zenriez's Reading List
4 stories
SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE) by Hafizah_Awang
Hafizah_Awang
  • WpView
    Reads 11,779
  • WpVote
    Votes 379
  • WpPart
    Parts 16
Della Elayna seorang gadis yang berwajah comel dan amat peramah . Dia merupakan seorang Anggota Polis yang ditugaskan di Jabatan Siasatan Jenayah | Detective . Satu hari , sepasukan Anggota Polis membuat Roadblock secara besar-besaran mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di 'Lorong Gelap' . Lantas dari itu mempertemukan dua insan yang hidup di dalam dua dunia . Marwan adalah seorang abang yang sangat menyayangi adiknya , Marwah . Apa saja yang Marwah inginkan , sama ada senang atau sulit pasti Marwan akan tunaikan . Tetapi , dia adalah seorang Mr.Mafia yang berhati dingin dan zalim . Mereka hidup berdua setelah kepergian orang tua kandung mereka . Tinggal lah Marwan memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada dia , iaitu untuk menjaga THE BLACK LEGACY . 'Roadblock' itu mempertemukan dia dengan seorang gadis comel yang merupakan seorang Anggota Polis . Marwan rasa dia telah jatuh cinta , tetapi bila melihat pada diri sendiri dia langsung ketawa . " Kau Mafia Wan! Kau tu pembunuh . Tak kan kau nak serahkan diri pada Polis perempuan tu hanya di sebabkan cinta? Jangan jadi bodoh! " Nick " Kau tahu apa itu cinta? Cinta adalah sebuah perkenalan yang tak pernah menginginkan pertemuan yang pahit lalu berakhir dengan air mata " Detective Della Mampukah Mr.Mafia mempertahankan cintanya terhadap Suri Hati itu? Dan mampukah Suri Hati itu mengubah laluan hidup Mr.Mafia? Semua misteri , segala persoalan dan pelbagai rahsia akan terjawab di dalam cerita ini 'Suri Hati Mr.Mafia'
Mencintaimu Mr.Photographer by aliyashafika
aliyashafika
  • WpView
    Reads 70,600
  • WpVote
    Votes 1,181
  • WpPart
    Parts 39
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat. "Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?" - Jemy Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal! "Saya nak kerja sini." - Aira Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta. "Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!" Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model. Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata. Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
Dunia fantasi: Twins (slow update) by Beflwrs
Beflwrs
  • WpView
    Reads 83,851
  • WpVote
    Votes 6,961
  • WpPart
    Parts 36
Rossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Rossie memiliki separuh kuasa bondanya dan separuh kuasa ayahandanya. Tanpa mereka sedar, ada rahsia yang mereka belum ketahui sehingga membuat mereka berteka teki. Dengan kehadiran pasangan masing masing, secara perlahan lahan rahsia tersebut terbongkar dan membuatkan mereka susah untuk membuat sesuatu keputusan. Dari mulanya rahsia terbongkar, timbul pergaduhan, salah paham, dendam dan kehilangan di dalam kehidupan mereka.
Gadis Berdarah Suci (C) by Beflwrs
Beflwrs
  • WpView
    Reads 1,047,523
  • WpVote
    Votes 57,492
  • WpPart
    Parts 106
Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal kerana kemalangan sewaktu ingin menyabut hari lahirnya. Tiada satu pun yang terselamat. Kehidupannya bertambah rumit setelah keluarganya meninggal dunia. Dia di hina dan di cemuh oleh orang sekeliling. Tiada yang sudi berkawan dengannya kerana mereka menganggap dia pembawa bala. Sehingga lah dia bertemu dengan anak buah atau anak jagaan ayahnya. Hidupnya berubah setelah dia pergi ke demensi lain iaitu negara wingstone.Apakah yang akan terjadi? Siapakah sebenarnya Gabriella Kattyrine? Hanya kisah dongeng.