PoisonAnggeric_
- Reads 3,237
- Votes 243
- Parts 7
Proudly presenting~
🌹BELLINA.
Sinopsis.
Bellina Anggeric-seorang remaja berusia 16 tahun yang bijak pandai serta penuh bakat.Dia dikenali sebagai murid cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum di sekolahnya. Menjelang usia 17 tahun,Bellina menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya meraih keputusan yang sangat gemilang.
Di mata orang sekeliling, Bellina memiliki minda yang cerdas dan mental yang sangat stabil kerana mampu mengimbangi pelajaran serta aktiviti luar dengan sempurna. Bagi mereka, kehidupan Bellina pastinya indah dan tanpa cela. Namun, adakah persepsi itu benar? Adakah dia benar-benar menjalani hidup sebaik yang digambarkan oleh masyarakat?
Edriel D'Tarmizy-Dingin.Satu perkataan itu sudah cukup merumuskan keseluruhan keperibadiannya. Dia bersikap kasar,menjauhi wanita,gemar menyendiri dan sering tampak tenang tanpa emosi. Edriel juga seorang gila kerja, atau sering disebut workaholic.Hariannya dipenuhi dengan urusan kerja sehingga pejabatnya sendiri sudah dianggap sebagai rumah kedua.Tidak dapat disangkal kepintarannya pada usia muda 22 tahun, hotel dan kafe miliknya beroperasi dengan jaya tanpa sebarang bantuan daripada bapanya.Segala rutin hidupnya mula berubah apabila nama Bellina Anggeric mula tertanam di hatinya.
"Kenapa kau panggil aku pakcik?" -Edriel D'Tarmizy-
"Sebab pakcik dah tua.Muka pun macam pakcik-pakcik." -Bellina Anggeric-
"Excuse me?Are you kidding me, Anggeric?" -Edriel D'Tarmizy-
HAPPY READING SAYANG II SEKALIAN💋🌹