Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
gurllever's Reading List
2 stories
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[Bakal Terbit] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 140,900
  • WpVote
    Votes 773
  • WpPart
    Parts 1
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Sejak melarikan diri dari rumah anak yatim bersama adik angkatnya, Mawar, Luth membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Hidupnya jauh dari Tuhan tanpa lintasan untuk bertaubat, hinggalah Mawar membuat satu keputusan. "Abang izinkan atau tak... Mawar tetap akan kahwin. Abang hiduplah sampai mati dengan kehidupan macam ni." -Mawar- Dia mampu kuat walau seluruh dunia menzaliminya, tetapi tidak untuk kehilangan Mawar - bunga ros merah dalam hidupnya. MAHFUZ. Hidupnya selama ini terpelihara daripada noda dunia. Namun, benteng yang dibina sejak kecil runtuh sekelip mata dengan kehadiran seorang gadis berpurdah bernama Balqis. Pada detik yang sama, hadir seorang lagi - gadis yang tulus ingin berhijrah. "Ummi awak kata awak hampir setiap hari bagi kuliah subuh dekat sini. Saya pun datanglah... nak tengok majlis ilmu ni." -Fatihah- Fatihah seorang yang baik. Cuma, dia bukan dambaan Mahfuz seperti Balqis. Dan kerana dua nama ini, lahir sebuah konflik yang merobek dadanya. LUTH & MAHFUZ. Dua pemuda dari dunia yang berbeza, tidak pernah saling mengenali. Saat semuanya hancur, takdir menemukan mereka dan menukar segalanya. Untuk seketika... Luth menjadi Mahfuz. Mahfuz menjadi Luth. Dalam meniti jalan kembali kepada-Nya. *** support my new story i ll try to reply each comments from you! start : 17 sept 2020 end : 13 oct 2020
HERO by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 12,798
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela. Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal. Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi. Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust. Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!