Love it😍
10 stories
Hikayat Sang Pelindung: Perang Titantua by wanstony
wanstony
  • WpView
    Reads 2,925
  • WpVote
    Votes 399
  • WpPart
    Parts 42
Tatkala keadaan dunia semakin tenat. Muncul manusia-manusia yang ditakdir mempertahankan dunia daripada hancur di tangan sekeping jiwa yang obses kepada pemerintahan mutlak. Ideologi yang didendang kepada umat manusia merupakan topeng bagi menutup niat sebenar yang bertunjang hati kotor. Setiap daripada mereka bakal bertemu dengan aturan takdir. Satu persatu kejadian berlaku sehingga mengheret kepada peperangan menentang armada yang obses dalam misi menjajah dunia. Selaku tonggak utama, mereka menggalas tanggungjawab besar. Memikul peranan selaku benteng terkuat dunia. Menjadi buah catur dalam permainan takdir. Demi membersihkan muka bumi daripada anasir yang berniat merosakkan bumi untuk melampias serakah. Mereka berlima. Dan mereka adalah sang pelindung.
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE) by kukilkufiq
kukilkufiq
  • WpView
    Reads 96,623
  • WpVote
    Votes 6,169
  • WpPart
    Parts 7
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA BEST BOOK WATTSITEE AWARD 2018] [ PEMENANG BESTBOOK WATTSITEE COVER AWARD 2018 ] Ranking terbaik setakat ni : 5th in Mystery / Thriller Genre Satu platun unit khas terpilih dari Angkatan Tentera Malaysia telah menerima misi khas menyelamat ke dalam hutan temenggor (OPS JEJAK). Dikhuatiri satu batalion dari unit 5 Melayu telah hilang ketika operasi, maklumat akhir dari radio semboyan adalah 'JEMBALANG' unit khas ini mesti mendapatkan maklumat sekiranya pasukan ini masih hidup atau tidak , tanpa mereka sendiri tidak sedari apa yang menanti mereka jauh di dalam kedalaman hutan ini jauh lebih teruk dari ancaman pihak musuh.
 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C) by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 147,568
  • WpVote
    Votes 14,832
  • WpPart
    Parts 112
Apa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahun selepas perginya insan tersayang,kosong dan tiada hala tuju walaupun ada puluhan ribu anak buah. Dia memilih hidup sendirian di sebuah dojo lama,peninggalan mendiang ayahnya. Satu hari kehidupan dia berubah apabila seorang dewi muncul di hadapannya,diburu oleh seseorang yang berpangkat dewa. Sanzo mengambil keputusan untuk melindungi dewi tersebut,Pheara The Goddes of Valkryie daripada ancaman dewa penghukum Igdes dan dewi licik Aena serta 7 Angel. Tidak lama muncul Brollmuthaz atau Tezuka,demon dan calon raja demon menumpang bersama di dojo. Muncul pula Elene si Valkryie yang berkhidmat di bawah Pheara,selepas itu dojo yang sunyi menjadi ceria dengan kehadiran ibu Tezuka iaitu Sophie dari dragon clan selepas diselamatkan oleh Sanzo. Adik-beradik Tezuka turut ikut duduk bersama,Amreadous dan Astia kemudian Aphys yang hampir mati diserang terjatuh ke bumi namun sempat Sanzo selamatkan. Yamasato Sanzo "Aku tak peduli jika kau dewa,tetapi jika kau lari jauh dari tugasan kau.. Aku akan betulkannya." Pheara The Goddes of Valkryie "Saya akan berjuang untuk keadilan,untuk dewa dewi dan juga manusia..." Brollmuthaz/Tezuka or Tez "Kau seorang dewa tetapi cara kau,buatkan darah aku mendidih!" Elene The Valkryie "Saya hanya berkhidmat untuk seorang sahaja,Pheara.." Aphys Goddes of Sky "Kenapa ibu bencikan saya? Kenapa? Beritahu saya!" Sophie The Dragon Maiden "Walau dewa sekalipun lakukan kesilapan? Ironinya.." Irish Goddes of Battle "Apa yang sudah aku lakukan? Apa yang berlaku selama ini?!" Igdes God of Extermination "Manusia hina? Berani kau melawan aku?!" Aena Goddes of Trick "Aku bencikan kesenangan kau Pheara.. Aku akan hancurkan kau!"
