lek's Reading List
58 stories
CODE NAME SHARK (Published) by sara_aisha
sara_aisha
  • WpView
    Reads 20,494
  • WpVote
    Votes 994
  • WpPart
    Parts 12
HIGHEST RANKING: #1 in action-thriller (28/10/2020) #1 in romance (7/1/2021) #2 in fiksyen (9/2/2021) #5 in suspens (28/10/2020) ****** NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN - Sinopsis belakang buku: 2020. BLUE OPERATION Objektif: Menggagalkan rancangan gila Pharma Art untuk menghasilkan senjata biologi paling berbahaya di dunia Misi: Menjejaki dan melindungi orang yang menyimpan rahsia formulasi terakhir Blue Anthrax Sasaran: Dr. Indira Rao Dia ialah wanita berbahaya. Dia ialah wanita yang dikatakan sudah mati. Namun, kemunculannya secara tiba-tiba di Kota Semporna telah menggegarkan segala-galanya. Pharma Art mahukan dia semula! The Shadow tidak akan biarkan itu berlaku! "Kita kena sampai dulu kepada dia. Protect her and bring her back." Arahan sudah diterima. Shark tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja demi melaksanakan misinya. Bagi dia, wanita itu adalah satu-satunya kunci demi menamatkan segala kegilaan Pharma Art. Namun... Berdepan dengan seorang Indira Rao, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu keras dalam caranya tersendiri. "Don't mess with The Shadow, Dr. Indira Rao." "Kenapa? Kau nak seksa aku sampai aku buka mulut?" Tidak cukup dengan itu, muncul pula lelaki itu. Yang tidak akan pernah berhenti, hingga Indira jatuh ke dalam genggamannya. "They have my woman. Dan itu adalah apa yang aku tak boleh maafkan." Masa semakin suntuk. Shark semakin terdesak. Dia perlu membawa Indira pulang ke ibu pejabat secepat mungkin! Malangnya, dia tersilap perkiraan. Indira jatuh ke tangan lelaki itu. Kini, terpulang kepada dia untuk menyelamatkan Indira dan menamatkan semuanya hingga ke kata noktah. Kerana sesungguhnya, seorang Shark ialah... "Aku ni jenis lelaki yang akan korbankan nyawa aku untuk kau."
CODE NAME COBRA (Published) by sara_aisha
sara_aisha
  • WpView
    Reads 52,175
  • WpVote
    Votes 2,725
  • WpPart
    Parts 11
HIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in secrectagent (18/11/12019) #3 in actionpacked (18/11/2019) #3 in suspens (8/2/2021) #8 in action-thriller (11/11/2019) ******** NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN - Sinopsis belakang buku: 2019. RED OPERATION Objektif: Jatuhkan ketua paling tinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society Misi: Menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun Sasaran: Athena Li "Athena? As in... the Greek goddess?" "Lebih tepat lagi, the goddess of war." Bagi Kai, dia tidak peduli. Sama ada wanita itu ialah dewi peperangan atau pun tidak. Yang pasti dia ialah Cobra. Salah seorang hacker terbaik di Malaysia, merangkap salah seorang ejen terbaik dalam organisasi rahsia, The Shadow. Dia akan menyeludup masuk macam ular, dan akan keluar macam ular. Tiada siapa yang tahu, kecuali bila mereka mati terkena bisanya. Namun... Berdepan dengan seorang Athena Li, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu benar-benar cocok dengan namanya. Dingin, keras, bijak, manipulatif dan... kejam. "Huh, berlagak malaikat!" "Malaikat? Tak. Kenapa aku nak jadi malaikat, kalau aku boleh jadi syaitan?" Tidak cukup dengan itu, Athena membuat sesuatu. Tidak terjangkau dek akalnya. Tidak terduga oleh The Shadow. Misi mereka dalam bahaya. Lebih-lebih lagi, bila Athena menjatuhkan bom paling besar. "Nice to meet you. I am..." Sekarang, apa yang akan berlaku? Bila Kai bukan setakat perlu menjayakan misinya, tetapi juga perlu berdepan dengan Athena. Lagi haru, bila dia mula menyedari... bahawa sesungguhnya, dia sudah jatuh cinta pada wanita berbahaya itu.
