MuryaniBinteJalil's Reading List
2 stories
BAYANGAN by MurniAqilaNovelis
MurniAqilaNovelis
  • WpView
    Reads 7,003
  • WpVote
    Votes 206
  • WpPart
    Parts 26
BLURB BAYANGAN - MURNI AQILA Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi. Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri. "Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak." - Nizam "Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni." - Fauziah "Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang." - Irwan "Saya rasa awak ni macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam." - Hajar ********** Berminat nak beli novel ini? Copy link di bawah ini dan google: https://shopee.com.my/(BAHARU-%E2%80%BC%EF%B8%8F)-NOVEL-SERAM-BAYANGAN-MURNI-AQILA-i.38290312.6420256795
Suamiku yang aku sayang #SYAS by UNKNOWN19901
UNKNOWN19901
  • WpView
    Reads 21,379
  • WpVote
    Votes 273
  • WpPart
    Parts 60
Ini kisah antara Zaim dan Maisarah Syifa. Mereka pernah putus tunang angkara fitnah dan dendam Maizurah. Tetapi, tekad Zaim hanya satu setelah pulang dari Amerika iaitu untuk memperisterikan Maisarah Syifa. Setelah mereka berkahwin, begitu banyak badai menimpa sehingga salah seorang terlibat dalam mangsa pembunuhan yang meragut emosi dan trauma. Benarlah kata orang "setiap perkahwinan ada pasang surutnya". Big things awaits behind sebalik lafaz "aku terima nikahnya". Tanggungjawab itu bukannya terletak pada si suami tetapi juga pada si isteri. Kini mereka cuba mengecapi kebahagian tanpa anasir jahat yang datang dari Maizurah, Lokman dan Farhan. Tiga orang itu "mahluk perosak" bagi pasangan suami isteri itu. Zaim- "Nampaknya Syifa masih tak dapat lupakan perkara yang lepas? Biarpun tiga tahun berlalu? Emmm?" Soalan demi soalan menyinggah ke telinga Syifa. Maisarah Syifa- "Abang...Bagi Syifa masa nak maafkan kesilapan abang yang lama." Maizurah- "Aku tak kira kau kena teman aku aku jugak lunch nanti. Lagipun kita dah lama tak lepak sama-sama sejak kau kahwin!" Sinis Maizurah berkata. Ah! Peduli apa dia dengan 'title' suami orang? Lokman- "Kalau kahwin pun boleh cerai, apatah lagi..." Maisarah Syifa- "Shup up! Awak sedar tak apa yang awak cakap ini?!" Lokman sudah gila ke mahu dia dengan Zaim bercerai? Farhan- "Kau tak sedar yang isteri kau tu, aku dah sentuh dulu sebelum kau! Kau ingat, malam itu aku tak nampak semuanya? Walaupun tak sempat, aku dapatlah tengok rambut dia, badan dia... dan..." ketawanya mengekeh. Dia tak akan lupakan kecantikan semulajadi perempuan itu. Sungguh manis! Ya! Itu yang terjadi. Kisah yang menambah perasa bagi pasangan muda itu. Jika ada kekuatan di antara mereka, pasti sinar kebahagian buat mereka.