malayzzz ._.
2 stories
EBOOK : Kau Curang by syamhmd
syamhmd
  • WpView
    Reads 588,223
  • WpVote
    Votes 5,101
  • WpPart
    Parts 8
Fathia dan Hakimi adalah pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 2 tahun. Tapi, selama 2 tahun perkahwinan itu, mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata. Itu membuatkan Hakimi percaya kalau Fathia mandul. Tanpa berfikir panjang, Hakimi telah memilih jalan yang bakal menggelapkan hidup dia sendiri. Demi memenuhi keinginan untuk mempunyai anak, Hakimi sanggup berlaku curang. Namun, tanpa disedari olehnya sendiri, wanita yang dipilih untuk dijadikan isteri kedua itu adalah salah seorang insan terpenting dalam hidup Fathia. Siapa sangka saat rahsianya terbongkar, dia dan Fathia dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga mereka. Bahagia, gembira, itu yang dirasakan oleh Hakimi. Tapi bukan mudab untuk dia meraih kepercayaan Fathia kembali. Tambah pula dengan kehadiran cinta pertama Fathia membuatkan Hakimi berasa sangat tergugat. Started : 10 October 2015 Completed : 16 October 2016
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,140
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!