MuzakkirZukhi4's Reading List
15 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,148
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Hikayat Suri & Sang Tembaga by lokmanmustafa
lokmanmustafa
  • WpView
    Reads 5,310
  • WpVote
    Votes 182
  • WpPart
    Parts 24
SINOPSIS SST Kali terakhir kami sekeluarga pulang ke kampung, Abang Rahim berkata seorang nelayan sungai terjumpa parang panjang yang terukir nama ayah di bilahnya. Nelayan tersebut akan menyerahkan parang tersebut kepada Abang Rahim untuk disampaikan kepada saya. Seingat saya, ayah tak pernah menceritakan tentang parang panjang tersebut serta kegunaannya. Apa-apapun, saya akan menjaganya dengan baik sekiranya parang tersebut dipulangkan kepada keluarga kita nanti. Ayah, Saya tetap akan ingat segala ilmu yang diwariskan kepada saya. Yang paling utama seperti ayah terangkan dahulu ialah ilmu agama. Di kalangan anak-anak kami pula, saya lihat Rayyan paling cenderung ke arah meminati perkara-perkara yang sama. Saya pasti ayah akan turut teruja dengan kebolehannya yang kini berusia 9 tahun. Mungkin ilmu yang ayah ajar kepada saya akan diperturunkan kepada Rayyan pula. HIKAYAT SURI & SANG TEMBAGA merupakan karya fiksyen sulung Lokman Mustafa khusus buat pembaca-pembaca muda berlatarbelakangkan kisah kehidupan masyarakat di tebing Sungai Jelai di pedalaman Negeri Pahang dengan kehadiran seekor buaya mistikal.
Sang Purba by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 3,847
  • WpVote
    Votes 143
  • WpPart
    Parts 8
Masanya sudah tiba! Kuasa hitam sudah bangkit! Kuasa yang akan memusnahkan dunia jika tidak dihalang! Dato Saufie segera mengumpulkan manusia yang telah ditakdirkan menentang Sang Purba yang dibantu oleh Tar dan Nyi Ratu Kidul. Pengembaraan mereka bermula menyelusuri alam bunian, bertemu naga Tasik Chini, berdepan dengan hantu gigi jarang dan menentang tentera junta Myanmar. Mampukah Dato Saufie mencari serta meyakinkan Haziq, Aiman Aklaken, Raiqal, Salim Bach dan Shikin menentang makhluk durjana yang dibangkitkan apabila sumpahannya terlerai? Berjayakah misi mereka menentang Sang Purba?
The Second Warriors [C] by yuyun309
yuyun309
  • WpView
    Reads 367,384
  • WpVote
    Votes 22,075
  • WpPart
    Parts 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku padanya. Dan seorang lelaki yang mengatakan dirinya datang dari dunia lain. Bolehkah dia percaya? Kisah pengembaraan, persahabatan, dan juga cinta Kayna Silveria yang baru bermula di dunia barunya.
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 309,089
  • WpVote
    Votes 24,028
  • WpPart
    Parts 84
Dunia, sentiasa berputar menunjukkan bulan dan matahari kepada setiap makhluk bernyawa. Dan selama itu jugalah aku hidup, mencari ketenangan diri dari memori silam. Hidup? Aku dah hidup untuk beratus tahun lamanya. Dah banyak perkara yang aku jumpa. Perang? Dah beribu perang aku ikut. Semua adalah kerana nafsu aku untuk membunuh. Aku tak pernah ada kawan sejati. Ibu bapa? Aku pun tak tahu di mana. Abang? Tak ada. Adik? Juga tak ada. Kembar? Ya, aku ada kembar. Kembar tak seiras. Sama macam aku, dia juga sudah hidup untuk beratus tahun lamanya. Malah, dia adalah kembar yang membesar dengan aku. Walaupun begitu, aku tahu apa tugas aku di muka bumi ini. Mengapa hanya aku dan kembar aku sahaja yang boleh hidup untuk beratus tahun lamanya. Mungkin untuk beribu tahun lamanya. Satu sahaja. Untuk menjaga keamanan dunia. Kau fikir senang? Kau seorang nak jaga satu pelosok dunia. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tahu, untuk beratus tahun lamanya aku hidup. Kisah aku mungkin bermula di sini.
