Fàtńţàšï Böök💕
37 stories
Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE] by addyaz
addyaz
  • WpView
    Reads 20,349
  • WpVote
    Votes 1,067
  • WpPart
    Parts 9
Lahirlah seorang puteri yang diberi nama Agnes.Puteri yang dijaga oleh keluarga angkatnya.Kehilangan bonda dan ayahandanya langsung tidak diketahui.Ianya seperti sebuah misteri yang sungguh berselirat. Kerajaan Api,Ais,Air,Angin,Tumbuhan semuanya mempunyai kuasa dari kerajaan masing-masing.Namun,Puteri Agnes langsung tidak tahu apakah kuasanya walaupun dia berasal dari Kerajaan Tumbuhan. Kehidupannya di Akademi La Roselle sungguh mencabar dirinya.Puteri Agnes yang tidak mempunyai kuasa itu sentiasa dibuli,dihina dan dicaci.Bernasib baiklah dia mempunyai sahabat seperti Puteri Iris dan Puteri Eve yang sentiasa membantunya di saat dia sukar. Tibalah satu hari yang sungguh tidak dijangka.Identiti sebenarnya akhirnya terbongkar.Dia kini memikul tanggungjawab mengembalikan kerajaan yang hilang.Kerajaan yang berputerikan dirinya,Puteri Agnes kerana dialah waris terakhir kerajaan itu. Mampukah Puteri Agnes?Atau keturunannya yang akan mengembalikan kembali kerajaan itu?Atau kerajaan itu akan kekal terhapus? === Sesuai untuk semua peringkat umur. Sebuah bahan bacaan yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa. === "Jangan pandang negatif pada sesuatu yang anda sendiri belum pasti apa sifat positifnya." - The Majesty === SHORT STORY
GOLDEN MAGIC : LITTLE GIRL ADVENTURE (Slow Update) by ParkYuMi21
ParkYuMi21
  • WpView
    Reads 2,855
  • WpVote
    Votes 242
  • WpPart
    Parts 5
Meliana Olivia seorang gadis yang istimewa. Tinggal di tengah hutan rimba bersama keluarganya. Kedua ibu bapanya meninggal dunia kerana penyakit misteri,kata ayahnya ia bukan penyakit tetapi sumpahan. Selepas kehilangan kedua ibu bapa nya ia mengambil keputusan untuk menjelajah satu dunia dengan niat untuk menebarkan cahaya kebahagiaan dan keamaan pada setiap orang yang dikenalinya. Tetapi adakkah ia akan berjaya mengekalkan kebahagiaan apabila peperangan kedua buah negara iaitu kerajaan Merlin dan kerajaaan Narnia mula menghantui seluruh dunia. Jadi marilah ikut pengembaraan Meliana Olivia bagi mengetahui adakah ia berjaya atau tidak. Semuanya terletak pada genggaman tangan kita.
Love Or Blood by valleiaa
valleiaa
  • WpView
    Reads 28,131
  • WpVote
    Votes 2,254
  • WpPart
    Parts 18
Vampir? Jaemin tidak percaya adanya vampir,tapi kejadian yang berujung penyesalan itu membuatnya percaya vampir dan membenci vampir Tapi kebencian itu malah berubah menjadi cinta. Copyright 2019, ©valleiaa
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]  by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 515,920
  • WpVote
    Votes 40,371
  • WpPart
    Parts 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersatu dalam dirinya? Dua puak yang berselisihan faham dan menjadi musuh sejak beberapa tahun dahulu. Hal ini kerana, Raja dari puak manusia yang menjadi punca pergaduhan di antara mereka. Kerana hasutan, hasad dengki dan tamak, dua puak pari-pari yang dahulu kala hidup bersama menjadi pecah belah! Mereka menjadi musuh! Nyea satu-satunya berdarah campuran yang pernah wujud di situ. Bila dia dapat tahu semua ini, dia seakan tidak boleh menerima kenyataan.Tidak disangka, kehadirannya juga akan mengubah segala-galanya.... Kehadirannya akan menyinari kegelapan.... Persahabatan.... Kesetiaan.... Percintaan.... Dan hubungan kekeluargaan.... #100% my idea
White Guardians ( Editing) by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 574,822
  • WpVote
    Votes 44,166
  • WpPart
    Parts 90
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-kanak bolehlah dia percaya. Kini Irene semakin meningkat dewasa. Semua itu hanya mengarut ! Dan ada satu perkara yang paling dasyat yang tidak diketahui oleh Irene. Dia tidak sedar yang dia juga di buru oleh sesorang. Mereka mahukan darah yang mengalir dalam badan Irene. Pada masa yang sama, gotham turut mahu menakhluk dunia. #100% my idea.
White Guardians 2  by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 124,343
  • WpVote
    Votes 12,215
  • WpPart
    Parts 75
Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingkan diri! *Saya syorkan baca buku pertama dulu.* 100% my story
LEON: THE TIME CONTROLLER by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 114,382
  • WpVote
    Votes 9,847
  • WpPart
    Parts 107
Kuasa untuk mengawal masa. Cool isn't? Bagi aku kuasa ni tidak lain hanyalah sebuah sumpahan. Nama aku Leon A. Einsley. Aku mempunyai kuasa untuk mengawal masa. Sebuah kuasa yang agak unik dari salah satu Supreme Gods and Goddesses, iaitu Dewi Ashriel. Tidak lupa juga, aku hidup di mana dunia ini seringkali diserang oleh makhluk digelarkan sebagai Unknown. Kami, para pahlawan yang mempunyai pelbagai jenis kuasa ini tidak boleh melawan Unknown sendirian. Sebab itu kami mempunyai pasangan yang mempunyai kelebihan untuk berubah menjadi senjata. Digelarkan sebagai Human Weapon. Pasangan aku? Ada. Namanya Sarah J. Robert. Seorang gadis berambut merah yang agak ganas sikit dan pantang berputus asa. Walaupun aku mempunyai kelebihan untuk mengawal masa, aku tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Adakah hidup aku berakhir dengan tirai kegembiraan atau tirai kesedihan?
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 309,184
  • WpVote
    Votes 24,029
  • WpPart
    Parts 84
Dunia, sentiasa berputar menunjukkan bulan dan matahari kepada setiap makhluk bernyawa. Dan selama itu jugalah aku hidup, mencari ketenangan diri dari memori silam. Hidup? Aku dah hidup untuk beratus tahun lamanya. Dah banyak perkara yang aku jumpa. Perang? Dah beribu perang aku ikut. Semua adalah kerana nafsu aku untuk membunuh. Aku tak pernah ada kawan sejati. Ibu bapa? Aku pun tak tahu di mana. Abang? Tak ada. Adik? Juga tak ada. Kembar? Ya, aku ada kembar. Kembar tak seiras. Sama macam aku, dia juga sudah hidup untuk beratus tahun lamanya. Malah, dia adalah kembar yang membesar dengan aku. Walaupun begitu, aku tahu apa tugas aku di muka bumi ini. Mengapa hanya aku dan kembar aku sahaja yang boleh hidup untuk beratus tahun lamanya. Mungkin untuk beribu tahun lamanya. Satu sahaja. Untuk menjaga keamanan dunia. Kau fikir senang? Kau seorang nak jaga satu pelosok dunia. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tahu, untuk beratus tahun lamanya aku hidup. Kisah aku mungkin bermula di sini.