💞 love 💞
42 stories
Fall for Me! - [FȺĦIM] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 1,999,222
  • WpVote
    Votes 96,641
  • WpPart
    Parts 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan dengan rakan yang lainnya. Sikap pemalu Fahim buatkan mereka yang lainnya jadi pening kepala. Lantaran itu Rash membuat keputusan untuk menyatukan adik perempuannya dengan kawan baik dia sendiri. "Kahwin dengan Fahim", - Firash Amril Hendak menolak, sudah tentunya Alfia tak sampai hati. Apatah lagi apabila dia melihat wajah bersungguh abangnya sulungnya. Justeru itu, Alfia sudi hulurkan tangan untuk berkahwin dengan Fahim. "Tempat kau kat situ. Tempat aku kat sini. Jangan robohkan benteng kita!" - Iqbal Fahim Mahu atau tidak, Alfia terpaksa menjadi nakal. Dia harus buat Fahim jadi seperti lelaki lainnya. Tapi dia tak mampu hendak nafikan perangai Fahim adakala menghiburkan juga! "Aku akan goda kau. Aku akan buat kau lupa yang kau tu pemalu!" - Alfia Nasuha "Aku akan tunggu", - Iqbal Fahim Berjaya tak agaknya si nakal Alfia menggoda Fahim? Nakal - nakal dia bukan perkara yang biasa. Nakal - nakal dia boleh buat Fahim jatuh cinta! ------------- Start; 7/5/2020 End; 2/6/2020 ------------- •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDAILAH MERAYU DI PADANG MASYAR NANTI / SAYA AKAN REPORT PADA PIHAK WATTPAD! •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• Sweety cover by @frggie ●Cerpen Farhah: 10 chap + 1 special chapter●
IZARA AURORA [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 817,567
  • WpVote
    Votes 24,454
  • WpPart
    Parts 72
Raja Ammar Ghibran 💕 Tengku Izara Aurora Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang dua tahun bergelar isteri kepada Raja Ammar Ghibran tak pernah sekali dia merasa bahagia. Apa yang dia rasa hanya lah cacian, makian, hinaan dan pukulan yang tidak henti. Bagi Raja Ghibran pula. Perkahwinan ini tidak sepatutnya terjadi. Perkahwinan ini adalah satu kesalahan. Apa lagi dikahwinkan dengan wanita bernama Tengku Izara Aurora. Perempuan yang tidak pernah dia bayangkan. Bukan tidak cantik. Dia akui, Tengku Izara sangat cantik. Bahkan lagi cantik dari perempuan-perempuan yang dia jumpa dekat luar sana. Tapi, dia sendiri tak tahu kenapa dia tak boleh menerima Tengku Izara sebagai isterinya. Runtun hati Tengku Izara apabila melihat sendiri suaminya membawa pulang perempuan ke rumah mereka dan membuat hubungan terlarang tersebut. Bila ditegah, badan Tengku Izara akan menjadi sasaran. Habis lebam satu badan. Sehingga lah terjadi satu kejadian di mana Tengku Izara membuat keputusan untuk pergi dan bawa diri jauh dari Raja Ghibran. Akankah hubungan rumah tangga Raja Ghibran dan Tengku Izara dapat diselamatkan? Akankah Raja Ghibran berubah selepas pemergian isterinya itu? Start : 25/8/2023 End : 30/10/2023
Raz - Sekali Lagi Cinta [C] (The Men Series : Book 1) by fhyuri
fhyuri
  • WpView
    Reads 931,979
  • WpVote
    Votes 30,832
  • WpPart
    Parts 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semakin dewasa. Dan terlebih dewasa bila si anak bertindak pinangkan kawan baik sendiri untuk dijadikan mak tiri. Apakah Amelia tidak sedar yang jarak umur dia dan gadis yang dipinang itu hampir menjejak 20 tahun? Dan yang paling mengharukan, usia bakal isteri nya itu sebaya anak sendiri? Oh Tuhan! Start date: 29 Jul 2024 End date: 3 Sep 2024
MELODI TERINDAH(COMPLETE) by aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Reads 77,034
  • WpVote
    Votes 3,395
  • WpPart
    Parts 64
Kisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia bersama gadis comel yang bernama Hanan itu dengan lamaran pertamanya, tiba-tiba satu rahsia besarnya terbongkar menyebabkan gadis itu dari cinta bertukar benci terhadapnya. Pelbagai konflik yang terjadi dalam hidup Ahmad Wahyu dan Hanan Falisya. Dugaan demi dugaan terus belenggu hidupnya. Konflik dengan keluarga, putus tunang, kemalangan yang melibatkan nyawa, mimpi pelik. Dan apakah kesudahan kisah hidupnya?Adakah Wahyu akan mendapatkan kembali cintanya yang telah hilang itu?Adakah konflik antara dia dengan keluarganya berterusan tiada berpenghujung? Dan apakah punca kemalangan yang melibatkan nyawa itu?Adakah ada kaitan dengan Hanan?Mimpi apakah yang mengganggu tidurnya saban malam? "Aku berharap cinta kita seindah melodi yang tercipta"-Wahyu "Aku berharap melodi terindah itu sentiasa mengiringi kisah cinta kita hingga ke akhirnya."