horror story(malay)
18 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,239
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Kisah Seram Malam Jumaat - Selfie by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 1,181
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 4
"Hati yang kosong akan sentiasa inginkan perhatian manusia lebih daripada perhatian Tuhan."
Kisah Seram Malam Jumaat - Deejay by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 293
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 4
"Janji kau akan aku simpul hingga kematian menjemputmu!"
Projek Seram Cermin - Rasukan Ayunindya by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 122
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
"Ku bawa kau dalam matiku!" Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya?
Projek Seram Mitos - Miyongkkae by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 626
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 7
"Kecantikan itu akan membunuhmu!" Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Semenjak melakukan mandian miyongkkae tersebut, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan. Mampukah dia lari dari kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?
PROJEK SERAM RESTROOM - SERIAU by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 424
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 6
"Jangan biar ia menguasai diri." Mak Andak tidak disenangi penduduk Kampung Serumpun sejak dulu lagi kerana mengamalkan ilmu hitam. Tiada siapa yang mampu menghalau Mak Andak dari kampung itu. Sehingga terjadi satu kemalangan yang menyebabkan Sarah terpaksa pulang ke kampung itu dan membawa Salina bersamanya. Sarjan Khalil yang mendapat laporan mengenaidengan kehilangan binatang ternakan di Kampung Serumpun menjadi hairan apabila semakin dia membuat siasatan, semakin dia merungkai misteri kisah Mak Andak.
Projek Seram Pokok - Makkar by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 358
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 7
"Jika percaya kata-katanya, maut padahnya." Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di Pulau Penantian. Program mencari harta karun adalah satu taktik untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke pulau yang indah itu. Namun, setelah mereka sampai ke sana sesuatu telah berlaku. Tanpa mereka sedar ada makhluk yang sentiasa merayap di pulau itu sambil memburu mangsanya. Jika tersalah langkah maut padahnya. Berjayakah mereka keluar daripada pulau itu dengan selamat ataupun hanya maut sahaja jalan keluarnya?
Projek Seram Mitos - Maryati by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 509
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 7
"Pabila keangkuhan memakan diri, kemaafan dituntut sehingga mati!" Hidup Sastra dipenuhi perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang. Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati?
Projek Seram Highway - Gangguan by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 3,529
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 7
"Yang mati tak semestinya pergi." Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampongan di Kedah. Satu susuk wanita jubahan putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya dia, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan marah. Siapakah perempuan itu? Mengapa dia terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang dia mahukan?
PROJEK SERAM CINCIN - KHADAM by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 1,020
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 7
"Dia hak aku!" Mimpi-mimpi aneh yang diterima Wanda setelah tiga bulan meninggalkan Kampung Serindit Emas seringkali mengganggu tidurnya. Semenjak dia didatangi mimpi-mimpi tersebut, hidupnya dirasakan tidak tenteram. Dia seringkali merasakan ada sesuatu yang sentiasa mengekori langkahnya. Pertemuan antara Wanda dan Seirra merungkaikan segala-galanya. Mampukan Wanda melepaskan diri dari gangguan mimpi-mimpi aneh itu? Mampukah Seirra untuk membantu Wanda dari terus-terusan diganggu? Tanpa sedar, ada dendam yang bersimpul di hati. Ada mata-mata ghaib yang sentiasa memerhati!