PrinceNiz
- Reads 559
- Votes 14
- Parts 20
Full Story boleh dapatkan di ebook author ❤️
Aisha tidak pernah menyangka hidupnya akan musnah hanya kerana satu majlis makan malam di Adam Hotel. Pertemuan dengan Julion Adam - wajah malaikat namun jiwa gelap - menjadi permulaan kepada malam hitam yang terus menghantuinya.
Hanya kerana satu silap, seluruh dunianya ranap. Namun Aisha bangkit. Dengan hati yang patah tetapi tekad yang membara, dia berdiri mempertahankan diri, mengharap undang-undang mampu memulihkan maruah yang telah diragut tanpa belas.
Mampukah Aisha menuntut kembali maruahnya... dan melarikan diri daripada lelaki yang menganggapnya sebagai hak mutlak?
Atau sebenarnya... inilah permulaan kepada derita yang lebih gelap?
Kerana bagi Julion, menghancurkan Aisha tidak pernah cukup. Dia mahu memilikinya sepenuhnya. Mengikatnya. Menundukkan seluruh hidupnya. Dan dia sanggup melakukan apa sahaja... untuk memastikan wanita itu tidak pernah terlepas.
Namun apakah kesudahan mereka?