari pembunuh tu sampai dapat."-Amar ⚠️ Mature content di sini merujuk kepada aksi ganas dan membahayakan.
TIH 2 : Broken Land by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 71,311
  • WpVote
    Votes 4,482
  • WpPart
    Parts 40
[Pemenang Pengkarya Revisionis Anugerah Wattys 2018] Published : 01/01/18 Completed : 08/01/19 Previously known : TIH 2 : Arlisya Firdaus Highest ranking: #5 in Adventure (10/05/2020) ************************************ Ramai orang menyangka Arlisya Firdaus ialah lelaki disebabkan penampilannya yang tak ubah seperti lelaki. Kesnya sangat teruk sehingga kaumnya sendiri ramai yang menaruh hati padanya. Masalahnya, dia bukan lesbian! Dia tidak pernah meminta untuk dijadikan hidupnya seperti itu. Dia tidak pernah mengaku dia seorang lelaki, malangnya semua tidak percaya apabila dirinya menyatakan dia seorang perempuan. Orang luar lihat dia sebagai seorang yang kuat tetapi tiada siapa tahu perasaan yang terpendam dalam hati. Tiada siapa tahu sebab sebenar dia berubah meskipun tidak pernah menafikan dirinya sebagai seorang perempuan. Dia mengharapkan ada orang yang menghulurkan bantuan untuknya kembali ke jalan yang benar. Suatu keajaiban berlaku menyebabkan Arlisya Firdaus terperangkap dalam satu dunia yang tidak diketahui benar-benar wujud atau sekadar imaginasinya. Satu per satu memori yang disimpan hilang tanpa sedar. Jalan keluar dari dunia itu tidaklah semudah yang diduga. Pelbagai halangan dan ujian yang perlu dia tempuhi. "Kamu nak keluar dari dunia ni?" Arlisya Firdaus mengangguk. "Encik mesti tahu kan?" "Tetapi ada banyak halangan sebelum kamu boleh keluar." "Banyak benda kamu tak ingat tentang orang sekeliling kamu di dunia kamu. Kamu kena selesaikan beberapa tugasan dan ingat mereka semula sebelum kamu lupa mereka sepenuhnya." "Tugasan? Macam mana selesaikan tugasan boleh buat saya ingat pada mereka?" "Saya tak boleh terangkan bagaimana. Tapi itu saja caranya. Ia merangkumi tugasan, ingatan dan kebahagiaan." Apa yang dia dapat rasakan, ia berkait dengan masa silamnya dan hanya dengan tiga perkara yang orang tua kelihatan seperti Gandalf itu katakan menjadi jalan keluar untuknya.
TIH : Gifted Prince by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 59,978
  • WpVote
    Votes 4,675
  • WpPart
    Parts 36
Published : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpuan dalam kelas sebaliknya tidur adalah kerja sekolahnya. Tiada kawan. Tiada keluarga. Empat dinding dijadikan benteng melindungi diri dari ditembus orang yang akan melukakan dan akhirnya pergi meninggalkannya. Dia bukan budak biasa seperti yang semua lihat. Jauh dalam sudut hatinya terdapat rahsia yang tak siapa tahu. Dia sudah menempuh pelbagai dugaan. Dia sudah menjalani liku-liku kehidupan. Dia sudah pernah jatuh. Dia pernah bangkit semula dari jatuh. Tiada sesiapa yang menjadi pendorong, pemberi nasihat dan semangat untuknya terus berjuang demi masa depan yang cerah. Kerana dia tidak punya sesiapa. Dia sebatang kara. Namun, apa erti kehidupan tanpa dugaan dan cabaran hidup? Setiap orang ada ujian masing-masing. Dan ujian itulah yang menguatkan keimanan kita.
PARAGON by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 19,010
  • WpVote
    Votes 3,221
  • WpPart
    Parts 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu masih ada. Situasi tersebut memberikan kesan buruk kepada semua pihak, terutamanya para rakyat. Nell, seorang remaja lelaki dengan kuasa aneh telah bertekad untuk keluar dari kurungan negaranya. Dia perlu ke utara demi mencari seseorang. Namun sepanjang perjalanannya, malapetaka sentiasa berlaku. Dia sendiri tidak pasti adakah semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Takdir telah menemukannya dengan Kaio dan Sonny, dua orang pelarian yang cuba hidup seperti biasa selepas peperangan; Azaka, seorang perempuan yang mempunyai suatu misi yang tidak diketahui; dan Auvo, lelaki penyendiri yang terpaksa keluar dari 'persaraannya'. Dalam kekalutan dan huru-hara, mereka perlu mencari solusi untuk menamatkan segala sengketa yang telah berlanjutan buat selamanya. Cover: Su Jian (Artstation)