-Hanan Hanya dengan sebuah lirik cinta yang terindah tercipta telah menyatukan mereka berdua. Dan apa akan terjadi seterusnya? Pelbagai persoalan bermain diminda.Jika ingin tahu jawapannya ,jangan lupa terus membaca novel MELODI TERINDAH yang akan merungkai segala persoalan anda. BUKU INI HANYA DI WATTPAD. SAYA TIDAK PERNAH LETAK DI MANA-MANA LAMANWEB LAIN! DAN PERHATIAN STORY NI HASIL KARYA SAYA SENDIRI. JIKA TERSAMA DENGAN MANA-MANA STORY, ITU MUNGKIN HANYA KEBETULAN SAHAJA. MAAF SAYA BUKAN KAKI TIRU!!! (COMPLETE)start writing hujung bln 4/2019~ coverby me. #1st karya #AuroraAward #AuroraAward2020 #ExanderAward #ExanderAward2020
SAKIT ©️ by _NaniRizal_
_NaniRizal_
  • WpView
    Reads 27,626
  • WpVote
    Votes 1,885
  • WpPart
    Parts 14
SAKIT merupakan sebuah mini novel pertama author, menceritakan tentang kisah cinta seorang gadis yang penuh liku dan dugaan. Selepas satu, satu ujian menimpa hingga membuatkan hatinya semakin hilang keyakinan pada cinta. Seringkali dia bertanya, apa benar cinta sejati itu wujud? Atau semuanya semata-mata momokan ilusi dan khayalan penulis dalam novel-novel cinta?
Isteri Untuk Papa by StacyEmely
StacyEmely
  • WpView
    Reads 2,888
  • WpVote
    Votes 108
  • WpPart
    Parts 8
#Sinopsis... Dihari jadinya yang ke 8 tahun.Hadiah yang sememang dinantikannya adalah surat surat dari mendiang mamanya.Lapan pucuk surat yang diamanahkan mendiang mamanya kepada neneknya agar diberikan pada melissa sebaik saja dia menyambut harijadi ke- 8. Melissa benar benar gembira kerna dapat membaca semua surat mamanya yang suda tiada kerana telah meninggal dunia sebaik saja melahirkan dia. Walaupun begitu dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan juga papanya .Hingga dia tidak berasa kekurangan sedikitpun.Melissa seorang kanak kanak yang cukup periang dan juga cerdik.Menjadi anak kesayangan pada usahawan muda itu. Papanya ,Richard seorang usahawan muda tidak terlintas sedikitpun dihatinya untuk mencari penganti setelah kematian isterinya,Maya.Baginya..hidup ini sekali,berkahwin juga sekali... Meskipun ibunya sering mendesaknya untuk berumahtangga sekali lagi dan kerna kasihankan melissa yang pastikan mahu kan seorang mama, namun inilah jawapan yang sering keluar dari mulutnya hingga si ibu tidak mampu berkata apa. Satu demi satu pucuk surat mamanya dibacanya hinggalah dia mendapat satu cerita diantara mama,papa dan seorang wanita bernama Marissa. Siapa marissa??.. Dan apa pemintaan mendiang mama yang harus Melissa tunaikan?... Adakah Melissa dapat melaksanakan dan menemukan wanita itu???.. #Isteri Buat Papa.
BUKAN YANG PERTAMA by StacyEmely
StacyEmely
  • WpView
    Reads 10,717
  • WpVote
    Votes 445
  • WpPart
    Parts 27
*BUKAN YANG PERTAMA ini hanyalah cerita rekaan semata mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah mati.Jika ada ,kemungkinan hanya kebetulan. Cerita ini hanyalah sebagai iktibar dan sarat terselit dengan pengajaran dan sesuai dibaca semua lapisan umur .Tidak mempunyai unsur ganas dan dewasa.Bertemakan keluarga,kasih sayang ,cinta dan pengorbanan. Sinopsis #BUKAN YANG PERTAMA Mengisahkan perjalanan kehidupan sepasang suamiisteri ,Ryan dan Amanda yang telah sepuluh tahun mendirikan rumah tangga namun belum mempunyai cahayamata. Ketenangan pasangan suamiisteri ini tergugat dengan desakan si mertua ,mamanya ryan kerap menjadikan kehidupan kedua pasangan ini mengalami tekanan perasaan ditambah dengan orang sekeliling mereka dan sering menyalahkan Amanda sengaja tidak menginginkan anak bahkan menganggapnya MANDUL. Kehadiran natasha,bekas tunangan ryan yang dulu kini kembali dengan hasrat menyambung semula perhubungan yang terputus dulu ,tindakannya disokong sepenuhnya oleh keluarga suami lebih lagi Rita,mama ryan dan bersama sama menyingkirkan amanda dengan cara menyatukan mereka,Ryan dan Natasha. Berita ini melukakan hati amanda yang mana ingin memberikan khabar gembira kepada suaminya namun kemudiannya memutuskan untuk menurut kehendak mereka demi keselamatan dirinya. Melihatkan isterinya bersetuju dan meminta untuk diceraikan kerana tidak sanggup dimadukan membuat ryan terpaku. Ingin tahu kisah selanjutnya Amanda dan Ryan ?Ikutilah kisah ini dalam cerita #BUKAN YANG PERTAMA,jangan lupa like follow dan share.
