🤍🖤
98 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,147,889
  • WpVote
    Votes 91,035
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,472,607
  • WpVote
    Votes 340,201
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
✓ TUNKU NOAH NATHAN  by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,124,638
  • WpVote
    Votes 481,289
  • WpPart
    Parts 71
#1st UNDER HE SERIES: •Tunku Noah Nathan 👑 ~Under His Killing Eyes~ TUNKU NOAH NATHAN... Sebut saja Noah De'Angelo, nama yang digeruni dan ditakuti. Nama yang tidak dinafikan kehebatan. Nama gah yang terkenal di mata dunia. Bila dia Tunku Noah Nathan... semua wanita menggila. Namun bila dia Noah De'Angelo... tak ada siapa yang berani melihat anak matanya yang membunuh itu. Tapi bukan bagi ARMAYA MIKAEYLA... Baginya lelaki itu bukanlah sesiapa untuk dihormati dan disanjung tinggi. Hanya sebaris nama buat dia rasa muak. Menyampah dengan dunia orang kaya seperti Tunku Noah itu. Menyampah dengan dunia sendiri semestinya. Tunku Noah pastinya tak ubah seperti orang kaya tipikal yang lain. Cliche! "He is nothing. Dengar nama pun aku tak suka. Semoga muka macam jamban tak siap. Kalau muka dia handsome macam mana sekalipun, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Cinta tentang hati bukan tentang muka. Kan?" Saat pertama kali berjumpa Tunku Noah Nathan... bagi Armaya Mikaeyla, dia tak ada masa nak jatuh cinta pandang pertama, love at first sight, tersungkur tergolek ke apa ke, tak PAYAH! Buang masa. Bak kata sahabatnya, dari mata turun ke hati. Tipulah kalau hati Armaya tidak lemas dengan pandangan membunuh mata cantik itu. Tapi maaf... he just not my type! Armaya tersilap langkah. Dia hanya kenal Tunku Noah Nathan. Namun dia belum kenal siapa Noah De'Angelo. "Welcome to my world, my little angel." When his golden eyes collide with mine, when my dark eyes meet him's, That's when the feeling comes. Always...
HELLO,MR.HUSBAND! by InaraAralyn
InaraAralyn
  • WpView
    Reads 82,754
  • WpVote
    Votes 6,356
  • WpPart
    Parts 43
[COMPLETED STORY] THIS BEAUTIFUL COVER MADE BY MY CUTIE PIE FRIEND, @Ilmi Hanya kerana sebuah lafaz,Waina nekad membawa diri jauh dari kenangan silam. "Aku ceraikan kau,Aisya Huwaina Kim binti Huwaidi Kim dengan talak satu.."-Arman Talha "Astaghfirullahalzim,Ha,apa Ha buat ni?!"-Puan Zaiton,ibu Talha. "Dia curang bu,dia curang," "Tapi Ha tak fikir ke pasal masa depan Tisya?"-Encik Fuadi,ayah Talha. "Biarlah ibu,ayah,salah Waina kut,tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk Ha,tapi satu ajr Waina nak pesan,walau apapun jadi,Waina diceraikan sebab curang tapi Allah lebih Maha Mengetahui,sayang.."-Aisya Huwaina. Berundurlah diri Waina dari hidup lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. "Kyeopta...!Nak pegang!Apa nama dia"-??? "Tisya.."-Waina. Tapi Tisya tak boleh berenggang dengan dia. Siapakah si dia?? Nantikan dalam sebuah manuskrip besye" ini... HELLO MR HUSBAND!