Pahlawan Silam [Tamat] by PutraLegacy
PutraLegacy
  • WpView
    Reads 97,553
  • WpVote
    Votes 4,513
  • WpPart
    Parts 69
Cover by:SashaChubby @myteddybeargomok. Kisah dendam kesumat yang berusia ratusan tahun dan ketamakan manusia mengejar ilmu duniawi. Pertembungan kuasa yang ampuh mencetuskan gelombang masa.Memerangkap dan mengirimkan dua jagoan ke masa hadapan. Bagaimanakah pengakhiran sengketa mereka?.... Baca sendiri untuk ketahui kesudahannya...hehehe. Salah dan silap mohon dimaafi. Wassalam.
Bidadari Pencabut Nyawa by RiduanJudin
RiduanJudin
  • WpView
    Reads 6,121
  • WpVote
    Votes 144
  • WpPart
    Parts 5
SINOPSIS Sejak tragedi pembunuhan yang berlaku beberapa tahun ke belakang, Hutan Nusawungu menjadi hutan 'mati'. Hatta, penduduk setempat yang mendiami mukim Lembah Perawan yang terletak berhampiran hutan itu, dihimpit perasaan takut dengan gangguan makhluk yang dipercayai 'pemilik' dan 'penghuni' Hutan Nusawungu. Pembunuhan Kamelia dan para gadis perawan di mukim itu menjadi satu tanda tanya dan misteri yang begitu sukar dirungkaikan. Kedatangan kumpulan kembara yang mengkaji populasi hutan di Ranau bagai membangunkan 'mereka' setelah begitu lama 'tidur' dalam lena. Semangat yang menghuni hutan itu mula mencari mangsa! Dendam, hambatan perasaan dan percintaan yang berakhir dengan darah! "Kau cinta matiku, Kamelia..." - Fedor "Antara dunia kita dan 'mereka', ada hijab yang memisahkan. Mana mungkin hati dapat bersatu." - Paduka
HININ by razeennin
razeennin
  • WpView
    Reads 684
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 32
Dalam kehidupan kita, bagaimana kita percaya cerita-cerita yang tidak munasabah? Adakah fantasi hanya sekadar fantasi yang dipenuhi kuasa magis? Ataupun fantasi yang mengajar kita sebuah teori, sebuah makna tradisi yang sejati? Danial merupakan seorang lelaki yang hidup dalam sebuah dunia realiti, normal seperti manusia lain sehingga kehadiran Khalif mengubah kehidupannya 180 darjah. Dia dikenalkan dengan pelbagai suku lagenda yang hanya menjadi cerita dongeng masyarakat pada zaman dahulu. Kemunculan Danial dalam suku Hinin menggemparkan dunia magis tersebut. Inilah perjalanan Danial Skarov, seorang aristokra muda atau wira terulung yang berusaha untuk mengembalikan kemananan yang tertanam lama. Tetapi kedudukannya terancam selepas kebangkitan seorang wanita bernama Lisa Auria yang menjadi tulang belakang puak Hijad. Darah-darah bagaikan lantai perperangan itu semakin bertambah. Mampukah Danial mencapai kata putus untuk menahan keamanan Hinin? Atau dia akan berlari, meninggalkan dunia magis yang runsing? Arjuna Skarov, pahlawan unggul Hinin.
ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1) by hana-joon
hana-joon
  • WpView
    Reads 14,898
  • WpVote
    Votes 751
  • WpPart
    Parts 52
Pada usia 16 tahun, Putra Najimi sudah menempuh lebih banyak penderitaan daripada orang dewasa. Dikaruniai dua kebolehan luar biasa - melihat masa depan melalui pandangan mata dan menyelami masa lalu dengan sentuhan - Najimi menyertai sebuah organisasi polis rahsia dan terus diangkat sebagai Ketua. Namun di sebalik pangkat dan kekuatan, hatinya digerakkan oleh dendam. Kakaknya dan sahabat baiknya telah dibunuh dengan kejam oleh seorang pembunuh bersiri, dan Najimi bertekad memburunya hingga ke hujung dunia. Dalam dunia yang penuh tipu daya dan bahaya, mampukah Najimi mengawal kuasanya, mempertahankan jiwanya, dan membongkar kebenaran yang disembunyikan? Dia tak mahu kuasa. Dia hanya mahu pembunuh itu. Teruskan membaca kisah ini - sebuah perjalanan gelap yang dipenuhi misteri, pengorbanan, dan perjuangan menuntut keadilan.
Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" by pena_beracun
pena_beracun
  • WpView
    Reads 3,237
  • WpVote
    Votes 92
  • WpPart
    Parts 15
Kisah fantasi tentang kehidupan seorang askar dalam misi untuk mempertahankan negara daripada kuasa asing.