🖤:)
5 stories
Kerana Dia ✔  by ntshaqlh
ntshaqlh
  • WpView
    Reads 95,194
  • WpVote
    Votes 3,735
  • WpPart
    Parts 40
Hijrah untuk menjadi yang lebih baik sepatutnya kerana Tuhan yang Maha Esa tetapi tidak pada Hanna.. "Kau sepatutnya berubah kerana Allah Hanna.. Bukan kerana dia!" - Fifi. "Aku tahu! Tapi dia lah noktah mula untuk aku terus berubah. Kau kena faham Fi" - Hanna. Apakah Hanna akan sedar atas tindakannya? Apa yang sebenarnya membuatkan dia berubah?. Bacalah kalau nak tahu.. Idea asal : Siti Nurhamrah & Natasha Aqilah ----------------- Copyright © 2018 by Cik Orange & Mairah148 Do not copy our work ♡
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 716,754
  • WpVote
    Votes 26,735
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
TARBIAH(✔️) by RezzaAhmad
RezzaAhmad
  • WpView
    Reads 4,987
  • WpVote
    Votes 1,186
  • WpPart
    Parts 82
"Ingatlah Allah diwaktu lapangmu, Maka Allah akan mengingatmu di kala sempitmu" Hari-hari adalah hari baru selagi degup jantungmu masih berlagu. Hari-hari adalah hari koreksi kesilapan lalu. Biar di penghujung hari sebelum lena semalam kiraanmu mancecah sejuta satu, hari ini kamu mengira semula bermula dari satu. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U pada tiap salah laku. ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ #buku 365- Dr.Anwar Fazal # semoga bermanfaat. #naufal. Isa
Nilai RM20 by khaisaupi
khaisaupi
  • WpView
    Reads 503,342
  • WpVote
    Votes 38,335
  • WpPart
    Parts 64
Status : COMPLETE CINTA itu buta. Tapi tidak bagi seorang gadis bernama Saila. Bukan calang orang yang dia angkat sebagai teman lelaki. 1. Harta 2. Rupa Lulus kedua-dua syarat ini, hati lelaki itu bakal ditawan. Namun prinsipnya runtuh apabila ada yang datang kembali dalam cerita hidupnya dengan membawa syarat yang ke-3. Syarat yang bisa menggoyah jatuhkan permainan seorang Saila. AGAMA. 'Apalah sangat 20 ringgit tu sedekah untuk masjid. Pahala jadi tukaran' -Lukhman Faiz- Kerana not RM20 tercetusnya satu perkenalan yang membawa kepada masa silam. 'Hanya seorang sahaja yang saya kenal akan masukkan RM20 ke dalam tabung surau. Dan saya yakin, awak orang yang saya kenal' -Lukhman Faiz- 'Semua orang boleh jadi seseorang itu. Maaf, tapi awak salah orang' -Saila Humaira- Dan sekali lagi, kerana RM20 mereka dipertemukan kembali. Mungkinkah pertemuan kali ini akan membawa kepada masa depan atau sebaliknya? p/s : story line collaboration @harsazzreen #karyakelima
Demi Peluang Kedua (✔) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 1,434,102
  • WpVote
    Votes 38,880
  • WpPart
    Parts 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!