HERNANDEZ [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 3,571
  • WpVote
    Votes 488
  • WpPart
    Parts 10
[SILA BACA ELDERA LELAKI BERDARAH SYAITAN DAHULU] "Tapi kan, kau pernah tak fikir?" Soal Alvarez mengundang kerutan di dahi Seth. "Fikir apa?" "Masa silam guru? Maksud aku, Uncle Haze pernah cakapkan yang guru dulu tak cepat marah? Tapi ceria dan manja?" Seth diam sejenak. Ayrez tak cepat marah? Ceria dan manja? "Aku rasa itu zaman guru hilang akal." Balas Seth tanpa berfikir dua kali bersama wajah blur. *** "Semuanya bermula.." *** "Terima kasih untuk segala-galanya, Arvie Hernandez." Tanpa berpaling dia terus beredar. Meninggalkan abangnya memanggil namanya. "Ayrez.. AYREZ!"
BAD  by rainyrnbow
rainyrnbow
  • WpView
    Reads 1,662,664
  • WpVote
    Votes 61,863
  • WpPart
    Parts 70
[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta sesuatu yang tak dapat kau lakukan dan mengugut untuk membunuh keluarga kau jika kau tak mahu?』 Ya, aku tahu ini klise. Tapi dengarkan cerita aku. Cerita seorang perempuan bernama Qastilla Umairah. Seorang perempuan remaja yang terpaksa menjadi seorang hamba kepada seorang kaum adam. Tapi.... kenapa dia tidak berkasar dengan aku seperti cerita lain? [MAAF DI ATAS BAHASA KEBUDAK BUDAKKAN. AKAN DIBAIKI SEBAIK SAHAJA CERITA INI TAMAT]
The Truth Untold by hazelmilktea
hazelmilktea
  • WpView
    Reads 472,215
  • WpVote
    Votes 28,882
  • WpPart
    Parts 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siapa tahu bahawa dia mempunyai hati kepada lelaki itu. Lelaki yang telah berkawan rapat dengannya sejak kecil lagi. Perangainya yang senang membuatkan Aireen berasa selesa untuk berkawan dengannya. Hingga dia tidak sedar bahawa dia semakin jatuh cinta terhadapnya. "Ni lah special guest yang Ian bagitau. Perkenalkan, Hanis Athieya. Girlfriend Ian" - Tengku Ian Raykarl "You must be kidding me. Girlfriend? Since when kau pernah serious dengan perempuan, huh?" - Aireen Nadhirah "No, Reen.. This time, aku memang serious. Sepanjang aku kenal dia, dia dah ubahkan hidup aku. I feel much better with her by my side." - Tengku Ian Raykarl. "So you're happy with her?" - Aireen Nadhirah "Yes. And aku dah plan, around next year, I'll get married with her." - Tengku Ian Raykarl. Dibiarkan perasaannya tergantung sepi kerana lelaki tersebut. Hanya kerana dia mahu lelaki itu bahagia, dia sanggup. "I love you, Ian" menitis lagi air matanya saat meluahkan perasaan itu seorang diri. Sungguh sakit menahan perasaan itu seorang diri. Kenapa dia perlu ada perasaan itu terhadap lelaki itu? Kenapa dia? Kenapa dia seorang sahaja yang perlu merasa perasaan ini? Tuhan, tolong kuatkan aku.
+19 more
A.K.U : ALTER by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 8,652
  • WpVote
    Votes 1,052
  • WpPart
    Parts 45
Syam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana mereka mahukan kewujudan mereka dirahsiakan. RaSIS sebagai pemegang amanah tersebut. Namun, mengapakah sedemikian? Apakah sebab rahsia tersebut berlaku? A.K.U : ALTER akan memetik setiap garis masa yang berlaku dalam empat buah cerita sebelum ini termasuk dua buah cerita yang berkaitan dengan A.K.U. ALTER : Syam Syahrul Azmi - Host RaSIS - Primary Protector Qashmir Sufi - Gatekeeper Issac - Persecutor Raja Raden Indra Kasuri Al-Khan - Trauma Free Syam [6 tahun] - Trauma Holder Erzen Laiss - Trauma Holder/ Fictive Aron Raiz - Trauma Holder/ Fictive Sharon Rafael - Trauma Holder