Maktub by ash-hrayra
ash-hrayra
  • WpView
    Reads 4,170
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 3
Sekuel sambungan kisah Amir Talhah dalam novel pertama Mato, Hiatus yang diterbitkan pada tahun 2018. "Semoga dalam perjalanan cerita takdir ini, ada satu bab tentang bahagia tertulis untuk aku." Maktub mengisahkan tentang seorang graduan perubatan yang bergelut dengan emosi sendiri. Amir Talhah yang sama yang ingin membina nama dan kerjaya, Amir Talhah yang sama yang ingin merasa kasih dan cinta, Amir Talhah yang sama juga yang terlalu lama memendam segala rasa amarah, sedih dan kecewa. Amir Talhah yang sama juga yang menghancurkan semua yang cuba dia bina. Kalau dulu aku minta kau jaga rahsia aku, biar kali ini aku buka semua. Ceritakan saja, kau tak perlu jaga. Kau juga yang terlalu memaksa untuk aku tuturkan saja, singkap segala rahsia. Sebab pada akhirnya, aku tetap kalah dengan aku. Jadi biar kali ini kau tahu, kalah ini pilihan aku. Selamat datang ke dalam dunia Amir Talhah, dunia di dalam dunia, yang di dalamnya ada lagi dunia.
Lelaki Astatine by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 573,895
  • WpVote
    Votes 35,220
  • WpPart
    Parts 26
Ardean Tufail X Eshal Elzahra
E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 188,517
  • WpVote
    Votes 4,964
  • WpPart
    Parts 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pilihan Pertama (Spin-off novel Dia Tetap Sempurna) ++ Ebook hanya boleh dibeli melalui laman web sahaja. Untuk pembelian, sila ke https://wasep.me/sinuraz-enterprise Link ada dikongsi di profile wattpad.
The Unsung Hero - Wira Yang Tak Didendang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 23,117
  • WpVote
    Votes 392
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: The Unsung Hero Wira Yang Tak Didendang Penulis: Melur Jelita Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-80-2 Harga: RM38 (Semenanjung) // RM41(Sabah & Sarawak) Kissing cousin? Huh?! Bagi Deraman tak berdosa. Bagi Blackswan, sangat berdosa! Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. Sombong menonggek! Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih! Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda. Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula… Maryam : “Hutang boleh?” Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.” “Apa bunganya?” “Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.” ****** Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.” Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”
Lamaran Kedua by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 26,250
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Lamaran Kedua (Terbitan Semula) Penulis: Ma Lee Chuswan Muka Surat : 368 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-009-0 Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak)
SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG? by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 46,102
  • WpVote
    Votes 1,043
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG? Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-038-0 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) TERBITAN EKSKLUSIF - AKAN MULA DIJUAL DI EKSPO BUKU MALAYSIA 2016 bermula 14-18 Disember 2016. BILIK KEDAH & JOHOR. PWTC Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka... Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.
CIK JULIET DAN ENCIK ROMEO by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 62,018
  • WpVote
    Votes 1,395
  • WpPart
    Parts 15
Harga : RM 21.00 (SM) // RM 24.00 (SS) Penulis : Airisz Terbitan : Karyaseni AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang 'terror' bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya. Dan akhirnya dia kembali semula. "Saya cabar awak, Awah. Terima saya kali ni. Biar kita diikat dengan ikatan perkahwinan. Saya mahu buktikan saya mampu bahagiakan awak dan saya mampu jaga awak dengan baik. Berilah saya peluang untuk buktikan sesuatu pada mak awak." Rupa-rupanya, ada dalang di sebalik kehilangannya. Siapa dalangnya? Orang yang aku tak kenal atau orang yang aku kenal? Macam ada rahsia di sebalik semua ini. Tapi apa?
AKU ADA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 29,263
  • WpVote
    Votes 767
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Aku Ada Penulis: Syu Ariani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-078-6 Muka Surat : 544 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2018