Aku Isterinya- Complete by StacyEmely
StacyEmely
  • WpView
    Reads 325,010
  • WpVote
    Votes 6,220
  • WpPart
    Parts 42
Kerana menghormati,menyayangi dan sedar akan siapa dirinya( Adriana) terpaksa menerima suami kakak angkatnya sebagai suaminya. Dia seorang anak yatim piatu dan membesar di sebuah ruma kebajikan hingga dia diambil oleh sepasang suami isteri sebagai anak angkat dan menjadi adik kepada Belinda,anak tunggal Puan Sofia dan Encik Richard. Selepas melahirkan anak sulung,Belinda disahkan menghidap kanser perut dan hal ini membimbangkannya apatahlagi bayi nya masih kecil yang memerlukan kasih sayang seorang IBU. Alvin ,suaminya tidak mensetujui pemintaan isterinya yang inginkan dia mengambil Adriana sebagai isterinya, kerana dia begitu menyayangi isterinya mana mungkin dia menerima wanita lain didalam hidupnya. *Adakah Alvin akan memenuhi pemintaan isterinya demi anaknya????..
Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,933,448
  • WpVote
    Votes 97,274
  • WpPart
    Parts 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir. Nama aku Azierah Farisha dan korang semua boleh panggil aku Rafa. Mahu tahu dengan siapa aku bercinta? Erm.. nama dia Syed Hanaqi Faliq bin Syed Hadi Hamdan. Dari nama pun mesti ramai dapat bayangkan rupanya itu bagaimana kan? Aku fikirkan hubungan kami akan berpanjangan sampai ke pelamin namun nampaknya.. Tuhan berkehendakkan yang lain. Tak hujan, tak guruh pun.. aku dapat berita yang dia telah bertunang dengan perempuan lain. Waktu itu.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecainya perasaan aku waktu itu. Lepas itu, ada seorang mamat ni offer aku satu benda yang tak terlintas dek akal warasku. 'Saya dengar awak dah putus. Jom couple dengan saya.'-Mr. Burn. Paling gila bila aku kata.. 'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!'-aku. Aku tak serius pun dengan apa yang aku cakapkan itu. Main-main ajepun tapi tak sangat ayat aku itu buatkan si Mr. Burn itu nekad nak ambil aku jadi bini dia. 'I really want you, Rafa.'-Mr. Burn yang now I called Mr. Husband. ...
Cinta Kerana Dia..[✅Completed] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,939,438
  • WpVote
    Votes 64,020
  • WpPart
    Parts 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun bercinta, rasa sayang aku pada dia makin lama makin tebal sampai aku rasa yurp.. dialah THE ONE dalam hidup aku tanpa aku sedar sebenarnya aku adalah THE ONE yang kacau jalan cintanya dengan Amirah. Bila dengan aku, dia tak tunjuk yang dia sedang berlakon cinta namun hakikatnya itulah apa yang Engku Adrian rasa sehinggalah akhirnya ibu bapanya mendesak untuk melangsungkan perkahwinan. Engku Syah Taufiq, didesak sebagai pengganti. Kalau boleh, mahu saja dia menolak tapi ada benda yang Engku Adrian simpan dan buatkan dia tidak mampu membantah. Kerana rahsia itu, Engku Syah sanggup jadi pengganti sebagai pengantin lelaki. Apa kau rasa bila kau dikahwinkan dengan lelaki yang bukan kau cinta? Makin sakit bila kau tahu perkara yang sebenar? Mungkin ke.. aku patut mengalah dan tamatkan perkahwinan yang langsung tak mendatang kan apa-apa faedah? 'Jangan pernah harap, saya akan cintakan awak.'- Huraifah Farihah. 'Then, aku takkan berharap.'-Engku Syah Taufiq. ...