piychaaaa's Reading List
3 stories
Bukan Yang Sempurna. by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,205,110
  • WpVote
    Votes 44,834
  • WpPart
    Parts 75
status; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya. Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwinkan Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya. "Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah. Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby. "Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris. Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya. Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati. Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang? "Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya." - - - - - Start; 17 July 2019. End; 24 April 2020. Jangan tiru dan copy! Im watching you 👀
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,000,324
  • WpVote
    Votes 27,727
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Our Memories  [SU] by waneyouu
waneyouu
  • WpView
    Reads 4,419
  • WpVote
    Votes 450
  • WpPart
    Parts 21
malaystory by waneyouu , Our Memories #1 🕊️❤ Mengisahkan tentang Airina Sofiya, seorang pelajar Tingkatan 5 yang pastinya bakal menduduki SPM. Dirinya yang dahulu manja, pendiam, tidak suka bergaul dengan orang walaupun keluarganya sendiri telah berubah menjadi Airina Sofiya yang perwatakannya sedikit kasar, ceria dan peramah selepas sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya. Keprihatinan Harizz Danial, kawan baik merangkap 'crush' nya itu yang sering melindungi gadis itu setiap kali dibuli semasa sekolah rendah telah berjaya membuka pintu hati gadis itu untuk mencintainya walaupun dalam diam, sehinggalah menginjak ke sekolah menengah. Namun, pertemuan singkatnya dengan seorang jejaka kacak di mall, Izz Aryyan Mikael telah membuatkan hatinya yang sudah terpaut pada Harizz Danial itu, bergolak setiap kali dirinya meluangkan masa dan bertentangan mata dengan jejaka yang mempunyai sepasang mata berwarna kelabu itu. Siapakah pilihan hatinya ? Harriz Danial yang sudah sekian lama bertempat di hatinya atau Izz Aryyan Mikael, jejaka kacak yang ditemuinya di mall ? hehe nak tau baca la :> Author Note : *cliche and cringe ahead ⚠️ happy reading ! ⚠️ DILARANG UNTUK COPY MANA MANA PART DALAM NOVEL INI ⚠️ start : 5 April 2020 end : -