shrses
Tengku Elara Sophia.
Perempuan cantik yang hidup dalam dunia penuh kemewahan, nightlife dan manusia hipokrit. Anak Tengku yang sentiasa dapat apa dia mahu... kecuali kebebasan untuk memilih hidup sendiri.
Dengan mulut tajam tanpa insurans, perangai spoiled dan lifestyle liar, Elara Sophia terkenal sebagai perempuan yang susah dikawal.
Dan dia bangga dengan itu.
Sampailah dia bertemu Muhammad Rizqan Qashif.
Lelaki kampung berusia dua puluh tujuh tahun yang terlalu tenang untuk melayan perangainya. Tinggi, pendiam dan matang Rizqan langsung tak tunduk pada kecantikan ataupun status Tengku Elara Sophia.
Benda itu buat Elara makin sakit hati.
Dan makin tertarik.
Dalam dunia Elara yang penuh lelaki kaya bermuka manis, Rizqan hadir dengan tangan penuh minyak hitam dan hati yang terlalu baik untuk perempuan sepertinya.
Namun cinta antara dua darjat tak pernah mudah.
Bila keluarga mula masuk campur... Bila nama baik jadi taruhan... Dan bila Elara terpaksa memilih antara cinta atau keluarganya...
Untuk pertama kali dalam hidup, perempuan itu takut kehilangan seseorang.
"You're too good for me."
Rizqan tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.
"Bukan saya terlalu baik, Sophia."
Mata lelaki itu jatuh tepat ke wajah perempuan tersebut.
"Awak cuma terlalu biasa disakiti."