ARJUMA CAFE [C]™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 49,854
  • WpVote
    Votes 5,833
  • WpPart
    Parts 49
Anda semua minat kopi berkrim,jikalau ya Arjuma Cafe adalah pilihan tepat untuk mencuba kopi berbagai rasa. Krim atau latte juga espresso? Boleh didapati di kafe milik Arjuma. Arjuma merupakan seorang bekas askar yang bersara awal,minatnya pada perniagaan membuatkan dia membuka sebuah kafe serta restaurant. Dia dibantu oleh pekerja baru,yang bercita-cita untuk menjadi tukang masak professional. Setiap hari penuh dengan keceriaan,suka duka dan penuh pengajaran. Anda seorang pelanggan? Apa kata singgah sebentar di kafe ini. Arjuma Syah Al'Hisyam "Kau minat memasak,jangan berputus asa..usaha selagi boleh!" Hairil Al'Syam "Cita-cita aku untuk menjadi seorang tukang masak professional,jadi boss Arjuma sila beri tunjuk ajar!" STORYLINE BY WANZENETH/AKIRA_HIROSHI
Tanah Magis Malagemalai (Edit) by wanstony
wanstony
  • WpView
    Reads 8,244
  • WpVote
    Votes 935
  • WpPart
    Parts 45
Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian ayahnya. Dia juga telah diamanahkan untuk menjaga Muda, seorang remaja lelaki yang bakal menggegar tanah Malagemalai akan datang. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi mereka untuk memperolehi semula kedaulatan dan keamanan Tanah Malagemalai yang dicabuli oleh raja kegelapan, Raja Sirius. Rakan lama datang membantu, pendekar terbilang turut mengerah tenaga, dan gabungan pasukan-pasukan pemberontak menghasilkan armada yang berbilang dari pelbagai kaum di Malagemalai. Pertempuran demi pertempuran berlaku. Nyawa manusia galang gantinya. Hanya yang kuat akan menang. Adakah mereka mampu? Tidak, adakah mereka berani menghadap peperangan maha hebat ini? Berjayakah Mona dan Muda dalam misi mereka? Apakah bayaran yang harus diterima oleh mereka demi menggapai keinginan mereka? Semua itu bakal terjawab di dalam kisah fantasi, persahabatan, peperangan dan kasih sayang sesama manusia dan alam ini. Simpan dahulu perasaan ingin tahu anda. Luahkan di dalam pembacaan ini. Selamat membaca! *sebarang komen author akan terima dengan senang hati. Jangan lupa vote Status-ongoing
💀 Trofi by aensaari
aensaari
  • WpView
    Reads 39,934
  • WpVote
    Votes 2,461
  • WpPart
    Parts 49
Awas! 18+! Tajuk asal : Kardia (Jantung) Satu demi satu pembunuhan berlaku di Taman Midah, Cheras yang melibatkan wanita berwarganegara Indonesia. Setiap mangsa dibelah hidup-hidup, diambil jantungnya sebelum digantung sebagai satu simbolik. Pembunuhan-pembunuhan tersebut disiasat oleh Alias iaitu seorang pegawai penyiasat di IPD Cheras dan Isaac yang merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya. Penyiasatan mereka secara tidak langsung membongkar kes-kes pembunuhan yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Pada masa yang sama, Isaac sedang mencari jawapan kepada kes langgar lari yang sedang menghantuinya. Ianya membawa kepada penemuan Zulkafli iaitu banduan di Penjara Marang yang dipercayai memegang kunci jawapan pada setiap misteri yang berlaku. Setiap degupan ada rahsia. Dan, mereka perlu merungkai rahsia tersebut. Best wattpad achievement: #20 in Mystery/Thriller - 2 March 2017 #19 in Mystery/Thriller - 3 March 2017 #18 in Mystery/Thriller - 14 April 2017 #16 in Mystery/Thriller - 20 April 2017 #11 in Mystery/Thriller - 27 May 2017 #7 in Mystery/Thriller - 21 July 2017 #1 in Misteri - 8 August 2018
HOTEL [ Bakal Edit ] by IkaSyafiqah1
IkaSyafiqah1
  • WpView
    Reads 3,852
  • WpVote
    Votes 1,106
  • WpPart
    Parts 10
Cover by @ayriesy Mengisahkan tujuh sekawan yang menerokai hotel lama yang terbiar. Ingin mencari kebenaran di sebalik kata-kata orang ramai yang mengatakan hotel ini berhantu dan puaka. Anaqi, Shahir, Yazid, Azwan, Nina, Qaisara dan Luna. Menyahut cabaran dari rakan kolej mereka untuk membuat research dan mendapatkan bukti bahawa hotel itu benar berhantu atau tidak. "Kau rasa 'mereka' benarkan tak kita keluar dari sini?"- Azwan "Aku takut... terlalu banyak syaitan wajah mengerikan dalam hotel ni!"- Nina "Ingat Allah. Sesungguhnya apa yang berlaku semua atas izin Allah. Kita makhluk Allah yang indah sempurna dan sebaik-baik ciptaan. Mereka tidak sempurna seperti kita. Zikir! Jangan tinggalkan zikir!"- Anaqi Dapatkah mereka keluar dari hotel berhantu itu? "Perjanjian harus ditepati! Jika tidak nyawa engkau semua melayang..." Dalam mereka berusaha, mereka terjumpa satu perkampungan. Mereka sangka mereka sudah selamat. Tetapi, lain pula jadinya apabila mereka berjumpa dengan Tok Jali. Apakah pengakhiran cerita ini? Dapatkah tujuh sekawan itu keluar dari tempat 'keras' itu? Nantikan... Jangan lupa baca, komen dan vote 😘 Terima kasih ❤️ #amazingbooksaward20 #shiningstaraward2021 Karya > Ikasyafiqah1 © HAK CIPTA TERPELIHARA
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,422
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
NOXIOUS by eiffelynne
eiffelynne
  • WpView
    Reads 29,483
  • WpVote
    Votes 2,729
  • WpPart
    Parts 48
[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragut lebih 70 nyawa tidak berdosa, kawasan galian itu terpaksa ditutup dan dirahsiakan tanpa diberitahu sebab-sebabnya. Kes langsung ditutup dan dibiarkan misteri. Kini, kawasan tersebut dibangunkan sebuah bangunan pendidikan diberi nama Universiti Intelektual Prima Perdana. Sebuah bangunan pendidikan teknologi terulung di Malaysia. Namun ada rahsia besar tersimpan kemas pada bangunan gah itu. Rahsia yang meletakkan status keamanan dalam bahaya.
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed) by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 39,502
  • WpVote
    Votes 2,896
  • WpPart
    Parts 48
#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan kisah 1000 tahun selepas Fu Hann Li menghilangkan diri kerana kematian Huo Xynn Ri. Mengisahkan tentang seorang gadis yang mana kehidupannya tidak diingini oleh dunia. Semua yang dilakukan olehnya menjadi satu kesilapan, menyebabkan dia sentiasa mencari perhatian dengan berbuat nakal. Namun segalanya berubah saat dia menyambut hari kelahirannya yang ke 1000 tahun...