aeda_wana
FATEHA NAJEHAH. Hidupnya tidak seperti keluarga bahagia yang lain. Atas kerana paras rupanya yang tidak secantik adik-adiknya yang lain, dia diketepikan. Dia dipersalahkan atas segala hal walaupun bukan salahnya. Dia tidak pernah mengenali cinta. Cinta daripada sang ibu jauh sekali. Disebabkan suatu tragedi, dia dibuang oleh keluarganya tidak ubah seperti kucing kurap.
"Hei perempuan tak dak maruah.... berambus kau dengan anak haram kau tu!" - Mak Piah
"Mak tolonglah jangan buat Teha macam ni, Te Teha merayu mak kasihanilah anak tak berdosa ni." - Fateha
Pertemuan antara FATEHA NAJEHAH dengan ZAIM QAYYUM telah membawa semangat yang baru dalam hati kecil FATEHA. Kata-kata manis dan janji yang ditaburkan lelaki itu menyebabkan dia mempercayai dan terus mempercayai lelaki itu sedangkan dia tidak tahu apa yang akan dilaluinya nanti. Ikatan perkahwinan akhirnya terjalin antara kedua pasangan tersebut. Namun, sangkaannya meleset, kebahagiaan yang dinanti berubah menjadi sebuah penderitaan yang dahsyat.
"Hei perempuan jijik, aku bencilah tengok muka kau. Perempuan hodoh dan kotor memang layak mati jelah!" - Zaim
Dugaan tidak putus-putus menimpa Fateha. Dia juga manusia biasa. Ada hati, ada perasaan dan jauh di lubuk hatinya, ada juga cinta. Fateha terluka saat insan yang digelar suami berubah sekelip mata daripada penyayang, lembut dan baik hati kepada kejam dan kaki pukul malah langsung tiada belas kasihan kepada perempuan yang bergelar isteri kepadanya.
Salahkah jika Fateha hanya ingin merasai cinta dan disayangai? Apa seorang FATEHA NAJEHAH tidak berhak merasai cinta daripada insan yang tersayang? Hadirnya HAFIDZ MIKAEL sedikit sebanyak mengubat rindunya pada suami. Suami yang jauh meninggalkannya. Apakah pengakhiran hidup FATEHA NAJEHAH? Adakah suaminya akan kembali bertaktha di hatinya? Ataupun HAFIDZ MIKAEL menjadi penggantinya?
{SLOW UPDATE}
-SAVE LA DALAM LIBRARY AWAK-
-THANK YOU READERS-
START: 7/11/2019
FINISH: soon