RA IR
1 story
MEMORI KID AYUTTIKA (Lengkap) by TuahAduka
TuahAduka
  • WpView
    Reads 463
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 14
Pernah kalian terfikir bagaimana kehidupan sebenar manusia-manusia yang dicemuh dan dilihat hina pada sudut pandangan masyarakat? Kehidupan manusia-manusia yang hidup dalam persekitaran gangsterisme dan pelacuran? Jika jawapan dalam minda kalian 'tidak', kisah ini bukan untuk bacaan manusia mulia seperti kalian. Tak perlu buang masa untuk mendalami dengan rasa benci. Ini bukan kisah rekaan. Tapi, sejarah hidup yang lama tersimpan. Kisah yang dikarang tulis dengan memori manusia bernama Kid pittongkla. Anak kelahiran negara Gajah Putih. Namun, berdarah campuran melayu dari bumi Malaysia. Aku racist. (Dulu) Aku bencikan melayu dan sesiapa sahaja dari bumi Malaysia. Semuanya di sebabkan sejarah hidup aku sendiri. Namun, perjalanan takdir mendewasakan aku. "Senjata, persahabatan dan cinta." 3 perkara penting dalam hidup aku. Bertahun aku hanyut dalam dunia gelap. Hidup aku untuk duit. Tapi, sebuah ikatan persahabatan mengubah persepsi aku tentang melayu dan tujuan hidup. Dan, pertemuan aku dengan gadis istimewa bernama Ayuttika mengubah keseluruhan hidup aku. Dia ajar aku erti sebuah kehidupan. Dia juga buktikan bahawa duit bukan segala-galanya. Siapa Ayuttika? Dia gadis kelab atau lebih kalian kenali dengan gelaran pelacur. Ini kisah hidup aku dan Ayuttika. Kisah cinta yang ditakdirkan untuk aku oleh Tuhan (yang dulu aku nafikan kewujudannya). SETIAP MANUSIA JAHAT ITU PERNAH LAHIR SEBAGAI MANUSIA BAIK. Itu hakikat yang perlu kalian tahu dan hadam. Ayuttika, aku cintakan kau seorang - Kid pittongkla