vpsaee's Reading List
85 stories
My Queen Aaira Hani (✓) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 869,172
  • WpVote
    Votes 29,643
  • WpPart
    Parts 85
My Queen Aaira Hani (Encik Buaya vs Cik Lawyer) Aaira Hani, wanita muda moden dan bebas. Malah dia tidak suka terikat dan terkongkong. Namun, segalanya berubah disaat dia harus bertanggungjawab ke atas perkara yang tidak dilakukannya. Sekali gus menutup aib serta maruah keluarga yang berada dalam ancaman musuh. Lalu demi keluarganya, dia 'serah diri' dan hidup di bawah tawanan seorang lelaki pendendam dan juga misteri. Bermula dari itu tekanan serta persoalan yang tersembunyi mulai meninggalkannya dengan tanda tanya. "Adakah saya pelacur kelas atasan?" "Lacur tu dosa besar ibarat zina. Aku nikahi kau dengan cara yang halal dan suci." Tidak betah berlama dalam sangkar emas ciptaan lelaki itu, dia cuba mencari tahu apa sebenarnya yang telah berlaku tanpa pengetahuannya sehingga melibatkan dia tanpa diberi penjelasan. Mampukah Aaira Hani mempertahankan maruah keluarga dan harga dirinya? Berjayakah dia selamatkan diri dari sangkar emas ciptaan lelaki itu? Start : 01 - 07 - 2022 End : 18 - 07 - 2022 Rank : #1 - ego (20082022) #1 - dendam (26092022) #1 - cinta (06102022) 💯 Idea xtheaura sendiri. ❌ Dilarang ciplak, tiru.. tak baik tau. 🌹 Kalau tak keberatan, lepas baca tekan vote ✨ dan kalau rajin, tinggalkan komen kamu💖
Demi Peluang Kedua (✔) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 1,408,260
  • WpVote
    Votes 38,407
  • WpPart
    Parts 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!
AFTER LOVE by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 834,328
  • WpVote
    Votes 66,286
  • WpPart
    Parts 29
Dia bunuh suaminya sendiri saat bulan madu mereka. Tetapi bertemu dengan lelaki itu kembali selepas tiga tahun. . . . Dia korbankan semuanya untuk mengahwini wanita itu dan akhirnya hampir mati di tangan wanita itu juga. Setelah tiga tahun, dia culik anaknya sendiri untuk membuat hidup wanita itu menderita. "Aku terima nikahnya Salwa Zakiyah dengan sekeping hati ditikam mati." "Terima kasih dah khianati suami kau sendiri.."
HER BEAUTIFUL COMFORT (TERBIT)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 997,795
  • WpVote
    Votes 8,516
  • WpPart
    Parts 13
Status: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Blurb: Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini. "Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah "Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi. Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya. "Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya. "Hayr, isteri kamu sebenarnya..." Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu. "Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh? Start date : 8/9/2023 End date : 1/11/2023
The Revival of Love (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 222,591
  • WpVote
    Votes 8,640
  • WpPart
    Parts 47
Suri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir melafazkan talak kepada Suri. Dia dibuang oleh Emir bagai anjing kurap yang penuh jijik. "Sebenarnya Suri dah lama curang dengan abang! Dia ada skandal dekat pejabat!" - YUSRA ZULAIKA. "Tak, abang! Saya dengan Zayn tu tak ada apa-apa pun! Saya tak curang dengan abang!" - SURI HAWANI. Malang terus menimpa hingga Suri terlibat dalam kemalangan yang merosakkan seluruh wajah dan tubuh badannya. Berbulan-bulan di hospital tanpa pengetahuan sesiapa namun suatu hari ada seorang lelaki yang egoistik dan optimistik hadir menghulurkan bantuan. "Now you choose, sama ada you nak pergi pada anak kandung you atau you nak pergi pada anak susuan you. They're both your legal children but you can only choose one." - TAN SRI ISKANDAR RAID. Namun apabila bertemu semula dengan Emir, dia seperti tidak mahu melepaskan dendamnya. "Keperibadian Puan Sri mengingatkan saya pada arwah bekas isteri saya, Suri Hawani. Cara Puan Sri pandang saya... bercakap dengan saya amat mirip dengan dia." - EMIR HADI. "Ya ke? Mungkin sebab you rasa you ada dosa dengan dia, itu yang asyik teringat saja tu." - ANGGUN ALESSA. Habis punah semua rasa angkara dusta. THE REVIVAL OF LOVE
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,124,792
  • WpVote
    Votes 355,310
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,782,600
  • WpVote
    Votes 411,146
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna