Malay
19 stories
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,451,046
  • WpVote
    Votes 339,847
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
Doctor Ego Suka Gadis Biasa by fikahazmi
fikahazmi
  • WpView
    Reads 25,586
  • WpVote
    Votes 397
  • WpPart
    Parts 30
Hospital ni milik orang tua faris orang kaya tetapi sayangnya sikap sosial ,doctor faris sedih kematian isterinya nama fatin(isteri doctor faris)sebabkan penyakit hidung berdarah dan kurang darah putih. Kematian Fatin(isteri doctor faris)melahirkan wulan,fatin penting anaknya selamat daripada fatin sendiri.Orang tua fatin mati,sebabkan kemalangan hantar bekal makanan untuk fatin tempat kerja. Fitrah seorang kerja super model di syarikat amirul,CEO amar,fitrah dah kahwin amirul,Sejak dulu fitrah suka doctor faris zaman sekolah rendah sampai universiti tetapi fitrah kawan fatin dan dengki fatin. Fitrah hati baik dan mudah termakan cakap orang lain,orang tua anis kerja cikgu di sekolah tempat mengajarnya anaknya nama anis.Cikgu lilis kelas anis tegas dan garang semua pelajar takut padanya. Anis seorang gadis popular di sekolahnya tetapi mudah termakan cakap orang lain,anis sikap rajin masak dan baik hati,rajin baca buku dengan selalu siap kerja sekolah. Hana dan mila dengki anis,sebabnya anis selalu dapat keputusan bagus dalam peperiksaan anis di sekolah.Orang tua hana bertahankan anaknya hana.hana selalu tipu orang tua sendiri.Hana kalah dapat pakat hati doctor adam Mila dengki anis,sebabnya ramai lelaki pakat hati anis,orang tua mila percaya kata anaknya mila,mila tukar cerita sebenarnya.Cikgu sucita guru kelas mila dan hana,mila dan hana cakap kasar cikgu sucita.Mila ambil tangan anis,tetapi sayangnya semua rancang gagal,mila pakat hati doctor faris. Doctor adam kawan doctor faris zaman tempat belajar universiti,bella kawan julia tempat kerja.Doctor adam dah kahwin bella pandang pertama jatuh cinta.Sebabnya hana ambil doctor adam tangan bella,bella berjuangkan cinta doctor adam tetapi bella menang dapat cinta doctor adam.
JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION) by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 9,120
  • WpVote
    Votes 357
  • WpPart
    Parts 8
TAJUK: JODOH SALAH KAUT PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2225-07-2 BLURB "Ini bakal suami saya." - Rania Indah Rania... Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang. "Ya, kami akan bernikah." - Kai Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak. "Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi." - Rania "Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! " - Kai Rania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair! "Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita." - Kai "Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?" - Rania Walaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai? "Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?" - Rania Setiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta. "Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?" - Ikram Keadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?
Semanis Coklat by NorshahidaShabudin
NorshahidaShabudin
  • WpView
    Reads 5,947
  • WpVote
    Votes 165
  • WpPart
    Parts 9
Nawwar hanyalah gadis biasa yang ceria. Hidupnya dikelilingi oleh keluarga yang bahagia. Dan tidak pernah gusar akan pandangan orang sekeliling terhadapnya setelah berlaku satu kejadian yang memalukan di sekolah asalkan dia bersama-sama keluarga tersayang. sebagai seorang gadis, sudah tentu ingin merasa bagaimana mencintai dan dicintai. Apabila kali pertama melafazkannya, hasratnya untuk merasa manisnya cinta tidak kesampaian. Dia ditolak mentah-mentah oleh jejaka pilihan hati. Walau apapun, hidup tetap perlu diteruskan. Dia yakin, lambat laun, akan ada putera raja siap dengan menunggang kuda akan menjemputnya juga. Tarmizi atau Ezzy menjadi bintang pujaan di sekolahnya. Ke mana sahaja lelaki itu pergi, pasti menarik perhatian. Dengan wajah persis model dan susuk tubuh ala seorang atlet sukan, memang mencairkan hati gadis-gadis yang melihat. Namun jauh dilubuk hati, dia kesunyian. Ada sepi yang menjalar di segenap urat nadi. Percaya dan mempercayai sukar untuknya.
Bolehkah Aku Mencuri Hatimu?√ [E] by jenahsquid
jenahsquid
  • WpView
    Reads 126,908
  • WpVote
    Votes 3,793
  • WpPart
    Parts 55
"Hah? Apa kau cakap tadi? " Aleya bagaikan tak faham dengan soalan Adam. "Kalau aku cakap aku suka kat kau apa kau nak buat? " soal Adam semula. "Err.. " Lidah Aleya kelu. Tak tahu nak jawab apa. "Aku.. Diam je kot" jawab Aleya tak pasti "Fine. Aku suka kan kau" ____________________________________ "Kau tu jantan! Aku ni perempuan! Tak elok duduk bersebelah macam ni! Kalau ada sebab tak pelah jugak! " ujar Aleya sambil menolak badan Fadhli agar jauh. "Aku ada sebab" kata Fadhli. Aleya mengangkat sebelah keningnya. "Sebab aku sayang dan cintakan kau. Lagipun. Kita kan dah tunang." semua tergamam. "Sejak bila weh?" mulut Aleya ternganga. ____________________________________ "Aleya. Hati hati tau" Aleya tergelak kecil. Terlalu risau sahabatnya. "Taulah. Wafiy kan ada" Aleya pun berbisik jugak. "Aku nak kau hati-hati dengan Wafiy. Hati aku rasa tak sedap ni" Aisyah berkata dgn nada resah. Matanya kerap memandang ke arah Wafiy. Dan Aisyah nampak. Dekat bahagian bawah tempat duduk Wafiy. Pistol. ____________________________________ Susah bila kau dah jadi tunang orang, tapi dalam masa yang sama, kau tak tahu pun kau dah tunang. Wth? Lagi susah bila tiba-tiba crush kau confess kat kau. Lagi susahnya pulak, bila ada mamat psycho yang gilakan kau. Nak tahu satu contoh siapa yang hidup macamtu tak? Nor Aleya Sofea. ____________________________________ Dua kisah. Satu buku. Dua jiwa. Satu perasaan. Satu buku. Semua merepek. 29052017 : #373 in romance 31052017 : #340 in romance 22062017 : #207 in romance Buku ini sedang dalam pembinaan semula. (Edit lah. Takkan tak faham). So... Sebarang KepEliKaN harap diabaikan. Ni Jenah tulis time 12 tahun tau. So jangan salahkan Jenah kalau korang mati kegelian dgn scene yg cringe . I Love You 3000 to all of my readers and voters (๛ ˘ ³˘)♥
Saat Kau Jauh - Izz Jaja by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,581
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: SAAT KAU JAUH PENULIS: IZZ JAJA ISBN N0: 978-967-0907-24-6 Blurp : NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya. "Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati."- Ana Liyana IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya. "Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana." - Ikhwan Fazail Hebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka. Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi. Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu... "Hanya Ana yang I dambakan."
GILA! AKU SUKA DIA? (TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 11,415
  • WpVote
    Votes 298
  • WpPart
    Parts 11
NOVEL TELAH TERBIT. 10 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA ^_^ SINOPSIS GILA! AKU SUKA DIA? Kisah Lalan, Bob dan Joe, 3 lelaki kacak, 3 kawan baik, umur 30's yang payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru payah juga kan? Di akhirnya berjumpa yang berkenan tapi mulut berat macam besi, kan dah melopong. Masalahnya bukan tak mencari. Bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap aku suka kau. Mulanya mereka tak kisah, tapi bila diterjah dengan soalan kahwin di kiri kanan depan dan belakang siapa tahan telinga. Lalan bertemu semula Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, bila besar jadi cantik rupawan. Joe pula menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk tanda tangannya. Bob, bukanlah memilih. Dari kecil memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboy di kampungnya tapi macam tiada respon. Tapi semua plan hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasakan. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawa jambatan malam jumaat, jumpa pakar jodoh, tips buku waima produk aura jodoh pun berkotak dibeli! Tapi akhirnya semua pun tak menjadi! Tiga-tiga pasrah, jodoh masih sangkut. Jodoh mereka sebenarnya dekat mana? Ke terlepas pandang kiri kanan je?
Awak Sayang Saya Tak? by fazniesss_
fazniesss_
  • WpView
    Reads 7,357
  • WpVote
    Votes 177
  • WpPart
    Parts 4
dazney ♡ syaffir
Cinta Dalam Benci (SLOW UPDATE) by aqscerous
aqscerous
  • WpView
    Reads 3,756
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 7
"Aku rasa aku suka kau lah" Enam perkataan yang mampu mambuatkan aku hampir pengsan disebabkan ayat itu keluar dari bibir sang jejaka yang aku benci dalam dunia ni! Memang aku terkejut, tapi dalam masa yang sama,YES, hati aku rasa tenang dan berbunga! WHAT THE HELL IS THIS? AKU BENCI DIA!!! So, cerita ni agak kliche, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk lari dari kliche. Nantikan CINTA DALAM BENCI by missmaiiiii
Cinta Monyet [COMPLETE✔] by UmairahHizam
UmairahHizam
  • WpView
    Reads 69,918
  • WpVote
    Votes 3,447
  • WpPart
    Parts 25
Cinta monyet. Apa yang orang biasa kaitkan cinta monyet ni? yes betul. Couple time sekolah. Ada yang setia, ada yang curang, ada yang batak sangat, ada yang tipu. lepastu, nangis. Tapi ada yang walaupun cinta monyet pada awalnya, tapi at last ke jinjang pelamin jugak alhamdulillah. So inilah yang aku akan ceritakan. Cinta monyet yang berjaya sampai ke jinjang pelamin. // please comment and vote! yang penting, enjoy! happy reading readers.