HanimBam's Reading List
83 Geschichten
KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024) von Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024)
Syaf_Asriqa
  • GELESEN 1,543,143
  • Stimmen 16,393
  • Teile 14
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π’‰π’‚π’”π’Šπ’ π’Šπ’Žπ’‚π’ˆπ’Šπ’π’‚π’”π’Š π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’”π’†π’Žπ’‚π’•π’‚-π’Žπ’‚π’•π’‚. π‘Ίπ’Šπ’π’‚ π’‰π’π’“π’Žπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’šπ’‚π’π’ˆ 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 π’‘π’†π’“π’„π’–π’Žπ’‚ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’Œπ’‚π’π’Šπ’‚π’ π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ π’•π’Šπ’…π’‚π’Œ π’Žπ’†π’Žπ’‘π’π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š. π‘»π’†π’“π’Šπ’Žπ’‚ π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π™Άπ™΄π™½πšπ™΄: πš‚π™°π™³ πšπ™Ύπ™Όπ™°π™½π™²π™΄/πšƒπšπ™°π™Άπ™΄π™³π™Έ/π™°π™²πšƒπ™Έπ™Ύπ™½ π™Όπš„π™»π™°: 18 𝙼𝙴𝙸 2023 πšƒπ™°π™Όπ™°πšƒ: 6 π™Ήπš„π™»π™°π™Έ 2023
MY ENCIK TENGKU von nsyafaz_
MY ENCIK TENGKU
nsyafaz_
  • GELESEN 3,294,552
  • Stimmen 85,829
  • Teile 58
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia kaki perempuan, Dan dia juga menyakitkan hati. Perempuan yang kuat malah tidak pernah mengalah dengan apa yang ditimpanya. Dicaci, dihina, dikutuk tetapi bangkit mempertahankan dirinya. -Syabella Iris Ego yang tinggi menggunung, tidak pernah mengerti perasaan orang dan sentiasa inginkan kemenangan bagi pihaknya. -Tengku Harris Zarul Rumah tangga yang dirancang keluarganya tidak pernah mencapai erti kata bahagia sejak awal perkahwinan lagi. Banyak masalah yang dihadapi rumah tangga mereka. Bagaimana dengan pengakhiran cerita rumah tangga Harris dan Bella? Bahagia atau derita? Mampukah Bella menerima apa yang berlaku pada dirinya? ✨✨✨ #21 in romance - 01 June 2017 #16 in romance - 03 June 2017 #15 in romance - 18 June 2017 #12 in romance - 12 June 2017 ©️Published : 2017 ©️Editing updated : 25/2/22 🚫AMARAN ⚠️Kalau boleh jangan baca sebab saya rasa cerita ni klise, tatabahasa terabur, jalan cerita biasa- biasa. Banyak mengarut. Masa menulis dulu masih tak ada ilmu penulisan lagi. Menulis untuk have fun sahaja :)
JIBRAEL von NovelisSuciHidayat
JIBRAEL
NovelisSuciHidayat
  • GELESEN 61,978
  • Stimmen 676
  • Teile 11
"Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak." - Ku Jibrael. Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. "Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael." - Dara Adalia. Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?
Hati Yang Tersakiti (Complete)  von lavenderyana
Hati Yang Tersakiti (Complete)
lavenderyana
  • GELESEN 812,729
  • Stimmen 24,963
  • Teile 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🀭🀬πŸ€ͺ P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni πŸ˜”πŸ˜£
Kontrak Cinta Kita Β© von nurulshazliyana
Kontrak Cinta Kita Β©
nurulshazliyana
  • GELESEN 1,537,728
  • Stimmen 36,859
  • Teile 41
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang kedua tidak seteruk pertama, jadi dia membuka peluang untuk filza merebut hatinya kembali melalui ' kontrak cinta ' Berjayakah filza merebut hati suaminya itu ? Apakah makna kontrak cinta itu ? Rank : #34 in Romance by 26 Nov 2017
( Completed ) Bahagia Yang Terhenti . von Deheara
( Completed ) Bahagia Yang Terhenti .
Deheara
  • GELESEN 2,095,884
  • Stimmen 47,444
  • Teile 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan segala impian dan angan angan aku . Kenapa mesti kau bina bahagia atas derita wanita lain" - Dayyan Ariz " Jangan sampai suatu saat nanti bila senyum dan bahagia saya bukan lagi kerana awak dan jangan salahkan takdir bila peluang kedua bukan dipihak awak " - Ameena Fatima " Dayyan Ariz hak saya , saya cuma pinjamkan dia sekejap sahaja supaya masalah dia selesai . Awak tak tahu macam mana tekanannya dia untuk menghadapi semua masalah ini dan berapa kecewanya dia saat dia terpaksa bernikah dengan awak . Disaat susah dah senang , cuma saya yang setia disisinya" - Raisha Irdina Perkahwinan tanpa kerelaan dan cinta tidak mungkin memberi kebahagian . Namun bila takdir mengatasi segalanya . Ia tetap perlu dihadapi . Mampukan Ameena Fatima mengecapi kebahagiaanya sendiri ? Mampukah dia menjadi satu satunya wanita yang dicintai Dayyan Ariz disaat ada wanita lain yang jauh lebih hebat telah lama terlakar dalam hidup lelaki itu . Dia hadir sebagai orang asing dan kekal sebagai orang asing meskipun segala usaha telah dilakukan . Dia sedar dia tidak sepatutnya hadir dalam hidup lelaki itu . Segalanya berbalik pada dirinya disaat dia terluka dia perlu kuat dalam kata lain berpura pura kuat . Hidup mesti diteruskan kerana itu pilihannya .
Mr.Kidnapper, My Husband [Completed] von zaati27
Mr.Kidnapper, My Husband [Completed]
zaati27
  • GELESEN 1,373,377
  • Stimmen 41,992
  • Teile 40
[#Wattys2016] "Pulp!" Seseorang menutup mulut Raisha sehingga dia pengsan "Kau nak apa ha?" Soal Raisha yang masih diikat pada kerusi "Aku nak kau kahwin dengan aku kalau kau tak nak I'll make your life hancur do you want?" Dia gila ke apa? Culik aku lepastu sesenang nak ajak kahwin fikir ni drama? P/s: sorry tak reti buat sinopsis, first penulisan saya memang teruk but i'm try mantapkan lagi. Please support this is my first book ✌ Complete βœ”βœ”
πŒπ‘π’ 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 π€π€π‘πˆπ’ Β© von roseeeorchid
πŒπ‘π’ 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 π€π€π‘πˆπ’ Β©
roseeeorchid
  • GELESEN 1,031,630
  • Stimmen 59,638
  • Teile 76
πŸπŸ“πŸπŸ“πŸπŸπŸπŸ/πŸπŸπŸŽπŸ“πŸπŸ πŒπ‘π’ | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 π€π€π‘πˆπ’ | π’π˜π€π‘πˆπ…π€π‡ π€πˆπ‘π„π„π. Satu kejadian yang membawa trauma dalam dirinya terjadi berturut-turut dalam hidup telah diselamatkan oleh seorang lelaki iaitu Zulqadree Aaris. Menyelamatkan gadis itu memberi kesan perasaan ingin melindungi dalam diri Zulqadree dan dia berhasrat ingin mengambil gadis itu jadikan isterinya, satu hari nanti. Tetapi takdir Allah SWT yang menentukan mereka semula melalui abang gadis itu sendiri iaitu kawan dan business partner kerjanya. Siapa sangka kan? Hanya disebabkan Mama Papa gadis itu ingin menunaikan Umrah di Mekah, maka mereka disatukan. ❛❛Ma.. ape semua ni? Kenapa kita ke masjid ni?❞ ❛❛Kamu akan berkahwin, sayang❞ Terkejut adalah perasaan yang hadir setelag mendengarkan perkataan itu. Kahwin. Bukan dia tidak mahu tetapi dia cuma takut apabila terjerat dalam perkhawinan boleh kuatkan lagi perasaan truama dalam dirinya. Trauma yang mengakibatkan dia takut dan lemah pada sifat kejam dan baran seorang lelaki. Sifatnya yang kurang seni bela diri dan lemah itu membuatkan truamanya tercipta. suami dayus... dia takut jika ini dia dapat jika berkahwin tapi apa yang dia bayangkan sebenarnya tidak berlaku apabila suaminya lain dari yang lain. Zulqadree... seorang suami yang suka mengambil hati apetah lagi terlatahnya yang menghiburkan dan soft spoken. Tidak seperti lelaki lain. ❛❛Kalau tak pandai masak takpe, boleh belajar sayang. Tahu tak belajar dengan siapa?❞ ❛❛Dengan chef lah❞ ❛❛Dengan abang, sayang❞ Siapa sangka suami yang dia anggap seorang yang lembut hati budi padanya juga punyai kisah silam yang sebenarnya diri lelaki itu seorang yang baran? "Saya rindu suami saya yang dulu... " "Dia dah takde. Suami kau yang dulu adalah aku"
HIS MAFIA SIDE [C] von amnahsyarim
HIS MAFIA SIDE [C]
amnahsyarim
  • GELESEN 465,982
  • Stimmen 14,190
  • Teile 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?
SAYANG, MAAFKAN AKU [C] von amnahsyarim
SAYANG, MAAFKAN AKU [C]
amnahsyarim
  • GELESEN 2,185,593
  • Stimmen 41,069
  • Teile 55
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar derita. Ditinggalkan lelaki yang kononnya sayang padanya. Bukan setakat itu, dia ditinggalkan setelah terlahirnya anak 'luar nikah' di atas bumi ini. Perasaan cinta bertukar dendam. Zaquan mencari jalan untuk menjerat perempuan itu ke dalam perkahwinan. Kesakitan yang ditanggung tidak mampu dileraikan. Lapan tahun hidup diselubungi derita tatkala kekasih hati pergi mengikut lelaki lain. Luka kian berdarah, apabila wanita itu melahirkan anak luar nikah. "Saya rela jadi perempuan simpanan awak asalkan awak bantu saya bayar kos pembedahan jantung Ilman." - Armaya. "Kalau dah pelacur, selamanya pelacur. Anak luar nikah tu sepatutnya mati." - Zaquan. Perkahwinan yang terjalin semata-mata untuk menyelamatkan si anak yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Walaupun berstatus luar nikah, dia tetap menyayangi anak itu. Demi kesembuhan si anak, Armaya rela harga dirinya diperjudikan. "Kalau aku nak, kau kena bagi. Lagi satu, jauhkan anak haram tu daripada aku. Jijik!" - Zaquan. "Jika benci di hati masih menebal untuk saya, lepaskan dekat saya. Ilman tak salah," - Armaya. Hubungan yang sedia retak menanti belah bertambah parah dengan sekembalinya lelaki itu. Kembali untuk menuntut si kecil. Armaya terngadah. Zaquan tersenyum. "Aku boleh bagi kau anak yang comel-comel. Serahkan saja anak haram tu pada ayah dia," - Zaquan. Mampukah Armaya menempuh dugaan yang menimpa dirinya? Mampukah Armaya memecahkan dinding kebencian di hati lelaki bergelar suami? Adakah si kecil mampu diselamatkan?